Monday, 24 June 2013

#Catatan Hati 2

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Kali ni, hati terasa ingin meluahkan sesuatu yang terbuku. Rasa yang sering dipendam makin hari makin tidak tertahan. Aku semakin tidak sanggup lagi untuk menabur bakti (atau menjadi hamba abdi mungkin...) di sini. Semakin hari, semakin menebal perasaan ingin mengangkat kaki dari tempat yang satu ini. Atau mungkinkah segala rezeki yang aku dapat selama ni tidak berkat? Na'uzubillah. Hindari aku dari rezeki yang haram lagi tidak berkat. 


Sempena hari Nisfu Sya'ban hari ni, semoga Allah mengabulkan segala permintaan aku dan suami. Semoga Dia mempermudahkan segala urusan rezeki kami sekeluarga. Dan aku juga berdoa semoga Allah mempermudahkan jua urusan kelahiran anak sulungku yang tidak berapa lama lagi. Amin...

nota kaki: dalam usaha untuk mendapatkan kerja di tempat baru. semoga ada rezeki. doa-doakan ye! :)

Thursday, 20 June 2013

Alahan Lagi?

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua. 

Alhamdulillah, usia kandungan aku kini dah memasuki minggu ke-31. Bila dah melepasi minggu 30 ni, hatiku makin berdebar-debar untuk menyambut kelahiran permata hati. Sebabnya bila dah masuk minggu ke-36 pun ada yang dah melahirkan. Macam kakak aku sendiri, baru-baru ni dia bersalin pada minggu ke-37. Jadi, dah tak lama dah la. Entah sempat ke tidak baby aku ni keluar selepas raya. Jika diikutkan EDD, dijangka keluar selepas raya, 23/8 nanti. Kalau keluar sebelum raya, seksanya aku nak menahan nafsu makan time raya nanti. Hehe.

Tapi, walau apa-apapun aku berharap semuanya akan berjalan dengan lancar. InsyaAllah. Dan aku sangat berharap agar suami dapat menemani aku dalam bilik bersalin masa aku sedang melahirkan nanti. Aku nak dia tengok sendiri pengorbanan seorang isteri yang berjuang untuk melahirkan seorang khalifah ke muka bumi ini. Kalau aku 'terbersalin' awal, mungkin harapan aku tak akan jadi kenyataan. Sebab suami aku jauh, Susah dia nak balik dengan kadar yang segera. :'( Harap-harap anak umi ni sabar ye, biar sampai masa baru boleh keluar. Tau? Hehe.

Tapi, apa yang aku nak highlightkan kat sini bukan itu sebenarnya. Sejak dua tiga hari kebelakangan ni, aku alami muntah-muntah lagi. Tiga hari berturutan ni aku muntah. Nak kata teruk tu, tak adala sangat. Aku cuma muntah sekali je dalam sehari tu. Tapi aku pelik jugakla. Kebiasaannya bila dah akhir-akhir kehamilan ni, sepatutnya dah tak ada muntah, alahan semua ni. Petanda apakah itu?

Aku pun ada jugak la buat research kat internet ni, dia cakap memang ada jugak sesetengah ibu yang alami benda macam aku ni. Normal je sebenarnya, sebab perubahan hormon tu berlaku sepanjang kehamilan. Keadaan mengandung ni akan menyebabkan perubahan hormon badan dan akan menyebabkan badan kita berusaha untuk menyesuaikan diri dengan perubahan hormon tersebut. Sebab tu la jadi muntah-muntah ni. Aku pun harap keadaan aku ni tak adala membahayakan. 

Minggu lepas, masa pegi check-up kat klinik desa ada masalah jugak. Tapi kali ni bukan masalah hb lagi dah, tapi masalah berat badan pulak. Berat yang sepatutnya hanya boleh naik 1kg je dalam masa dua minggu atau 0.5kg seminggu. Tapi berat aku naik 2kg dalam masa dua minggu. Dah dua kali berat naik lebih dari yang sepatutnya. Maka, terpaksalah aku kena jumpa doktor kat klinik. Lepas je check-up kat klinik desa, aku terus gi klinik la sebab dah on the way ke tempat kerja.

