Monday, 5 June 2017

Rasa Hati

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.


Salam Ramadhan ke-10. Alhamdulillah, masih berpeluang berjumpa dengan bulan Ramadhan tahun 1438H kali ni. Semoga Ramadhan kali ni adalah yang terbaik antara yang terbaik. Inshaa-Allah.

Sesungguhnya hanya Dia yang memegang hati hamba-hamba. Sama juga dengan aku. Aku mengaku yang aku masih sukar untuk ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Kadang-kadang aku tak boleh lari dari perasaan kurang puas hati dan boleh kata tidak suka dengan sikap seseorang. Ya Allah, berikan aku rasa ikhlas yang sebenar-benarnya. Berikan aku rasa untuk redha dengan setiap kekurangan dan kelemahan seseorang, apatah lagi dia adalah seorang yang harus dihormati.

Hindarkan perasaan riak dan ujub dalam diri aku. Aku takut aku tak mampu mencium bau syurga-Mu kelak. Ampunkan aku Ya Allah. Campakkan rasa rendah diri dan rasa tidak sempurna dalam diri. 

Rasa sendu pula hari ni. Cuma nak luahkan rasa hati. Kadang-kadang perempuan ni perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang dia rasa. Kalau tak ada orang yang boleh diluahkan, sekurang-kurangnya akan lebih baik jika ditulis macam aku tulis di sini. Mana boleh simpan aje dalam hati. Namun, harus berpada-pada. Tak perlu ceritakan semua keburukan dan kejahatan orang lain.

Sunday, 4 June 2017

Mursi's Performance

Assalamualaikum semua.

Disebabkan dah lama tak menulis, bila sesekali datang mood nak menulis ni tak boleh sia-siakan. Selagi ada idea nak kongsi, kita tulis dekat blog. Buat kenangan di hari tua nanti. Mana tahu nanti bila Mursi dah besar, dia boleh baca hasil coretan ummi dia yang tidak seberapa ni. 😆

Ok, kali ni Ummi nak cerita pasal Mursi buat persembahan yang sangat awesome semasa sambutan Hari Guru di sekolah baru-baru ini. Bagi ummi memang sangat 'wow' bila tengok anak ummi boleh buat persembahan yang sangat bagus. Ye lah, sebab ummi tahu Mursi ni jenis orangnya macamana. Agak pemalu, boleh dikatakan pendiam juga dan dia akan buat sesuatu ikut mood dia.

Agaknya, mood dia pada hari tersebut tersangatlah baik, kerana sepanjang persembahan dia boleh ingat apa yang patut digayakan dari awal hingga akhir. Alhamdulillah. Ummi bangga denganmu, nak! 😚😚 Ummi ada ambil video persembahan Mursi tapi tak berjaya pula nak upload ke sini. Tak apalah, nanti ummi send ke email Mursi, bila-bila boleh tengok semula.



Alhamdulillah 'ala kulli hal. Doa ummi sentiasa ada untuk Mursi. Semoga Mursi terus membesar menjadi seorang yang berguna dan semestinya seorang anak yang soleh buat bekalan ummi dan ayah bila dah tak ada nanti. Ummi sayang Mursi sokmo. 💗💗💗


5 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, tanggal 2 Jun yang lepas maka genaplah usia perkahwinan aku dan suami 5 tahun. Syukur atas pertambahan usia perkahwinan kami. Tiada apa yang diminta semoga ikatan perkahwinan ini akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.


Abang, 
Terima kasih kerana sudi menjadi seorang suami buat isterimu ini,
Sanggup menerima segala kelemahan dan kekurangan diri ini,
Masih bertahan dengan perangai saya yang selalu menyakitkan hati.

Abang,
Tiada lain yang aku inginkan,
Agar dirimu akan terus setia sepanjang perjalanan,
Menuntun diri ke arah jalan keredhaan.

Abang,
Semoga kita akan tua bersama-sama,
Semoga kita masuk syurga bersama-sama,
Semoga kita kekal sebagai suami isteri hingga ke akhirnya.

Abang,
Ku doakan semoga dikau terus dikuatkan iman,
Untuk menjadi imam terbaik buat keluarga kita,
Memimpin keluarga ke syurga-Nya.

(isterimu, 040617 / 9 Ramadhan 1438H)

Orang kata, fasa 5 tahun yang pertama adalah fasa ujian dalam hidup berumah tangga. Seandainya kita mampu mengharungi segala ujian dan dugaan sepanjang tempoh 5 tahun tersebut, Inshaa-Allah kita akan terus bersama hingga ke akhirnya. Semoga aku dan suami terus tabah melalui kehidupan berumahtangga. Memang, hidup berumahtangga bukan selalunya indah-indah belaka. Bukan selalunya sama dengan cerita dan drama-drama di televisyen. Jauh tersasar dari realiti. Segala kekurangan dan kelebihan pasangan akan diketahui apabila telah hidup bersama-sama.

Jadi, bagi pasangan yang bakal berkahwin, jangan mimpi yang indah-indah belaka. Hiduplah di alam realiti. Bukan sekadar fantasi yang ditayangkan di depan mata. Bersiap-sedia mental dan fizikal. Kahwin bukan perkara sehari dua. Ia melibatkan hidup ke akhir hayat. Kalau niat kahwin nak bersuka sahaja, baik nilai semula niat tu. Ia adalah soal tanggungjawab. Jika masing-masing sedar akan tanggungjawab masing-masing, inshaa-Allah bahagia hendaknya. ☺

Selamat menunaikan ibadah puasa. Ramadhan ke-9. 🌺🌺🌺