بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Dengan nama Allah, kali ni aku nak mengabadikan sebuah catatan hati seorang wanita. Hari ni bersamaan 21 Februari 2018 (Rabu) merupakan hari kedua selepas aku berjumpa doktor di Klinik Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sungai Buloh. Appointment aku pada hari Isnin lepas. Ia adalah merupakan follow-up susulan daripada beberapa appointment yang sebelum ni.
Aku dirujuk pada klinik pakar O&G adalah kerana masalah periodku yang tidak teratur. Pernah satu masa, aku datang period sampai 4 bulan non-stop. Allahu. Stressnya hanya Allah saja yang tahu. Sampai sekarang pun masih belum regular.
Pada hari Isnin lepas, doktor meminta aku melakukan ujian pap smear. Bila dengar je macam tu, rasa gerun juga. Sebab setahu aku, pap smear ni agak 'menyeramkan'. Kena masuk alat kat bahagian kemaluan kita. 😖 Tapi, aku kuatkan hati. Nasib baik juga doktor yang bertugas untuk turn aku ialah doktor perempuan. Ada tiga orang doktor dalam bilik masa tu. dan juga ada dua orang jururawat, seorang perempuan dan lelaki. Nasib baik jururawat lelaki tu minta izin dulu nak tengok untuk belajar. Dan of course lah, aku tak bagi. 😅 Semoga ada lagi pesakit yang membenarkan awak tengok prosedur ni ye, adik jururawat.
Hasil daripada keputusan pap smear yang dilakukan, doktor mengesahkan aku mempunyai PCOS (Polycystics Ovary Syndrome). Allahu... Apa yang aku risaukan sebelum ni akhirnya berlaku pada diriku. Memang sebelum ni aku memang dah pernah dengar mengenai PCOS ni. Ia memang selalu dikaitkan dengan simptom masalah period yang tidak teratur. Hari tu, terungkailah sudah.
Jadinya, doktor menyarankan aku untuk mengambil sejenis ubat, iaitu dalam kategori OCP untuk melancarkan semula masalah period yang tidak teratur. Antara saranan lain yang diberikan oleh doktor ialah supaya aku menurunkan berat badan. Allahu... Memang aku mengaku yang berat badan aku sudah di tahap obesiti. Susahnya nak turunkan berat. 😭😭 Inshaa-Allah kali ni aku kena tekad untuk turunkan berat. At least 10% daripada berat sekarang aku terpaksa hilangkan. Kuatkan aku ya Allah...
Temujanji yang berikutnya untuk aku berjumpa doktor semula ialah pada bulan Jun nanti, selepas empat bulan. Semoga bila aku jumpa doktor nanti, berat aku dah berkurang dan masalah PCOS aku pun dah tak ada. Amin...