Bismillahirrahmanirrahim...
Tajuk tak boleh tahan kan?? Memang agak mengada-ngada sekarang ni, sebab tangan ni gatal-gatal je nak taip post baru. Maklumlah, blog baru. Semangat masih berkobar-kobar orang kata. Hehehe.
Saje nak cerita pasal kehidupan sekarang. Alhamdulillah, setakat ni aku bahagia dengan kehidupan sekarang. Bahagia dengan kehidupan berumah tangga walaupun kami masih dalam PJJ (perkahwinan jarak jauh). Aku dan dia dah berkongsi hidup lebih kurang nak masuk 10 bulan. Masih awal lagi sebenarnya. Banyak benda lagi yang aku perlu belajar.
Dan alhamdulillah juga, Allah mengurniakan aku rezeki untuk mengandung agak cepat jika nak dibandingkan dengan kawan-kawan yang lain. Sekarang ni, usia kandungan aku dah masuk 19 minggu. Masih jauh lagi perjalanan untuk dapat melihat muka khalifah kecil hasil perkongsian hidup aku dengan suami. Tapi, apa yang seronoknya sekarang ni ialah, perut aku dah makin membesar! Kebanyakan baju kurung aku semua dah tak muat. Kalau pakai, mesti aku akan rasa tersepit. Kesian pulak dekat baby aku dalam perut!. Hehe. Takpe anak umi. Nanti umi beli baju baru ye.
Dalam perkahwinan aku setakat ni, banyak benda yang aku belajar mengenai suami aku. Memang betul la orang kata, lelaki ni simple. Perempuan pulak lebih complicated. Aku nak kata pandai masak, takdela sangat. Setakat masak yang biasa-biasa tu boleh la. Nasib baik suami aku ni tak kisah sangat. Dia makan aje apa yang aku masak. Pernah masa awal-awal dulu, aku belajar buat nasi dagang. Sebab aku tahu, nasi dagang ni favourite dia. Sebelum kahwin lagi dia suruh aku belajar masak nasi dagang. Cuma lepas kahwin je aku realisasikan permintaan dia tu. :) Dan alhamdulillah, nasi dagang pertama yang aku buat dengan penuh kasih sayang berjaya memenuhi cita rasa dia. Tapi, yang tu la nasi dagang pertama, takde lagi yang kedua setakat ni. Hahaha. Takpe bang, nanti kalau ada masa saya buat lagi ye! :)
Ok, dah cukup kot cerita setakat ni. Nanti aku cerita lagi ye. Tak best la kalau cerita banyak-banyak sekali gus. Haha. Tata.
No comments:
Post a Comment