Bismillahirrahmanirrahim.
Cerita dah basi, baru nak tulis. Ah, lantaklah. Nak share jugak. Biarlah dah basi pun. :P
Raya tahun ni pun macam raya tahun lepas juga. Aku berhari raya pertama di rumah suami aku dahulu. Dan aku rasakan tahun-tahun yang mendatang pun beginilah adatnya. Hari raya pertama di rumah suami, dan petang harinya baru balik ke rumah aku di Tok Dor. Bukan apa, sebabnya adik beradik ipar aku akan berkumpul di Kampung Batin pada hari raya pertama sahaja. Manakala adik beradik aku pula kebanyakannya akan balik kampung pada petang hari raya. Jadi, dua-dua pun ada kelebihannya. Adillah tu. Aku pun boleh bersama-sama dengan keluargaku beraya bersama.
Aku dan suami bertolak balik ke kampung pada pagi 16 Julai, Khamis. Bukan main suami aku nak bertolak awal pagi, sebelum Subuh katanya. Aku ni selaku isteri yang taat, bersiaplah apa yang patut. Kemas beg, sediakan makanan untuk sahur sebab cadangnya nak bersahur dalam perjalanan. Last-last, lepas Subuh jugak baru bertolak. Ingin mengelak jammed asalnya tu yang nak gerak dari rumah awal-awal pagi. Tapi Alhamdulillah jalan masa tu tak adalah jammed sangat. Masih bergerak dan sampai di rumah kakak iparku pada tengahari.
Petang itu sempatlah kami berbuka puasa beramai-ramai. Mursi macam biasa la, mula-mula jumpa dengan sepupu-sepupu dia susah sikit nak mesra. Tapi bila dah lama sikit, barulah ummi susah nak ajak masuk dalam rumah. Iyelah, asyik nak main aje kat luar. Sibuk nak main dengan abang-abang dan kakak-kakak sepupu dia.
Pagi raya tahun ni aku berazam untuk pergi solat sunat hari raya. Sebab dah beberapa tahun aku tak dapat solat raya. Kali terakhir ialah masa aku sambut raya pertama dengan suami, tiga tahun lepas. Kalau aku kat kampung aku dulu, mesti semua bersiap-siap cepat pagi raya takut terlepas untuk solat sunat hari raya. Tapi aku perhatikan keluarga suami aku ni tak macam tu. Kalau siapa nak pergi, boleh pergi, siapa yang taknak pergi pun tak apa. Memang la ia sunat sahaja, tapi setahun sekali je kot jumpa. Itula, aku niat nak pergi juga tahun ni. Lagi[un masjid bukannya jauh sangat dari rumah. Jalan kaki je kot. Aku bersiap apa yang patut, Mursi pun aku bawa sekali. Aku dukung Mursi ke masjid, disebabkan dah tergesa-gesa aku seorang aje yang ke masjid. Suami aku dah pergi dulu. Sampai aje di masjid, tengok orang dah mula solat. Aku letak Mursi kat belakang. Pada mulanya dia tak menangis. Belum sempat habis rakaat pertama dia dah menangis. Makin lama makin kuat. Tapi aku teruskan juga, khusyuk memang dah tak ada lah. Hehe. Mungkin Mursi takut tengok keadaan ramai sangat orang, lagipun dia tak pernah tengok keadaan macam tu. Lepas selesai solat aje, aku terus tenangkan Mursi dan balik ke rumah. Dengar khutbah raya dari rumah aje. :)
Juadah pagi raya rumah kakak ipar aku cuma ketupat segera dan kuah kacang sahaja. Sebabnya dah bercadang untuk makan di rumah Makde, iaitu ibu tiri suami. Dia menjemput kami sekeluarga untuk makan di sana. Dia masak nasi dagang katanya. Lepas selesai solat sunat hari raya dan berkumpul semua, kami pun bertolak ke rumah Makde. Tapi sebelum tu, tak lupa untuk ambil gambar famili. Untuk kenang-kenangan. Lepas siap bergambar semua barulah kami gerak ke rumah Makde.
 |
| Baby Faariha Huwaina. 1st raya of her. :) |
 |
| My little family. :) |
 |
| Semua sekali masuk gambar. :) |
 |
| Gelagat Mursi di pagi raya. Anak ummi dah besar! |
Alhamdulillah, dapat berjumpa dan bermaaf-maafan di hari raya.
Trend ziarah-menziarahi saudara-mara di hari raya masih lagi diamalkan oleh keluarga suami aku. Boleh dikatakan setiap kali raya, mereka akan menziarahi saudara yang sama sahaja yang mana yang masih hidup. Alhamdulillah, aku pun dapat la bertemu muka dengan makcik dan pakcik saudara aku belah suami.
Lepas habis sesi menziarah, kami pulang semula ke rumah kakak ipar aku. Petangnya aku dan suami akan balik ke kampung aku pula. Yeayy, boleh jumpa dengan kesayangan-kesayangan semua. Lama tak berjumpa, rindu mestilah ada walaupun jarang berhubung. Tapi sekarang canggih, dah ada
whatsapp group untuk famili juga. Boleh selalu bertanya khabar. Aku bertolak ke kampung selepas Asar. Alhamdulillah, selamat sampai di kampung tercinta sebelum Maghrib. Habis sesi ziarah-menziarahi pada hari raya pertama. Sambung pula dengan berkongsi cerita dengan adik-beradik sebelah malamnya. :)
Keesokannya sesi ziarah-menziarahi saudara-mara belah aku pula. Sempat la ke rumah mak saudara dan pak saudara aku yang dekat-dekat. Aku juga sempat beraya di rumah kawan aku masa sekolah rendah dulu. Dah lebih sepuluh tahun tak jumpa. Alhamdulillah, tahun ni Allah bagi peluang jumpa dengan dia. Masih sama macam dulu, bercakap tak berhenti. :) Itulah dia Norlaini. Belum lagi bertemu jodoh, insya-Allah akan tiba masanya.
 |
| Norlaini, moga cepat bertemu jodoh ye. :) Anak kawan yang dia pegang tu. |
 |
| Tumpang pelamin sepupu, bergambar dengan kakak-kakakku. :) |
Alhamdulillah, raya tahun ni lebih baik dari yang sebelumnya. Tapi keadaan rumah di kampung makin uzur. makin dimamah anai-anai sebab tiada siapa yang bermastautin di situ. Kalau dulu aku ada bolehlah tengok-tengokkan dan anai-anai pun tak adalah nak bermaharajalela sangat. Bila dah tak ada orang yang duduk makin seronoklah mereka. Kalau dibaiki pun selagi tak ada orang yang menghuninya setakat berkumpul setahun sekali, tak berbaloi juga. Rumah itu ajelah yang tinggal kenangan bersama arwah mak. Sedih pula bila dah makin uzur. Hurm, sampai sini aje lah untuk cerita raya tahun ni. Nanti sambung cerita lain pulak. :)
No comments:
Post a Comment