Wednesday, 21 August 2013

Minggu-Minggu Akhir Kehamilan

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Agak lama diri ini menyepikan diri dari blog. Bukan tiada masa, tapi mungkin tak tahu dari mana nak mulakan cerita selepas beberapa lama tak update. Ok la, biar mula dari keadaan diri sekarang. Dan kalau rajin, aku akan ceritakan juga pasal sambutan hari raya yang lalu.

Hari ni, kandungan aku dah pun 39 minggu 5 hari. Dan aku masih mampu update blog! Tu maksudnya, aku masih belum bersalin. :) Sebenarnya aku tak sabar nak tunggu si kecil ni keluar. Tak larat sangat dah rasa nak buat kerja. Tapi, untuk mengurangkan tekanan pada baby dalam perut, aku ambil keputusan ambil cuti tanpa gaji sehinggalah aku selamat bersalin nanti. Sebelum ni, cadangannya aku akan kerja sampailah sakit nak bersalin. Dan kemungkinan untuk aku bersalin di tempat kerja tu memang ada la. Namun, memikirkan keadaan yang semakin sarat, akhirnya aku ambil keputusan untuk ambil cuti tanpa gaji je.

Tiga minggu lepas, semasa check-up mingguan di klinik desa, nurse cakap baby aku masih belum masuk jalan dengan betul ataupun istilahnya Head Not Engaged (HNE). Minggu berikutnya pun sama sampai aku perlu dirujuk kepada doktor pakar. Tapi alhamdulillah, semuanya baik-baik saja. Tiada apa yang membimbangkan. Doktor cuma minta tunggu sehingga tanda-tanda bersalin ada. Beberapa hari lepas, mak pun dah bawa aku pergi berurut dengan bidan untuk membetulkan keadaan baby. Alhamdulillah, dia dah betulkan. Cuma aku perlu tunggu je la bila dah sampai masa nanti.

Sekarang ni pun, aku dah macam rasa sakit sikit-sikit dekat bahagian ari-ari. Cumanya tak kuat je lagi. Dan hari ni jugak sekali lagi aku pergi check-up kat klinik. Berat aku naik sekilo lagi dari minggu lepas. Orang cakap, kalau dah nak bersalin berat akan makin kurang. Tapi, aku ni pulak makin naik apa kes?? Huhu. Takkan baby tak nak keluar lagi? Anak ummi, cepatlah keluar. Ummi dah tak sabar nak tunggu anak ummi ni lahir. Ayah pun sama, tak sabar jugak tunggu. Anak ummi cepat-cepat keluar ya?!

Buku pink... Ada stiker hijau sebab masalah hb rendah.

Dalam seminggu dua ni, ramai kawan-kawan aku dah selamat bersalin. Kawan masa sekolah dulu ada dua orang. Kakak senior masa kat universiti dulu ada sorang, dan kawan sekampung pun sorang. Semuanya due date lebih kurang sama dengan aku je. Mintak-mintakla dalam dua tiga hari lagi anak ummi akan keluar. Aku tak nak la kena masuk hospital sebab over due date lama sangat. Tadi pun nurse dah pesan, kalau Jumaat depan tak bersalin lagi dia akan bagi surat untuk rujuk hospital. Takutt...! Ya Allah...semoga semuanya baik-baik saja. Doakan aku ye kawan-kawan!

Ok lah, sampai sini dulu entry kali ni. InsyaAllah lepas ni akan di update lagi. Tata...

p/s: Berat aku naik sebab banyak makan durian kot. :) Seakarang durian tepi rumah semua dah gugur. Makan banyak jugak sebab fikir lepas ni dah tak boleh makan. Hehe.

Saturday, 3 August 2013

Update

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Salam 26 Ramadhan. Alhamdulillah, Allah masih mengizinkan diri ini untuk terus menunaikan ibadah di bulan yang mulia ini. Semoga terus kuat untuk menghabiskan beberapa hari lagi puasa. Dan pasti akan merindui bulan yang penuh dengan keberkatan ni. Mungkinkah kita akan berjumpa lagi di Ramadhan akan datang? Insya-Allah jika diizinkan Tuhan.

Sepanjang dua tiga hari ni, ada banyak juga perkara yang berlaku. Rabu lepas, macam biasa aku pergi check-up di klinik desa. Alhamdulillah, semua keputusan baik. Berat pun naik 0.5 kg je dalam seminggu. Usia kandungan pun dah masuk 37 minggu semalam. Kalau ikutkan, memang bayi dalam kandungan dah fully developed dan bersedia untuk dilahirkan. Tapi, anak ummi ni baik, dengar cakap ummi. Takkan keluar selagi ayah tak balik dan tak ada di sisi kan? :)

Minggu lepas juga diadakan majlis penyampaian duit raya kepada anak yatim peringkat Jabatan Farmasi. Ada 6 orang pelajar yang layak menerima duit raya tersebut. Dalam majlis yang serba ringkas ni, turut diadakan ucapan kata-kata terakhir salah seorang staf Farmasi, Encik Faiz yang bakal menamatkan khidmatnya di kolej. Dia akan sambung belajar peringkat master. Pada sebelah malamnya pula, kami telah adakan majlis berbuka puasa bersama satu jabatan. Majlis ni pun sempena meraikan Faiz. Faiz, selamat maju jaya dalam apa jua bidang yang bakal diceburi. Jangan lupakan kami di sini ya!


Staf jabatan Farmasi terkini. Faiz berdiri dua dari kanan belakang.

Ok la, cukup dulu untuk kali ni. Semoga ibadat puasa kita semua diberkati dan terus bersemangat untuk meraih pahala di akhir ramadhan. Jangan hanya semangat untuk beraya.