بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar!. Segala puji bagi Allah. Bermula bulan Ramadhan bagi tahun 1440H untuk tahun ni. Kali ni aku nak kongsi satu berita gembira. Berita gembira pada 1 Ramadhan. Allahuakbar. Tiada kata yang mampu aku ucapkan atas segala nikmat yang Dia berikan buatku. 😇
Sebelum ni aku ada berkongsi yang aku ada buat ujian UPT dan keputusannya negatif. Keputusan yang membuatkan aku murung sepanjang hari. Namun, kali ni Allah telah menjawab dan mengabulkan doa aku. Semalam iaitu bersamaan 1 Ramadhan 1440H, aku lakukan ujian tersebut sekali lagi. Subhanallah, keputusan kali ni betul-betul membuatkan aku rasa Allah tu tersangatlah Maha Baik. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar dan Berkuasa atas segala sesuatu. Keputusannya positif! Aku mengandung! Allahuakbar!💗
Memang sejak seminggu yang lalu aku rasa badan lain macam. Selalu mengantuk, penat dan letih asyik rasa nak tidur je. Kemudian tiba-tiba je dapat selesema berair hidung. Bila makan pun asyik rasa tak kenyang je. Rupa-rupanya ummi kena makan untuk dua orang dah. 😉 Alhamdulillah, syukur Ya Allah. Memang dah sebulan period aku tak datang, macam yang sebelum ni juga. Tapi aku tak meletakkan harapan yang tinggi bahawa aku mengandung. Tapi bila dah start puasa ni, sebagai langkah berhati-hati maka aku buatlah cek. Pagi semalam pergi beli UPT dekat Guardian, tengahari tu terus cek dekat sekolah. Biasanya aku buat ujian ni pagi. Tapi memandangkan puasa dan tak minum air dah lebih kurang 7 jam, tu yang main redah je buat UPT waktu tengahari. 😁
Bila naik line dekat T tu, Ya Allah tak tahu nak cakap apa. Terus terketar-ketar tangan, perasaan tak percaya. Dahla warna dia sangat terang dan pekat. Alhamdulillah. Orang pertama yang aku bagitahu pasal ni ialah bestfriend aku, Fifi. Gugurlah airmata kesyukuran aku di depan dia. Allahuakbar. Memang tak terucap dengan kata-kata rasa syukur aku pada Dia. Sebab aku tahu, aku minta ni dekat Allah dalam setiap doaku. Allah makbulkan akhirnya, Maha Baiknya Allah pada hamba-hamba-Nya. 😢
Untuk mengesahkan lagi keputusan ujian UPT tersebut, petangnya aku singgah di klinik untuk membuat scan ultrasound. Alhamdulillah, keputusannya memang betul. Aku memang betul-betul mengandung. Alhamdulillah. Syukur Ya Allah. Menurut hasil keputusan scan, kandungan aku berusia lebih kurang 7 minggu. Tarikh aku dijangka bersalin ialah pada hujung tahun ini, bulan Disember inshaa-Allah. 😍
Langkah seterusnya yang akan aku ambil ialah pergi buka buku di klinik kesihatan yang terdekat. Aku masih belum pasti klinik mana yang perlu aku tuju untuk buka buku pink. Doakan semoga segala urusan aku dipermudahkan. Semoga perjalanan kehamilan kali ini pun berjalan lancar dan tiada sebarang masalah. Semoga Allah beri aku kekuatan untuk aku menyempurnakan ibadah puasa pada tahun ini, Inshaa-Allah. Hanya doa yang mampu aku panjatkan. 💗
Reaksi Mursi bila tahu ummi ada baby dalam perut, bukan main excited dia. Dah lama dia duk minta nak adik, nak baby. Alhamdulillah, kali ni Allah dah makbulkan doa kita sayang. Suami aku pun semalam bila aku bagitahu yang aku mengandung, dia ucapkan 'Tahniah'. 😅 Tahniah untuk abang jugak. Akhirnya kita ada rezeki untuk dapat anak lagi. Alhamdulillah.
Akhirnya, aku mengharapkan yang baik-baik sepanjang kehamilan ini. Semoga aku diberi kekuatan untuk meneruskan puasa sebulan dan kekuatan juga untuk mengawal emosi sepanjang kehamilan. Aku takut juga sebenarnya. Inshaa-Allah, aku tahu Allah akan sentiasa membantu hamba-Nya yang memohon pertolongan. Amin... Doakan yang terbaik.


No comments:
Post a Comment