Saturday, 25 June 2016

Update Terkini

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, thumma alhamdulillah. Lama sangat senyap dari kau wahai blog. Maaf ye. Sengaja, malas, tak ada mood nak menulis (banyaknya alasan...)

Tiba-tiba hari ni rajin, datang mood nak update blog. Sebab kesian sangat kat 'Kisah Hati' ni, dah lama sangat terbiar usang. Cuma nak menulis perkembangan diri terkini. Alhamdulillah, sekarang di bulan yang penuh keberkatan, bulan Ramdahan. Hari ni pun dah masuk hari yang ke-20 berpuasa. Sekejap sangat rasanya. Semoga kalian semua terus bersemangat untuk meningkatkan ibadah di bulan yang penuh rahmat ini.

Sebelum ni, entri tahun lepas kan aku ada beritahu yang aku bekerja di tempat baru bermula tahun ni. Alhamdulillah, aku sekarang berkhidmat di IHES School Subang Bestari, sekolah swasta yang kami tubuhkan bersama-sama. Aku dah ceritakan serba sedikit mengenai kisah penubuhan sekolah ini dalam entri-entri aku yang lepas. 


Setakat ini, alhamdulillah, segalanya berjalan lancar. Jumlah pelajar masih lagi sedikit, namun wajar bilangannya bagi sesebuah sekolah yang baru beroperasi. Seperti sebelum ini, aku ditugaskan untuk mengajar subjek Sains, sama macam di sekolah dulu. Aku ditugaskan untuk mengajar Tahun 3, 4, 5 dan 6. Tambahan satu lagi subjek yang agak baru bagi aku iaitu Chemistry IGCSE untuk pelajar Secondary 3. Agak mencabar sebenarnya, disebabkan silibusnya dalam bahasa Inggeris. Memang sebelum ni aku pernah mengajar Kimia semasa di KIST dulu, tapi suasananya berbeza. Bila dah agak lama menyesuaikan diri, alhamdulillah sekarang aku dah boleh terima. Orang kata alah bisa, tegal biasa. 

Aku juga ditugaskan untuk menjadi homeroom teacher bagi kelas Primary 3. Pada awalnya bilangan pelajar adalah seramai 8 orang, 6 lelaki 2 perempuan. Namun tak lama lepas tu dalam bulan Mac 2 orang pelajar perempuan ni mengambil keputusan untuk berhenti dari IHES. Tinggallah 6 orang, semuanya pelajar lelaki. Kemudian, selepas cuti semester pertama masuk ke semester kedua, seorang lagi pelajar menangguhkan semester untuk menjalani sesi terapi selama beberapa bulan, Danish. Semoga kamu berjaya Dani dengan terapi yang kamu jalani.

Mengharapkan agar kehidupan selepas ini dipermudahkan. Insya-Allah Dia tahu apa yang terbaik buat semua hamba-Nya. Lepas ni kalau mood datang lagi, aku akan update blog lagi ye. Untuk kenangan di masa depan. :)