بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, kali ni rasa nak share serba sedikit apa yang aku ajar anak-anak kat sekolah. Aku sebenarnya seorang Cikgu Sains yang mengajar anak-anak Primary 1 sampai Primary 3. Ada 5 kelas semua sekali. Dalam masa yang sama, aku juga mengajar subjek Living Skills untuk anak-anak kelas yang aku jadi homeroom teacher, iaitu Primary 2. Alhamdulillah, aku seronok sebenarnya jadi cikgu. Sebab boleh dengar cerita-cerita menarik, dan kadang-kadang lucu dari anak-anak ni. Mereka kan semua masih suci. 😊
Kali ni aku nak share pasal subjek Living Skills. Subjek ni lebih kurang macam kemahiran hidup, yang anak-anak perlu tahu sesuai dengan umur mereka. Hari tu aku ada ajar mereka untuk cuci tandas. Kemahiran ni penting sebenarnya. Selain boleh ajar mengenai kebersihan, aku juga berkongsi yang bila kita mencuci tandas atau bilik air ni sebenarnya boleh merendahkan ego diri kita. Boleh jadikan kita seorang yang selalu merendah diri.
Yelah, tandas kan kita tahu satu tempat yang kotor. Tempat yang kita akan masuk bila hanya kita berhajat untuk buang air samada kecil atau besar. Bila sebut tandas je, mesti kita akan berasa jijik dan kotor. Bila kita sendiri yang bersihkan bilik air atau tandas, sebenarnya kita dah menurunkan ego dan jadi seorang yang merendah diri. Jom layan gambar anak-anak cuci tandas. 😆
Haa...nampak kan mereka sangat seronok? Bila mula-mula aku cakap yang hari ni kena cuci tandas, bukan main lagi, "taknak la Teacher", "kotor la Teacher" dan macam-macam lagi la. Bila dah hari kejadian, bukan main seronok lagi. Sebab tu best ajar anak-anak kecil ni. Mereka akan menurut tanpa banyak membantah. Alhamdulillah. Harapan aku semoga anak-anak dapat manfaat daripada kelas Living Skills kali ni. Supaya mereka boleh tolong cuci bilik air dan tandas di rumah mereka sendiri. Boleh juga terapkan nilai rendah diri (humble) dalam diri mereka. Inshaa-Allah. 😇

No comments:
Post a Comment