Monday, 22 July 2013

Pengalaman Baru Berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Alhamdulillah, Dia masih mengizinkan aku hambaNya untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh berkah ini. Alhamdulillah jua kupanjatkan kerana mengizinkan aku melaluinya dengan pengalaman yang berbeza. Walaupun dengan keadaan yang agak sarat, namun aku mampu mengharunginya hingga ke hari ini. Alhamdulillah, syukur ya Allah...

Walaupun agak terlambat, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat. Tunaikanlah ibadah fardhu ini dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan. Semoga sebulan ini akan mampu melahirkan diri kita yang baru, yang penuh semangat dengan keazaman untuk meneruskan momentum amal ibadah kita selama sebulan ini di bulan-bulan berikutnya.

Hari ni dah selamat 13 hari berpuasa. Kejap sangat rasa masa berlalu. Baru je lagi mula puasa, hari ni dah pun hari ke 13. Pada hari pertama puasa baru-baru ni, aku kena check-up macam biasa dekat klinik desa. Semuanya ok, kecuali masalah berat badan. Berat badan aku naik lebih 1 kg dari yang sepatutnya. Apa lagi, nurse suruh pergi jumpa doktor dekat Klinik Ajil. Bila jumpa doktor, tiada apa yang penting pun. Cuma aku kena proceed dengan UFEME yang dicadangkan sebelum ni. Tapi alhamdulillah, semuanya tak ada masalah. Aku tiada diabetes. Doktor cuma nasihatkan aku supaya kawal pemakanan dan jaga berat badan supaya tak naik berlebihan.

Kalau ikutkan, 24 haribulan ni pulak kena pegi check-up lagi dekat klinik desa. Hari ni kandungan aku dah lebih 35 minggu. Wah, masa semakin hampir! Dan aku semakin berdebar! Ya Allah... Kau permudahkanlah segala urusan kelahiran anak sulungku ini. Aku memohon kepada-Mu Ya Allah... Harap-harap check-up nanti tak ada masalah yang serius. Cuma aku perlu sediakan segala kelengkapan untuk masa-masa kecemasan nanti. Kelengkapan baby semua dah ready dalam kereta, cuma kelengkapan ummi dia saja yang belum ready. Ada beberapa perkara lagi yang aku masih belum beli. Kena beli cepat-cepat ni. Aku sendiri pun rasa masanya dah hampir tiba. Tapi aku kurang pasti macamana rasanya sakit nak bersalin. Huhu.

Sepanjang berpuasa ni, aku tinggal di rumah ayah dan mak. Cuma sebelah rumah yang aku tinggal je. Bukan apa, aku cuma tak mahu bersahur dan berbuka seorang diri. Rasa macam sedih sangat. Lagipun, dengan keadaan aku macam ni risau jugak kalau apa-apa berlaku tengah-tengah malam. Susah jugak kalau aku tinggal sorang-sorang. Cuma bila suami balik, aku akan balik rumah aku sebelum ni. Sepanjang bulan puasa ni jugak, anak ummi tak banyak buat hal. Cuma penat dengan tendangan-tendangan dan geliat-geliat dia aje. Mungkin dah tak sabar nak tengok dunia kot. Hehe. Sabar ye sayang, tak lama lagi masa tu akan sampai. Ummi pun tak sabar nak jumpa anak ummi ni. Duduk baik-baik ye dalam rahim ummi, keluar masa ayah ada di sisi je tau! Sekarang ni ayah tak ada. Hujung minggu ni baru ayah balik. Sabar sikit lagi ye sayang.

Harapan aku semoga aku dapat menghabiskan puasa sebulan ni tanpa sebarang masalah. Doa-doakan ye. Dah hampir separuh ramadhan ni aku lalui, insyaAllah kalau diizinkan dapatlah habiskan sebulan. Kalau tak dapat habiskan pun, aku redha. Semoga doa aku dimakbulkan, sempena bulan ramadhan yang penuh berkat ni, Insya Allah. Rasanya cukup dulu setakat ni. InsyaAllah lain kali aku bercerita lagi. Tata...

No comments: