Wednesday, 24 July 2013

Semakin Hampir

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Alhamdulillah, 15 Ramadhan berlalu hari ni. Hari ni juga aku pergi check-up di klinik desa. Alhamdulillah, semuanya tak ada masalah. Cuma berat badan turun pulak. Tapi mungkin sebab bulan puasa kot. Hari ni kandungan dah 35 minggu ++. Jumaat ni genap 36 minggu usia kandungan. Nurse cakap dah boleh bersalin bila masuk 36 minggu. Memang fasa berjaga-jaga la masa tu.

Aku sendiri pun dah rasa berat sangat perut ni. Pergerakan pun dah semakin perlahan. Cuma tanda-tanda je belum sampai lagi. InsyaAllah, anak ummi ni takkan keluar selagi ayah tak balik, ye? Anak ummi ni anak yang baik. :) Insya-Allah malam esok suami aku bertolak balik, cuti hujung minggu. Pagi Sabtu dia akan sampai. Tak sabar nak jumpa dia. Rinduuu...

Perut aku pun dah semakin besar. Membesar ke depan. Baby kat dalam asyik tendang-tendang je. Aku asyik meraba perut sendiri. Ye la, apa tak nya, sekali dia tendang boleh nampak dari luar. Dengan geliat-geliat dia lagi. Hehe. Nanti bila dia dah keluar, mesti aku rindu pengalaman mengandung ni. :)

Semoga aku akan terus bertahan sehingga ke akhirnya. Semoga segala urusan dipermudahkan. Doakan aku ye.


Monday, 22 July 2013

Pengalaman Baru Berpuasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Alhamdulillah, Dia masih mengizinkan aku hambaNya untuk bertemu kembali dengan bulan yang penuh berkah ini. Alhamdulillah jua kupanjatkan kerana mengizinkan aku melaluinya dengan pengalaman yang berbeza. Walaupun dengan keadaan yang agak sarat, namun aku mampu mengharunginya hingga ke hari ini. Alhamdulillah, syukur ya Allah...

Walaupun agak terlambat, di kesempatan ini aku ingin mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa buat semua muslimin dan muslimat. Tunaikanlah ibadah fardhu ini dengan penuh keikhlasan dan ketakwaan. Semoga sebulan ini akan mampu melahirkan diri kita yang baru, yang penuh semangat dengan keazaman untuk meneruskan momentum amal ibadah kita selama sebulan ini di bulan-bulan berikutnya.

Hari ni dah selamat 13 hari berpuasa. Kejap sangat rasa masa berlalu. Baru je lagi mula puasa, hari ni dah pun hari ke 13. Pada hari pertama puasa baru-baru ni, aku kena check-up macam biasa dekat klinik desa. Semuanya ok, kecuali masalah berat badan. Berat badan aku naik lebih 1 kg dari yang sepatutnya. Apa lagi, nurse suruh pergi jumpa doktor dekat Klinik Ajil. Bila jumpa doktor, tiada apa yang penting pun. Cuma aku kena proceed dengan UFEME yang dicadangkan sebelum ni. Tapi alhamdulillah, semuanya tak ada masalah. Aku tiada diabetes. Doktor cuma nasihatkan aku supaya kawal pemakanan dan jaga berat badan supaya tak naik berlebihan.

Kalau ikutkan, 24 haribulan ni pulak kena pegi check-up lagi dekat klinik desa. Hari ni kandungan aku dah lebih 35 minggu. Wah, masa semakin hampir! Dan aku semakin berdebar! Ya Allah... Kau permudahkanlah segala urusan kelahiran anak sulungku ini. Aku memohon kepada-Mu Ya Allah... Harap-harap check-up nanti tak ada masalah yang serius. Cuma aku perlu sediakan segala kelengkapan untuk masa-masa kecemasan nanti. Kelengkapan baby semua dah ready dalam kereta, cuma kelengkapan ummi dia saja yang belum ready. Ada beberapa perkara lagi yang aku masih belum beli. Kena beli cepat-cepat ni. Aku sendiri pun rasa masanya dah hampir tiba. Tapi aku kurang pasti macamana rasanya sakit nak bersalin. Huhu.

Sepanjang berpuasa ni, aku tinggal di rumah ayah dan mak. Cuma sebelah rumah yang aku tinggal je. Bukan apa, aku cuma tak mahu bersahur dan berbuka seorang diri. Rasa macam sedih sangat. Lagipun, dengan keadaan aku macam ni risau jugak kalau apa-apa berlaku tengah-tengah malam. Susah jugak kalau aku tinggal sorang-sorang. Cuma bila suami balik, aku akan balik rumah aku sebelum ni. Sepanjang bulan puasa ni jugak, anak ummi tak banyak buat hal. Cuma penat dengan tendangan-tendangan dan geliat-geliat dia aje. Mungkin dah tak sabar nak tengok dunia kot. Hehe. Sabar ye sayang, tak lama lagi masa tu akan sampai. Ummi pun tak sabar nak jumpa anak ummi ni. Duduk baik-baik ye dalam rahim ummi, keluar masa ayah ada di sisi je tau! Sekarang ni ayah tak ada. Hujung minggu ni baru ayah balik. Sabar sikit lagi ye sayang.

Harapan aku semoga aku dapat menghabiskan puasa sebulan ni tanpa sebarang masalah. Doa-doakan ye. Dah hampir separuh ramadhan ni aku lalui, insyaAllah kalau diizinkan dapatlah habiskan sebulan. Kalau tak dapat habiskan pun, aku redha. Semoga doa aku dimakbulkan, sempena bulan ramadhan yang penuh berkat ni, Insya Allah. Rasanya cukup dulu setakat ni. InsyaAllah lain kali aku bercerita lagi. Tata...

Monday, 8 July 2013

#Catatan Hati 3

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Alhamdulillah, masih diberi peluang untuk menikmati segala nikmat Yang Maha Esa. Alhamdulillah juga Ramadhan makin menghampiri. Moga kali ini lebih baik dan terbaik antara Ramadhan yang telah dilalui. Saat ini, hati ummi berbisik lagi doa buat anak ummi tercinta.

Anak ummi yang disayangi,
Semoga dirimu sentiasa sihat dan terus membesar hendaknya,
Semoga dirimu menjadi seorang anak yang soleh,
Anak yang akan berbakti kepada agama terutamanya,
Anak yang akan berjasa buat ummi dan ayah.


Anak ummi yang dicintai,
Jadilah anak yang baik,
Anak yang tidak menyusahkan orang lain,
Ummi redha anak ummi di dalam rahim ini,
Walaupun kekadang ummi mengeluh penat,
Namun,
Ketahuilah oleh anak ummi,
Itu bukannya sebab ummi penat membawamu ke sana sini,
Tapi,
Hanya disebabkan kudrat ummi kadang tak berdaya,
Ampunkan ummi anakku.

Anak ummi yang dikasihi,
Ummi tak sabar menanti kehadiranmu,
Walaupun ianya sudah tidak lama,
Sembilan bulan dirasakan begitu singkat bagi ummi,
Merasa setiap gerakan tendanganmu di dalam ini,
Pasti nanti ummi akan merindui itu semua,
Tapi, ummi tahu kehadiranmau ke dunia akan lebih bermakna.

Ya Allah Ya Rahman,
Kau berkatilah setiap titisan keringat yang hadir,
Sepanjang aku mengandungkan zuriatku ini,
Sesungguhnya aku redha dan sangat bersyukur atas kurniaan-Mu ini,
Dan semoga Engkau permudahkan segala urusan yang mendatang.

Amin.

Bisikan hati ummi,
Isnin, 8/7/2013 (29 Syaaban 1434H)
12.40 pm.

Friday, 5 July 2013

Shopping Barang Baby

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Alhamdulillah, hari ni kandungan aku dah masuk 33 minggu. Kalau ikutkan, lagi 7 minggu untuk sampai pada tarikh aku dijangka bersalin. Dan ummi harap, anak ummi ni sabar dan akan keluar bila dah sampai masa nanti ye! Ummi nak berpuasa penuh dulu, dan kalau bersalin awal nanti takut ayah tak sempat nak balik sambut pulak. Sedihnya kalau macam tu. :(

Hari ni jugak merupakan jumaat atau hari tak bekerja terakhir sebelum menyambut Ramadhan nanti. Jadi, aku ambil keputusan hari ni aku nak shopping barang baby. Minggu depan dah mula puasa, kalau nak shopping minggu depan mungkin dah tak larat nak jalan. Kalau boleh, nak shopping semua yang patut dibeli la. Senarai barang aku dah usha-usha dulu kat mana-mana blog yang berkaitan. Mana yang aku rasa patut dibeli nanti aku akan beli la.

Perancangan awal, aku nak ajak kawan ofis, Adik Ain teman. Tapi, bukan nasib aku kot, dia dah janji awal dengan kawan dia yang lain. Jadi, terpaksa la ajak orang lain teman. Maklumlah, suami jauh. Kadang-kadang sedih jugak bila mengenangkan. Orang lain biasanya shopping barang baby dengan suami masing-masing. Tapi aku, terpaksa ajak orang lain. Ye la, suami aku balik rumah cuma hujung minggu, Sabtu dan Ahad. Masa tu pulak aku kerja. Mana ada banyak masa nak keluar bersama. Tu pun kadang-kadang aku curi-curi keluar balik tengahari sebab nak habiskan masa bersama dengan suami. Sedih kan? :( Tapi tak apala, aku redha. Mungkin masa ni adalah masa-masa yang agak sukar untuk kami. Insya Allah di masa yang akan datang, bahagia kami bersama-sama.

Ok, balik kepada cerita asal. Bila dah tak jadi ajak kawan ofis, aku pening jugak fikir nak ajak siapa yang teman. Fikir punya fikir, akhirnya aku ambil keputusan untuk ajak kakak aku, Kak Ayu teman pergi shopping. Tak kisah la ajak siapa pun, janji ada teman. Kalau pegi sorang-sorang, cik abang memang tak bagi la. Mana tak nya, dah sarat ni nak shopping barang baby sorang-sorang. Nanti ada jugak orang yang cakap aku single parent kalau shopping sorang-sorang nanti. Hehe.

Pada asalnya, niat nak pegi shopping dekat Sabasun. Sebab Sabasun harga dia murah sikit la bagi aku. Lagipun, Sabasun ni pasaraya islamik sikit. Tapi sampai je kat sana dalam pukul 12 lebih, tutup pulak. Aku dan Kak Ayu jarang shopping kat sana, jadi tak tahu jadual dia buka pukul berapa. Tapi aku rasa pasaraya tu buka lepas solat Jumaat. Bila dah Sabasun tutup, kena shopping tempat lain la jawabnya. Akhirnya, kat Mydin jugak aku shopping. Takpe la, beli je la apa-apa yang patut. Tak kisah la kat mana-mana pun. Yang penting, barang keperluan tu ada. Aku tak kisah sangat pasal jenama tu semua. Sebab kebiasaannya kalau cakap beli kat Mydin, mesti orang akan sinis sikit la.

Shopping barang lebih kurang dalam sejam lebih kot, Kak Ayu ajak balik dah. Sebab petang ni dia dah ada plan lain. Nak pegi kenduri akikah kawan dia. Jadi, ada jugak la barang yang aku tak terbeli lagi. Barang yang dah beli cuma bakul baju, penyangkut bulat, baju 2 pasang lagi, kain barut, pelapik getah, kelambu, beg dan beberapa barang lain lagi. Yang masih tak beli lagi minyak telon, tuala mandi, besen mandi, dan beberapa lagi barang kecil-kecil, keperluan asas baby nanti. Insya Allah aku akan habiskan proses membeli dalam minggu ni jugak kot. Lepas ni dah tak payah fikir lagi.

Alhamdulillah, selamat sampai rumah Kak Ayu dalam pukul 2.30 petang. Malam ni aku tidur rumah dia, sebab dah plan awal-awal. Esok pergi kerja dari sini la. Lagipun, kat rumah aku sorang-sorang jugak. Ok la, semoga segalanya akan berjalan lancar. Doakan aku dipermudahkan segala urusan. Semoga aku dapat menjalani ibadah puasa dengan lancar tanpa sebarang masalah. Till then, jumpa lagi di lain masa. Tata...

Thursday, 4 July 2013

Glikosuria?

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Agak lama menyepi dari blog, mungkin disebabkan kekangan masa yang membataskan. Memang, sejak dua minggu kebelakangan ini, aku agak sibuk dengan persediaan MQA untuk jabatan aku. Namun, check-up rutin mesti aku patuhi. Aku tak mahu sesuatu yang tidak diingini berlaku ke atas kandunganku, dan aku mahu anak aku sentiasa sihat tanpa sebarang masalah.

Pada Isnin lepas, 1 Julai kandunganku dah melepasi 32 minggu bersamaan 8 bulan. Aku terpaksa buat check-up yang sepatutnya bagi kandungan yang memasuki 8 bulan. Pagi-pagi lagi aku dah turun awal-awal sebab kena ke Klinik Ajil, bukan klinik desa macam biasa. Di klinik, aku kena jumpa doktor. Sebelum tu, kena timbang berat dulu. Dan, yang buatkan aku agak terkejut, berat aku naik 2 kg dalam masa 5 hari! Sebabnya, Rabu lepas je baru aku timbang berat di klinik desa, 71.5 kg. Tiba-tiba pagi ni timbang dah naik jadi 73.5 kg! Biar betul penimbang ni?? Aku rasa penimbang ni salah kot. Takkan la dalam 5 hari boleh naik 2 kg. Maunya aku kena marah dengan doktor nanti ni.

Lepas timbang berat dan cek tekanan darah, aku kena test air kencing jugak. Nak tengok gula dalam air kencing. Lagi satu yang buat aku terperanjat, kandungan gula dalam air kencing +ve. Atau istilah sains dia glikosuria. Tak pernah-pernah sebelum ni dapat keputusan macam ni. Aku pun rasa keputusan ni salah jugak. Mungkin teknologis kat situ tersilap test urin! Bukan urin aku yang dia test, tapi urin makcik-makcik yang ada kat situ yang tengah buat test jugak. Hahaha. Memang ramai makcik-makcik yang ada sekali masa aku wat test urin hari tu.

Tiba masa aku kena masuk jumpa doktor. Doktor scan kandungan aku hari ni. Semuanya ok, tak ada masalah. Dan, mungkin anak aku ni seorang mujahid! :) Pasal glikosuria, doktor cakap kemungkinan aku kena minum air gula lagi. Tapi aku tak cakap la apa yang aku fikirkan tadi. Aku cuma cakap kat doktor supaya tengok lepas check-up sekali lagi. Kalau keputusan masih sama, aku terpaksa redha la kena minum air gula. Tapi, aku harap-harap sangat keputusan Rabu depan negatif. Aku taknak minum air gula lagi. :( Doktor setuju dengan cadangan aku. Kalau tak, hari tu jugak aku kena minum air gula lagi. Mungkin jugak gula ada dalam urin sebab sebelum datang klinik tadi aku makan roti 2 keping dengan minum air milo. Lagipun malam sebelumnya aku makan nasi bertambah. Yela, makan dengan abang sebelum abang naik bas. Tak tahu pulak kena test urin sekali bila pegi klinik esoknya. Lepas ni kena jaga betul-betul la. Sebelum ke klinik tak payah makan apa-apa dulu, dan malam sebelumnya jangan makan banyak sangat.

InsyaAllah, semoga segalanya akan baik-baik hendaknya. Aku sekarang pun makin dah tak larat. Tak lama lagi kita semua akan bertemu dengan bulan yang ditunggu-tunggu, bulan Ramadhan. Aku berharap sangat aku dapat berpuasa penuh dan tanpa sebarang masalah. Bila dah makin nak dekat sampai masa ni, makin bertambah debar di dada. Semoga Allah permudahkan segalanya. Amin...