Saturday, 30 March 2013

Hatiku Bukan di Sini

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah, dalam sehari dah 3 post ditaip. Ni memang betul-betul lepas gian nak menulis blog ni. Hehehe. Tapi, apa aku kisah. Ni kan blog aku, aku punya pasal la nak tulis berapa post pun dalam sehari. Hahaha. Tajuk yang kat atas tu nak menggambarkan bahawa hati aku sekarang ni dah ada kat rumah. Hari ni hari Sabtu, pejabat lain kebanyakannya semua cuti. Pejabat aku ni je yang pelik bin ajaib sekali, buat keje hari Sabtu. Hari Jumaat sehari je cuti kalau minggu biasa. Kecuali Khamis minggu terakhir setiap bulan, dapat sehari cuti lagi.

Tapi, bukan sebab terpaksa keje hari Sabtu yang membuatkan hati aku bukan di sini. Tapi, aku teringatkan si dia yang sorang-sorang kat rumah. Suami aku kerja pantai barat Malaysia. So dia cuti Sabtu dan Ahad. Tapi, time dia cuti tu la aku kena kerja. Tu yang membuatkan aku kadang-kadang rasa nak buat jahat (padahal memang dah buat pun... kuikuikui). Pagi tadi baru dia sampai, naik bas Kenyir dari KL dan sampai dalam pukul 4 pagi kat kampung. Kesian dia, setiap kali balik aku selalu tak dapat nak luangkan masa dengan sepenuhnya.

Walau bagaimanapun, aku cuba yang terbaik. Aku mahu jadi seorang isteri yang solehah. Seorang isteri yang dengar cakap suami, yang dapat memasak makanan dengan air tangan sendiri. Semoga usaha kecil aku ni Allah akan pandang. Bukan aku sengaja tak mahu temankan suami bila dia balik, tapi tuntutan kerja kadang-kadang lebih diutamakan. Pernah aku suarakan hasrat hati untuk ikut dia tinggal sekali di Petaling Jaya, tapi katanya dia nak cuba cari kerja di Terengganu dulu. Sebab nanti, kalau aku kerja kat sana, susah pulak la kami nak balik bekerja di kampung. Kami berdua memang anak jati Terengganu. Orang lain berlumba-lumba nak balik bekerja di kampung, takkan aku nak ke sana pulak. Itu kata suami aku la. Tapi bagi aku, tempat seorang isteri hendaklah sentiasa di sisi suami. Tak gitu?? 

Hanya yang mampu aku dan suami lakukan sekarang ni hanyalah berdoa. Berdoa semoga Allah berikan yang terbaik buat kami berdua. Mana tahu mungkin rezeki anak nanti, suami aku dapat kerja di Terengganu. InsyaAllah, sama-sama doakan. Ya Allah, betapanya aku rindukan dia saat ini. Tak sampai sejam dah nak balik ni. Abang, tunggu saya balik ye! Miss you! ;)

Hati berbunga, tak sabar nak balik dan jumpa si dia! :)

No comments: