بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, dah lebih separuh Ramadan berlalu. Syukur juga Allah masih beri kekuatan untuk aku meneruskan ibadah puasa dalam keadaan di awal kehamilan ni. Semoga aku terus kuat sehingga ke akhir Ramadan, amin.
Sekarang juga merupakan fasa morning sickness orang kata. Ada hari-hari yang aku akan rasa loya dan muntah-muntah selepas sahur dan berbuka. Namun alhamdulillah, masih mampu bertahan. Masih mampu bertoleransi. Kali ni aku nak cerita pasal buku pink kedua. Dalam minggu pertama puasa lepas tahu yang aku pregnant, tanya la kawan-kawan klinik mana yang terdekat untuk aku buat monthly checkup nanti. Tanya-tanya dan cari-cari jugak, maka klinik yang paling dekat ialah Klinik Desa Subang. Dekat la dari rumah sewa aku yang sekarang.
Hari pertama aku pergi tu hari Rabu. Pergi la tanya kat kaunter. Namun malangnya, nurse cakap pemeriksaan ibu mengandung mengikut hari dan kawasan tempat tinggal. Kawasan rumah sewa aku tu kena datang hari Selasa dengan Khamis sahaja untuk pemeriksaan. Makanya, aku perlu la datang sekali lagi keesokan harinya. Kena dua kali kerja. Tapi takpela, sekarang anak-anak kat sekolah tengah minggu peperiksaan. Tak perlulah skip kelas banyak-banyak.
Keesokannya, aku kembali lagi ke klinik. Hari yang sangat mencabar dan panjang bagi aku. Almaklumlah, bila nak buka buku banyak sikit prosedur yang kena buat. Kena isi borang beberapa salinan. Kena ambil darah. Periksa tekanan darah dan segala prosedur yang perlu. Yang menjadikan hari ini sangat panjang ialah kerana terpaksa menunggu lama. Betullah, penantian itu satu penyeksaan.
Bila nombor giliran aku dipanggil untuk berjumpa nurse, barulah lega sikit. Timbang berat, periksa apa yang perlu. Kali ni untuk kandungan kedua ni, berat aku cuma 50kg. Kurang 10kg daripada masa aku mengandungkan Mursi dulu. Alhamdulillah. Semoga sepanjang kehamilan ni berat aku tak naik banyak sangat. Apa yang aku rasakan bagus berbanding masa aku buka buku pink untuk Mursi dulu, kat sini dia periksa juga samada kita ada kanser payudara ke tidak. Makanya, nurse akan cek payudara kita samada terdapat ketulan atau benjolan ataupun tidak. Periksa samada tangan atau kaki ada bengkak ataupun tidak.
Aku terlupa untuk bawa hasil scan yang aku dah buat di klinik swasta sebelum ni. Sebabnya doktor nak tengok. Makanya, aku terpaksa tunggu sesi petang pula untuk berjumpa doktor dengan membawa gambar scan tersebut. Jadi, aku terpaksa balik rumah dulu, lepas solat Zuhur aku kembali ke klinik untuk berjumpa dengan doktor.
Bila berjumpa dengan doktor, dia cakap hasil scan tersebut berbeza lebih 7 hari daripada usia kandungan aku yang sepatutnya. Kalau diikutkan tarikh akhir period aku, usia kandungan aku dah masuk 9 minggu. Namun, hasil scan dari klinik menunjukkan janin aku baru berusia 7 minggu. Jadinya, doktor menyarankan aku untuk membuat scan lagi selepas 2 minggu dari tarikh hari ini. Doktor memberi tarikh 3 Jun untuk aku kembali ke klinik untuk buat scan. Bagi aku doktor ni tidak mesra pesakit. Entahlah, mungkin perasaan aku saja kot. Mungkin dia penat sebab puasa ataupun terlalu ramai pesakit hari ni.
Yang itu tarikh untuk scan. Tarikh untuk checkup seterusnya ialah pada 4 Jun, iaitu sehari selepas tarikh scan. Aku pun lurus bendul, lupa nak pick tarikh yang sama untuk scan dan checkup. Kalau tak, tak perlulah datang dua kali ke klinik. Tarikh tu memang dekat sangat dah nak raya. Dan tahun ni aku bakal balik ke kampung pada malam raya. Sebab suami aku tidak dapat cuti awal memandangkan dia baru sahaja bertukar tempat kerja. Doakan semoga segalanya dipermudahkan untuk aku sekeluarga, Aaminnn.
Cukuplah dulu untuk setakat ni. Inshaa-Allah lain kali aku akan corat-coret lagi. Semoga terus dipanjangkan umur untuk kita berjumpa lagi di Ramadan yang akan datang. Semoga segala amalan kita diterima dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah hendaknya, inshaa-Allah.