بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, berakhir sudah cuti seminggu. Cuti pertengahan penggal persekolahan. Cuti kali ni aku balik kampung di Terengganu. Balik berdua je, dengan Mursi. Dah beberapa kali juga kami balik berdua tanpa suami. Yela, suami susah nak ambil cuti. Lagipun, dia baru je masuk kerja selepas lebih kurang 8 hari cuti sakit akibat terkena virus chickenpox. Berjangkit dengan aku la tu. 😔 Maaf ye abang.
Makanya, aku berdua dengan Mursi balik kampung pada hari Sabtu. Kami bertolak pagi, lebih kurang dalam pukul 8.30 pagi. Aku memandu terus ke kampung aku di Tok Dor. Kebetulan kakak aku yang dari Kajang juga balik kampung. Adik-beradik yang lain juga berjanji untuk berkumpul bersama di rumah Tok Dor. Mereka bergotong-royong untuk bersihkan kubur arwah mak pada pagi Sabtu tersebut. Tetapi, aku tak sempat turut serta, sebab aku sampai dah agak petang lebih kurang dalam pukul 2.30 petang baru aku selamat sampai. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah menyelamatkan perjalanan kami berdua. Memang aku agak mengantuk semasa memandu balik kampung kali ni. 😴
Balik kampung kali ni berpeluang jumpa anak buah baru, iaitu anak Kak Tie. Anak kelima dia, lelaki. Rezeki Kak Tie dapat kelima-lima anak lelaki. Hero-hero semuanya. Alhamdulillah. 😁 Dia masih tak berputus asa untuk mengandung lagi, biar dapat anak perempuan juga seorang katanya. 😉 Aku doakan lepas ni Kak Tie dimurahkan rezeki untuk mengandung lagi dan dapat anak perempuan pula, inshaa-Allah. Tapi tak sempat nak ambil gambar anak buah baru. Sekejap sangat jumpa. Masa jumpa tu pun baby asyik tidur je. Kecil sangat lagi baby, baru je hari yang ke-21 masa aku pergi melawat tu.
Balik kampung kali ni juga ada berita gembira buat kami sekeluarga. Alhamdulillah, abang ipar aku iaitu Abang Wan, suami Kak Na dah sembuh. Sebelum ni dia kena minor stroke. Ada effect pada anggota badan sebelah kiri kalau tak silap aku. Dan akibat daripada itu, dia mengalami kemurungan. Sebelum terkena stroke ni, dia merupakan seorang yang sangat peramah dan banyak mulut. Bila terkena kemurungan tu, dia berubah menjadi orang lain. Jadi tak mahu berjumpa orang, bila kita tanya pun nak tak nak je dia jawab. Totally different. Tapi alhamdulillah. Kuasa Allah tiada siapa yang tahu kan. Selepas lebih kurang 2 tahun lebih keadaan dia macam tu, akhirnya dia pulih seperti sedia kala. Seolah-olah tersedar dari mimpi katanya. Subhanallah, hikmah sabar dan doa seorang isteri. Akhirnya suami pulih seperti sedia kala. Aku balik hari tu pun memang gembira, seronok la bila Abang Wan dah sihat seperti biasa. Macam Abang Wan yang dulu. Alhamdulillah, syukur pada-Mu. 😇
Rambut Mursi masa balik kampung kali ni dah agak panjang. Yela, mana taknya, last Mursi potong rambut ialah masa balik kampung hujung tahun lepas. Potong masa di rumah Kak Mah di Dungun. Kali ni, Tokki pula yang tolong bawa Mursi pergi potong rambut di Bukit Payung. Terima kasih Tokki. Mungkin lepas ni Mursi akan potong rambut bila balik kampung time cuti raya nanti pulak. 😂
Cuti kali ni juga sebenarnya nak tolong kakak aku, Kak Mah untuk jaga anak dia yang kecil, baby Uwais. Sebabnya pengasuh anak dia ambil cuti 3 hari iaitu hari Selasa, Rabu dan Khamis. Jadinya, dia minta aku tolong jagakan anak dia untuk 3 hari tersebut. Jadi aku telah pergi ke rumahnya di Dungun pada petang Isnin dan terus bertolak ke Subang Bestari dari sana pada pagi Jumaat nanti. Aku memang dah plan untuk balik ke Subang Bestari pada pagi hari Jumaat. Hari Sabtu keesokannya aku bercadang untuk memenuhi jemputan majlis perkahwinan sahabat sekampus UKM dulu di Johor.
Bila aku jaga baby Uwais ni, alahai makin teringin pula nak dapat anak lagi. Mursi pun dah pandai minta nak adik. "Ummi, nak adik." 😏 Pagi Jumaat sebelum nak bertolak pagi, siap pesan lagi dekat Ummi nak main dengan baby Uwais dulu sebelum balik Selangor. Pesan dekat Ummi sebelum masuk tidur malam sebelumnya. Kesian anak Ummi, nak adik ye. Mursi doa kat Allah ye. Minta Allah bagi Mursi adik sorang. 😉
Itulah serba sedikit catatan aku untuk cuti sekolah kali ni. Buat kenang-kenangan di masa akan datang. Sebab aku tahu memori kita ni terbatas. Bila aku catatkan kat sini, sekurang-kurangnya bila baca akan ingat semula. Alhamdulillah, aku selamat tiba Selangor pada pukul 1.30 petang Jumaat. Alhamdulillah juga aku bertolak balik pagi. Sebabnya bila aku scroll Facebook pada malamnya terdapat lori yang terbakar di Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur. Banyak kereta yang tersangkut dalam kesesakan. 😌 Okay lah, jumpa lagi di lain coretan. Semoga kita semua sentiasa tergolong di dalam golongan orang-orang yang sentiasa melakukan kebaikan. Ameen. Babai, Assalamualaikum. 💗

![]() |
| Pagi Jumaat sebelum bertolak balik ke Subang Bestari |

No comments:
Post a Comment