Monday, 13 October 2014

Mursiku Sayang

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua. Lama menyepi, rindu sebenarnya nak menulis. Tapi tak tahulah kenapa, bila menulis je mesti separuh jalan. Banyak aje draft yang terbengkalai, berhenti sekerat jalan. Oh Tuhan, mungkin ini juga salah satu dugaan yang aku perlu hadapi.  (Oh, drama semata-mata... haha). Tapi memang betul, sekarang aku rasakan hidup aku terlalu banyak sangat dugaan. Cabaran yang datang seolah-olah terlalu ingin menguji aku, menguji tahap kesabaran yang ada dalam diri yang memang senipis kulit bawang. (Eh, betul ke perumpamaan ni. Seingat aku iman yang senipis kulit bawang. Lantakla... haha) Doakan aku semoga terus diberi kekuatan yang tinggi untuk aku terus menghadapi segala dugaan yang mendatang.

Sebenarnya, bukan itu yang aku ingin kongsikan. Saja aku nak mengasah skill menulis, dah lama tinggal jadi tumpul dah aku rasa. Haha. Nak kongsikan perkembangan Mursiku, si permata hati sekarang ni. Dia sekarang ni dah pun berusia setahun sebulan. Semakin banyak akalnya. Aku masih lagi menghantar dia di rumah pengasuh yang sama. Walaupun baru-baru ni ada kejadian yang aku dan suami perasan ada kesan lebam di pipinya. Perkara ni dah dua kali berlaku, pengasuh aku cakap dia tak perasan. Bila ditanya betul-betul dia cakap anak buah lelaki dia bawak Mursi jumpa kawan-kawannya. Kawan-kawan anak buah dia la yang buat Mursi sampai macam tu sekali. Boleh pulak macam tu. Kita amanahkan anak suruh dia jaga, dia sesuka hati bagi orang lain bawak ke mana-mana. Aku dah bagi warning siap-siap, kalau jadi apa-apa lagi kat Mursi, memang aku tak teragak-agak tamatkan perkhidmatan mengasuh dia. Sekarang ni Insya-Allah dah ok kot. Harap-harapnya la...

Mursi sekarang belum pandai berjalan lagi. Tapi dia dah pandai berdiri sendiri. Seronok aku bila dia mula-mula pandai berdiri sendiri hari tu. Nampak gaya si Mursi ni agak takut sikit untuk melangkah memulakan langkah pertama dia. Entah bila agaknya dia boleh berjalan. Tapi ada aku pernah terbaca yang pakar psikologi menyatakan bayi kalau merangkak lebih lama lagi bagus. Bagus untuk perkembangan otak dia. (Ayat untuk sedapkan hati sendiri, padahal dalam hati tak sabar nak tengok Mursi boleh jalan. Haha.) Kalau tak percaya, boleh la google sendiri. :)

Baru pandai berdiri sendiri
Gigi Mursi baru tumbuh 6 batang. 4 batang bahagian atas, 2 batang bahagian bawah. Dah lama jugak gigi dia 6 batang, tak tumbuh-tumbuh lagi yang baru. Tak lama lagi tumbuh la tu. Aku tak risau sangat pasal gigi ni. Tapi sekarang bila dia dah makan macam-macam, aku jadi risau jugak takut cepat rosak. Sekarang ni, aku cuba nak amalkan gosok dengan kain lembut dua kali sehari. Aku nak gigi Mursi comel je sampai dia besar, tak rongak macam budak-budak lain. Hehe.

Saya ada gigi 6 batang!

Mulut dia sekarang ni pun boleh tahan. Tapi tak reti lagi nak panggil ummi dengan ayah. Bila ajar sebut ummi, yang dia pandai sebut 'Abbah, Abbah dan Abbah'. Bila ajar sebut ayah, yang keluar dari mulut dia pun 'Abbah, Abbah dan Abbah'. Kadang-kadang bila aku melayan dia bercakap aku tergelak sorang-sorang. Mana tak nya, bila dia cakap ada yang balas. Macam paham je. Padahal aku langsung tak paham apa yang dia cakap. Tapi bila kita berkomunikasi dengan dia walaupun dengan 'bahasa dia', itu merupakan satu proses pembelajaran juga untuk bayi. Sambil-sambil itu, kita sebagai ibu bapa ajarlah sepatah dua perkataan yang bermakna. Ini untuk memperkayakan vocabulary dia jugak. Chewahh...

Dari segi makanan, aku paling bersyukur snagat sebab Mursi ni macam aku jugak. Dia langsung tak memilih makanan. Apa yang disuap ke mulutnya, itulah yang dimakan. Tapi aku jaga jugak, tak adalah semua makanan yang tak elok untuk baby aku sumbat semua. Garam dengan gula memang aku tunggu dia setahun atau dekat-dekat setahun baru aku masukkan dalam makanan dia. Gula pun jarang aku guna dalam makanan dia. Tapi aku perasan Mursi kurang sikit dengan telur rebus. Aku pernah beberapa kali bagi dia makan telur rebus, mesti tak kan habis punya. Tak apa la Mursi, banyak lagi sumber protein lain selain  telur. Hehe. Sekarang ni dia dah makan nasi yang berbiji. Tapi aku selang-selikan lagi dengan bubur nasi. Alhamdulillah, tiada masalah sembelit atau alergi makanan.

Tu je la kot untuk kali ni. Ingatkan tulis entri ni boleh terus publish, tengok-tengok terperap jugak sampai tiga hari. Hehe. Almaklumlah, isteri, ibu, surirumah berkerjaya macam ni la. Ampun maaf dipinta andai ada terguris hati. Entri ini aku rasakan agak poyo, tapi lantakla. Nak publish jugak, sebab nak asah bakat menulis yang dah mula tumpul ni. Maafkan segala bahasa yang agak sempoi, mungkin lain kali akan kembali serius. :) Wasalam, selamat berhari-hari! (nak tulis berhari minggu, dah lepas... Haha..)