Salam buat semua.
Salam 26 Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan diri ini untuk terus menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga terus kuat untuk menghabiskan beberapa hari lagi puasa. Dan pasti akan merindui bulan yang penuh dengan keberkatan ni. Mungkinkah kita akan berjumpa lagi di Ramadhan akan datang? Insya-Allah jika diizinkan Tuhan.
Sepanjang dua tiga hari ni, ada banyak juga perkara yang berlaku. Rabu lepas, macam biasa aku pergi check-up di klinik desa. Alhamdulillah, semua keputusan baik. Berat pun naik 0.5 kg je dalam seminggu. Usia kandungan pun dah masuk 37 minggu semalam. Kalau ikutkan, memang bayi dalam kandungan dah fully developed dan bersedia untuk dilahirkan. Tapi, anak ummi ni baik, dengar cakap ummi. Takkan keluar selagi ayah tak balik dan tak ada di sisi kan? :)
Minggu lepas juga diadakan majlis penyampaian duit raya kepada anak yatim peringkat Jabatan Farmasi. Ada 6 orang pelajar yang layak menerima duit raya tersebut. Dalam majlis yang serba ringkas ni, turut diadakan ucapan kata-kata terakhir salah seorang staf Farmasi, Encik Faiz yang bakal menamatkan khidmatnya di kolej. Dia akan sambung belajar peringkat master. Pada sebelah malamnya pula, kami telah adakan majlis berbuka puasa bersama satu jabatan. Majlis ni pun sempena meraikan Faiz. Faiz, selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Jangan lupakan kami di sini ya!
![]() |
| Staf jabatan Farmasi terkini. Faiz berdiri dua dari kanan belakang. |
Ok la, cukup dulu untuk kali ni. Semoga ibadat puasa kita semua diberkati dan terus bersemangat untuk meraih pahala di akhir ramadhan. Jangan hanya semangat untuk beraya.

No comments:
Post a Comment