Bila kena jumpa doktor, satu je yang aku malas. Kena tunggu giliran. Dan biasanya kalau hari kena jumpa doktor ni memang ramai la yang menunggu giliran. Tapi nasib hari tu tak lama sangat kena tunggu. Masuk je jumpa dokor, macam biasala doktor akan cek perut semua. Dan hari ni doktor scan baby aku. Aku ada jugak tanya doktor, "dah boleh nampak ke laki pompuan doktor?" Tapi doktor tu cakap tak boleh lagi. Mungkin boleh nampak bila scan minggu ke-32 nanti. Excited jugak aku nak tahu, walaupun di mulut cakap tak nak tahu jantina dulu. Nak surprise la konon. Haha. Apa pun, aku tak kisah lelaki ke perempuan, yang penting anak umi ni sihat dan sempurna segalanya. :)


Doa dan harapan aku semoga segalanya akan berjalan lancar. Pengalaman pertama biasanya akan menjadi kenangan seumur hidup. Semoga Allah memberkati aku dan kandungan yang aku kandungkan ini. Dan menjadikan anak aku seorang yang soleh dan solehah serta berbakti kepada agama dan orang tuanya. Amin.

Wednesday, 12 June 2013

#Catatan Hati 1

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua.

Sehari-hari, perasaanku makin tak menentu. Perasaan yang kadang-kadang aku sendiri tak dapat nak tafsirkan. Sampai satu tahap, aku rasakan hidup aku terlalu kosong. Perasaan ni aku rasa bila aku balik dari tempat kerja. Sebab aku akan melalui malam seorang diri, tanpa teman di sisi untuk berbual bicara. Dan sesungguhnya, aku amat tidak suka akan perasaan itu.

Perasaan ni kadangkala aku suarakan pada suamiku. Namun, dia juga tidak mampu untuk berbuat apa. Hanya mampu meminta aku bersabar dan terus bersabar. Majikan tempat aku bekerja, sudah tidak mampu lagi menepati janji untuk membayar gaji pekerja tepat pada waktunya. Mungkin ini salah satu masalah yang kadangkala membuatkan aku berasa tertekan.

Sabar dan terus bersabar...

Dan hari ini pula, aku mendapat cerita dari rakan sekerja. Cerita yang membuatkan hatiku rasa sangat berdosa. Biarlah rasa ini terus terbuku hingga aku sendiri tidak mampu menanggungnya lagi. Dan bila waktu itu tiba, aku pasti telah meninggalkan tempat ini. Ya Rabbi, permudahkan segala urusan kami. Kami tidak sanggup lagi menzalimi diri kami sendiri dan orang-orang di sekeliling kami. Ya Rahman, Kau bukakanlah pintu rezeki buat kami seluas-luasnya. Agar kami dapat mencari rezeki di atas muka bumiMu ini.

nota kaki: sesungguhnya aku dah tak sanggup nak meneruskan kerja di sini... namun apakan daya... :(

Monday, 10 June 2013

2 Majlis Kahwin

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam dari hati dengan penuh ketulusan. Di malam yang hening ini, ku ingin coretkan kisah semalam yang ditinggalkan. Namun, kenangannya insyaAllah akan tetap di ingatan. 

Hujung minggu lalu, aku memenuhi undangan majlis kahwin rakan-rakanku. Seorang rakan ketika di bangku sekolah, Siti dan seorang lagi rakan sekerja, Kak Aishah. Aku doakan kedua-dua rakanku ini akan beroleh kebahagiaan hingga ke akhir hayat hendaknya. Amin...

Ku titipkan sedikit tatapan buat semua. :)

Pengantin berbaju ungu, bersama rakan lain...

Pengantin berseri-seri diapit aku dan ain, rakan sekerja...

Barakallahu lakuma wa baraka alaikuma wajama'a bainakuma fi khair... Doaku buat pengantin keduanya. Semoga Allah memberkati kamu dan melimpahkan berkat kepada kamu dan menghimpunkan kedua kamu di dalam kebaikan. Teringat saat-saat ketika aku menjadi pengantin baru setahun yang lalu. Semoga kebahagiaan akan terus bersama-sama kami.

p/s: Abaikan aku yang tembam dalam gambar. :p