Bismillahirrahmanirrahim.
Salam buat semua.
Agak lama menyepi dari blog, mungkin disebabkan kekangan masa yang membataskan. Memang, sejak dua minggu kebelakangan ini, aku agak sibuk dengan persediaan MQA untuk jabatan aku. Namun, check-up rutin mesti aku patuhi. Aku tak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas kandunganku, dan aku mahu anak aku sentiasa sihat tanpa sebarang masalah.
Pada Isnin lepas, 1 Julai kandunganku dah melepasi 32 minggu bersamaan 8 bulan. Aku terpaksa buat check-up yang sepatutnya bagi kandungan yang memasuki 8 bulan. Pagi-pagi lagi aku dah turun awal-awal sebab kena ke Klinik Ajil, bukan klinik desa macam biasa. Di klinik, aku kena jumpa doktor. Sebelum tu, kena timbang berat dulu. Dan, yang buatkan aku agak terkejut, berat aku naik 2 kg dalam masa 5 hari! Sebabnya, Rabu lepas je baru aku timbang berat di klinik desa, 71.5 kg. Tiba-tiba pagi ni timbang dah naik jadi 73.5 kg! Biar betul penimbang ni?? Aku rasa penimbang ni salah kot. Takkan la dalam 5 hari boleh naik 2 kg. Maunya aku kena marah dengan doktor nanti ni.
Lepas timbang berat dan cek tekanan darah, aku kena test air kencing jugak. Nak tengok gula dalam air kencing. Lagi satu yang buat aku terperanjat, kandungan gula dalam air kencing +ve. Atau istilah sains dia glikosuria. Tak pernah-pernah sebelum ni dapat keputusan macam ni. Aku pun rasa keputusan ni salah jugak. Mungkin teknologis kat situ tersilap test urin! Bukan urin aku yang dia test, tapi urin makcik-makcik yang ada kat situ yang tengah buat test jugak. Hahaha. Memang ramai makcik-makcik yang ada sekali masa aku wat test urin hari tu.
Tiba masa aku kena masuk jumpa doktor. Doktor scan kandungan aku hari ni. Semuanya ok, tak ada masalah. Dan, mungkin anak aku ni seorang mujahid! :) Pasal glikosuria, doktor cakap kemungkinan aku kena minum air gula lagi. Tapi aku tak cakap la apa yang aku fikirkan tadi. Aku cuma cakap kat doktor supaya tengok lepas check-up sekali lagi. Kalau keputusan masih sama, aku terpaksa redha la kena minum air gula. Tapi, aku harap-harap sangat keputusan Rabu depan negatif. Aku taknak minum air gula lagi. :( Doktor setuju dengan cadangan aku. Kalau tak, hari tu jugak aku kena minum air gula lagi. Mungkin jugak gula ada dalam urin sebab sebelum datang klinik tadi aku makan roti 2 keping dengan minum air milo. Lagipun malam sebelumnya aku makan nasi bertambah. Yela, makan dengan abang sebelum abang naik bas. Tak tahu pulak kena test urin sekali bila pegi klinik esoknya. Lepas ni kena jaga betul-betul la. Sebelum ke klinik tak payah makan apa-apa dulu, dan malam sebelumnya jangan makan banyak sangat.
InsyaAllah, semoga segalanya akan baik-baik hendaknya. Aku sekarang pun makin dah tak larat. Tak lama lagi kita semua akan bertemu dengan bulan yang ditunggu-tunggu, bulan Ramadhan. Aku berharap sangat aku dapat berpuasa penuh dan tanpa sebarang masalah. Bila dah makin nak dekat sampai masa ni, makin bertambah debar di dada. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin...
No comments:
Post a Comment