Monday, 1 June 2015

Sambutan Hari Guru 2015

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, dua minggu ni aku dapat bercuti. Cuti sekolah sudah bermula. Kali ini aku tidak balik kampung, sebab dah dekat nak puasa dan nanti terus langsung balik untuk cuti hari raya. Minggu lepas, sekolah aku mengadakan sambutan Hari Guru peringkat sekolah. Kiranya tahun ini merupakan tahun kedua aku menyambutnya sebagai guru sekolah. Sambutan tahun ini agak meriah jika dibandingkan dengan tahun lepas, bagi aku la. 

Antara perkara yang aku nak highlightkan dalam entri kali ini ialah tema pakaian pada sambutan hari guru. Tetapi aku bukan seorang yang mengikut tema. :) Tema yang diberikan ialah pakaian tradisional ataupun 'back to school'. Kawan-kawan yang mengikut tema ni akan memakai pakaian sekolah, konon-kononnya nak mengimbau zaman persekolahan yang lalu. Aku cuma memakai baju biasa, ikut tema tradisional sahaja. :) Bila tengok ramai-ramai pakai baju sekolah, seronok pula. Aku bukannya apa, tak mahu membazir duit membeli baju sekolah semata-mata untuk dipakai sehari. Daripada aku membazir beli baju sekolah, baik aku simpan untuk keperluan yang lain. Mereka tak apalah, banyak duit, lagipun ramai juga yang masih bujang dan tiada tanggungan yang lain.

Pagi semasa breakfast di dining hall. Semua ceria dengan baju sekolah. :)

Persembahan yang disediakan pada sambutan kali ini antaranya ialah deklamasi sajak dari pelajar. Ada juga pelajar yang membuat kuiz santai antara pelajar dan guru. Selain daripada itu, terdapat juga persembahan daripada kalangan guru lelaki. Mereka membuat persembahan nasyid dan juga Super Spontan, ala-ala rancangan komedi di saluran Asro tu. Bagi aku, persembahan ni mencapai objektifnya, sangat kelakar. Aku dan kawan-kawan yang lain sakit perut menahan gelak. 

Antara lain ialah ada kejutan persembahan dari Faizal Tahir sebelum majlis bersurai. Memang kami guru-guru langsung tidak menyangka akan ada persembahan pada hari tersebut. Ini diuruskan oleh pihak admin. Lagipun Faizal Tahir mempunyai 3 orang anak di sekolah ini. No wonder la senang dijemput untuk membuat persembahan. Dia sangat sporting, sanggup melayan kerenah budak-budak ni. Dia menyampaikan dua buah lagu beliau iaitu Assalamualaikum dan Gemuruh. Rendah dan kecil sahaja bila tengok depan-depan rupanya. Nampak dalam tv tinggi dan sasa orangnya. :)

Sumayyah interframe. :)

Setelah bersurai, sambutan diteruskan lagi di kelas masing-masing. Di setiap kelas diadakan jamuan makan-makan yang mana makanan semua dibawa oleh pelajar-pelajar. Bagi kelas aku, aku telah berbincang dengan ibu-bapa mengenai siapa yang akan membawa makanan, kerana tidak mahu ada yang membawa makanan yang sama terutamanya kek. Macam tahun lepas, terlalu banyak kek sampai tidak habis dimakan. Pembaziran makanan berlaku. Jadi, sampai ke petang kami akan makan saja. Aku pun banyak menapau makanan dari kelas-kelas lain, sebab sudah tidak larat nak makan. Perut dah penuh, sampai tengok makanan pun rasa nak muntah. :) So, layan gambar ajelah ye. :)


Alhadulillah, berakhir sudah sesi persekolahan semester pertama. Semester kedua bakal menyusul dua minggu dari sekarang. Aku bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi seorang pendidik anak bangsa. Semoga segala ilmu yang dicurahkan sedikit sebanyak menjadi saham aku di akhirat nanti. Insya-Allah. Rasa terharu bila mendapat penghargaan berupa hadiah daripada pelajar-pelajar. Walaupun ianya kecil, namun tanda penghargaan itu membuatkan kita merasakan segala usaha kita dalam mendidik mereka tidak sia-sia. Semoga kalian terus membesar menjadi anak bangsa yang cemerlang, gemilang dan terbilang di masa akan datang.


No comments: