Saturday, 30 March 2013

Hatiku Bukan di Sini

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah, dalam sehari dah 3 post ditaip. Ni memang betul-betul lepas gian nak menulis blog ni. Hehehe. Tapi, apa aku kisah. Ni kan blog aku, aku punya pasal la nak tulis berapa post pun dalam sehari. Hahaha. Tajuk yang kat atas tu nak menggambarkan bahawa hati aku sekarang ni dah ada kat rumah. Hari ni hari Sabtu, pejabat lain kebanyakannya semua cuti. Pejabat aku ni je yang pelik bin ajaib sekali, buat keje hari Sabtu. Hari Jumaat sehari je cuti kalau minggu biasa. Kecuali Khamis minggu terakhir setiap bulan, dapat sehari cuti lagi.

Tapi, bukan sebab terpaksa keje hari Sabtu yang membuatkan hati aku bukan di sini. Tapi, aku teringatkan si dia yang sorang-sorang kat rumah. Suami aku kerja pantai barat Malaysia. So dia cuti Sabtu dan Ahad. Tapi, time dia cuti tu la aku kena kerja. Tu yang membuatkan aku kadang-kadang rasa nak buat jahat (padahal memang dah buat pun... kuikuikui). Pagi tadi baru dia sampai, naik bas Kenyir dari KL dan sampai dalam pukul 4 pagi kat kampung. Kesian dia, setiap kali balik aku selalu tak dapat nak luangkan masa dengan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, aku cuba yang terbaik. Aku mahu jadi seorang isteri yang solehah. Seorang isteri yang dengar cakap suami, yang dapat memasak makanan dengan air tangan sendiri. Semoga usaha kecil aku ni Allah akan pandang. Bukan aku sengaja tak mahu temankan suami bila dia balik, tapi tuntutan kerja kadang-kadang lebih diutamakan. Pernah aku suarakan hasrat hati untuk ikut dia tinggal sekali di Petaling Jaya, tapi katanya dia nak cuba cari kerja di Terengganu dulu. Sebab nanti, kalau aku kerja kat sana, susah pulak la kami nak balik bekerja di kampung. Kami berdua memang anak jati Terengganu. Orang lain berlumba-lumba nak balik bekerja di kampung, takkan aku nak ke sana pulak. Itu kata suami aku la. Tapi bagi aku, tempat seorang isteri hendaklah sentiasa di sisi suami. Tak gitu?? 

Hanya yang mampu aku dan suami lakukan sekarang ni hanyalah berdoa. Berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kami berdua. Mana tahu mungkin rezeki anak nanti, suami aku dapat kerja di Terengganu. InsyaAllah, sama-sama doakan. Ya Allah, betapanya aku rindukan dia saat ini. Tak sampai sejam dah nak balik ni. Abang, tunggu saya balik ye! Miss you! ;)

Hati berbunga, tak sabar nak balik dan jumpa si dia! :)

Mengada-ngada

Bismillahirrahmanirrahim...

Tajuk tak boleh tahan kan?? Memang agak mengada-ngada sekarang ni, sebab tangan ni gatal-gatal je nak taip post baru. Maklumlah, blog baru. Semangat masih berkobar-kobar orang kata. Hehehe.

Saje nak cerita pasal kehidupan sekarang. Alhamdulillah, setakat ni aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Bahagia dengan kehidupan berumah tangga walaupun kami masih dalam PJJ (perkahwinan jarak jauh). Aku dan dia dah berkongsi hidup lebih kurang nak masuk 10 bulan. Masih awal lagi sebenarnya. Banyak benda lagi yang aku perlu belajar.

Dan alhamdulillah juga, Allah mengurniakan aku rezeki untuk mengandung agak cepat jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Sekarang ni, usia kandungan aku dah masuk 19 minggu. Masih jauh lagi perjalanan untuk dapat melihat muka khalifah kecil hasil perkongsian hidup aku dengan suami. Tapi, apa yang seronoknya sekarang ni ialah, perut aku dah makin membesar! Kebanyakan baju kurung aku semua dah tak muat. Kalau pakai, mesti aku akan rasa tersepit. Kesian pulak dekat baby aku dalam perut!. Hehe. Takpe anak umi. Nanti umi beli baju baru ye. 

Dalam perkahwinan aku setakat ni, banyak benda yang aku belajar mengenai suami aku. Memang betul la orang kata, lelaki ni simple. Perempuan pulak lebih complicated. Aku nak kata pandai masak, takdela sangat. Setakat masak yang biasa-biasa tu boleh la. Nasib baik suami aku ni tak kisah sangat. Dia makan aje apa yang aku masak. Pernah masa awal-awal dulu, aku belajar buat nasi dagang. Sebab aku tahu, nasi dagang ni favourite dia. Sebelum kahwin lagi dia suruh aku belajar masak nasi dagang. Cuma lepas kahwin je aku realisasikan permintaan dia tu. :) Dan alhamdulillah, nasi dagang pertama yang aku buat dengan penuh kasih sayang berjaya memenuhi cita rasa dia. Tapi, yang tu la nasi dagang pertama, takde lagi yang kedua setakat ni. Hahaha. Takpe bang, nanti kalau ada masa saya buat lagi ye! :)

Ok, dah cukup kot cerita setakat ni. Nanti aku cerita lagi ye. Tak best la kalau cerita banyak-banyak sekali gus. Haha. Tata.

Mula Semula

Bismillahirrahmanirrahim...

Rasa hati yang membuak-buak untuk kembali menulis membuatkan aku kembali membuat blog baru. Ni merupakan blog kedua, tapi blog yang pertama dulu dah terkubur. Aku pun tak tahu kenapa dulu aku 'delete' blog pertama. Mungkin niat untuk menyepikan diri kot. :)

Alhamdulillah, hari ni niat untuk berblog semula berjaya dilaksanakan. Walaupun ada banyak kerja yang nak kena buat, (banyak ke??), tapi aku cekalkan hati untuk buka jugak blog ni. Tak tahula boleh bertahan berapa lama. Tapi rasa-rasanya macam tak lama jugak je. Hahaha. Bukan apa, sebenarnya saja je nak mencoretkan segala rasa hati kat suatu tempat. Zaman diari dah lama berlalu. Kalau masa sekolah dulu, ada la diari 3-4 buah. Tu pun sekarang dah lenyap, sebab dah kena bakar. Anai-anai punya pasal. Geram betul aku dengan anai-anai ni!

Tapi takpela, kita mulakan dengan catatan yang baru. Jadi, inilah kisah hidupku! Tertulis dalam ***Kisah Hati*** (nama blog ni pun mungkin akan berubah jugak, kuikuikui!)

Gambar ni tiada kene mengena pun... :)