Tuesday, 28 November 2017

Buah Hati Pengarang Jantung

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah lama tak menulis pasal si anak bujang nan seorang ni. Siapa lagi kalau bukan si buah hati pengarang jantung Ummi, Ahmad Ayyash Mursi.

Alhamdulillah, habis setahun Mursi sekolah preschool dekat tempat Ummi mengajar. Syukur ya Allah, banyak sangat perkembangan positif yang Ummi boleh tengok pada Mursi. Dari hari pertama sekolah sampailah ke hari yang terakhir sesi persekolahan. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua teachers yang telah berjaya mengajar dan membentuk Mursi.

Ingat lagi masa awal-awal masuk sekolah dulu. Bangun pagi mesti nak kena dukung dulu bawa pergi bilik air. Kalau angin tak berapa nak comel, menangis jugak. Ummi kena kuat semangat dan sabar. Tapi kadang-kadang Ummi pun bertukar jadi singa jugak. Mandi pun dulu kena mandi air panas juga, takut sejuk mandi pagi-pagi. Sekarang dah tak kisah dah, mandi air sejuk pun okey je. Bangun pagi pun dah jalan sendiri, tapi ada juga lagi kadang-kadang nak Ummi dukung. 😑

Dulu kena bawa mainan pergi sekolah. Ada je mainan dia yang nak bawak. Sampaikan aerial tv kat rumah pun dia bawak pergi sekolah. Tapi lepas cikgu dia tegur cakap dah tak boleh bawa mainan, baru dia tak bawak. Kain busuk pun dulu kena selalu bawak juga. Kalau tak bawak, boleh menangis kat sekolah. Aduilaa... 😏

Ni haa aerial tv yang dibawa ke sekolah. 😳
Awal-awal dulu tak nak pun pakai kopiah dari rumah. Kopiah kena bawak masuk letak dalam beg dulu. Kalau Ummi pakaikan, mengamuk menangis nak bukak tak nak pakai. Bila sampai sekolah, barulah nak pakai bila Teacher Amira dia yang pakaikan. Aduhaila anak... Belajar dulu bukan main susah nak ajak ikut sama dalam kelas. Sampaikan satu tahap cikgu-cikgu dia dah nak give up dengan Mursi. Sebab tak nak buat kerja kat sekolah. Bila dia cakap tak nak buat, jangan duk paksa la. Akan macam tu sampai ke sudah. Ayat favourite Mursi ialah 'tak nak kawan' bila ada yang tak kena dengan mood dia. Kiranya semester pertama tu memang boleh kata fasa menolak bagi Mursi. Dia masih belum ready lagi nak belajar. Ummi pun duk risau bila fikirkan Mursi masa ni.

Namun, bila dah hujung-hujung semester satu, lebih kurang selepas 5 bulan Mursi join preschool barulah nampak perubahan dia. Yang Ummi amazed sekali ialah bila dia buat persembahan semasa Teacher's Day kat sekolah. Ummi mulanya dah risau kot la dia berdiri tegak je kat atas pentas bila kawan-kawan dia menari. Tapi alhamdulillah, dia pulak yang paling outstanding. Terkesima Ummi tengok. Alhamdulillah. 😍 Lagi satu dalam bacaan iqra', semakin meningkat. Terima kasih kepada Ustazah Hafizah yang tak berputus harap dengan Mursi. Sekarang Mursi dah baca iqra' 4. Syukur alhamdulillah, semoga anak Ummi cepat pandai baca al-Quran. Aminn..

Kalau masa semester pertama dulu, ummi dah boleh agak keputusan peperiksaan Mursi. Memang ummi tak expect tinggi pun, sebab dia memang menolak untuk belajar. Bila keputusan peperiksaan akhir tahun baru-baru ni, alhamdulillah ada peningkatan walaupun kedudukan paling last dalam kelas yang ada 6 orang. 😊 Baru 4 tahun je sayang, Ummi tak harapkan banyak pun. Cukuplah sekadar anak Ummi pandai bergaul dengan orang dan pandai baca al-quran. Inshaa-Allah. Masih ada 2 tahun lagi persediaan Mursi sebelum masuk Darjah 1. Rajin-rajin belajar ye, nak! Untuk majlis kecemerlangan hari tu, Mursi dapat anugerah Most Excellent in Iqra'. Alhamdulillah. Tak sia-sia ummi duk paksa mengaji setiap malam. Masa kecil ni la nak kena ajar betul-betul. Bila dah besar nanti makin susah la nak ajar. Semoga usaha Ummi yang sedikit ni berbaloi, Aminn..

Mursi and his teachers. 😘

Buah hati Ummi. 😘

Memandangkan Ummi tengah kemaruk buat video guna Movie Maker, video Mursi pun ada Ummi buatkan. Saja untuk kenang-kenangan. Bila besar nanti, kalau video tu dah hilang ke, Mursi still boleh tengok melalui blog ni, inshaa-Allah.


Monday, 27 November 2017

Hujung Tahun 2017

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah, dah lama sangat tinggal menulis kat blog ni. Biasalah, bila dah ada komitmen lain yang perlu diutamakan, sampai tertinggal blog ni. Alhamdulillah, sesi persekolahan untuk tahun ni dah melabuhkan tirai. Genap dua tahun aku berbakti di sekolah IHS Subang Bestari. Alhamdulillah.

Sebelum tirai berlabuh, hujung minggu baru ni diadakan majlis anugerah kecemerlangan sekolah, ataupun kami panggil Recognition Day. Untuk tahun yang kedua ni, aku masih lagi menjadi ajk hadiah bersama dengan Kak Mun. Kak Mun memang super-super senior yang terlalu banyak pengalaman dalam handle bahagian hadiah sesuatu majlis atau program. Dia juga antara salah seorang Guru Cemerlang di sekolah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Semua pelajar yang mengambil IGCSE tahun ni mendapat A* untuk mata pelajaran tersebut! Bukan A, tapi A* okeh! 😎 Maksudnya semua dapat markah 90 ke atas!

Kali ni sesaja la try buat video. Nak mencuba sesuatu yang baru. Guna Movie Maker je pun. Ok, jom layan beberapa gambar yang diambil semasa Recognition Day baru-baru ni.



Semoga tahun-tahun yang mendatang akan terus membawa lebih keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah buat semua. Amin..