Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah, dapat ilmu baru daripada perkongsian seorang sahabat di facebook. Sebelum ni, demi Allah langsung tak pernah tahu yang biji kurma pun boleh dikitar semula. Terima kasih kepada saudari Munirah kerana telah berkongsi cara bagaimana untuk kita manfaatkan biji kurma, yang sememangnya kita tahu banyak khasiat yang telah diceritakan dalam al-quran.
Jadi, sebagai peringatan dan juga panduan supaya tidak lupa, aku akan kongsikan ia bersama-sama, agar semakin ramai yang tahu mengenainya. Memandangkan bulan puasa pun dah tak lama, aku berazam untuk mengumpul biji kurma supaya aku dapat hasilkan serbuk kurma macam ini. Jom kita tengok cara-caranya.
Saudari Munirah menggunakan kurma ajwa. Gambar di atas tu menunjukkan cara step-by-step bagaimana dia memproses biji kurma sehingga menjadi serbuk.
- Basuh biji kurma dan ditos kering.
- Taburkan di atas dulang atau penutup periuk untuk dijemur selama seharian.
- Gorengkan biji kurma tanpa menggunakan minyak. Goreng sehingga hangus dan biji kurma menjadi hitam legam. Pada ketika ini, biji kurma akan mengeluarkan bau harum dan wangi seperti biji kopi.
- Tumbuk biji kurma dengan batu lesung ataupun boleh dikisar dengan menggunakan pengisar kering (jangan risau kerana biji kurma sudah garing dan teksturnya tidak keras).
- Seterusnya boleh disimpan di dalam botol kaca dan ia boleh digunakan untuk jangkamasa yang lama.
Sama dengan khasiat buah kurma yang mampu memberikan tenaga berpanjangan untuk tubuh, bijinya juga baik untuk kulit dan boleh dibuat minuman seperti kopi. Antara khasiat lain yang boleh didapati daripada biji kurma ini ialah:
- Sebagai minuman pengganti kopi, warnanya tidak segelap kopi tetapi rasanya seakan-akan kopi. Ianya memberi tenaga yang baik kepada peminum.
- Ia juga boleh digunakan sebagai bahan perapan daging dicampur dengan pelbagai rempah ratus dan Subhanallah daging perapan akan menjadi teramat lembut.
- Digunakan sebagai scrub badan. Gabungan scrub biji kurma dengan pevoo dan madu akan membuatkan kulit badan anda selembut bayi. Natural? Yes and safe!
- Jika anda mengalami masalah keguguran rambut yang serius dan kronik sehingga menyebabkan anda BOTAK! Maka inilah natural remedy atau ramuan semulajadi untuk mengaktifkan sel kulit kepala yang sudah mati. Amalan menyapu biji kurma yang dicampur dengan Minyak Zaitun Ramallah Extra Virgin PEVOO, maka hasilnya adalah terbaik. Penggunaan secara konsisten setiap hari sebelum tidur insya-Allah akan membuatkan sel kulit kepala yang bermasalah kembali sihat dan anak-anak rambut kembali keluar dengan sihat!
Masya-Allah, Allah takkan sebut mengenai kebaikan sesuatu dalam al-quran melainkan ianya akan mendatangkan kebaikan dan barakah jua buat umat manusia. Apa yang kita perlu hanyalah yakin, tawakal dan istiqamah dalam amalan. Insya-Allah.





