Salam buat semua.
Hari ke-32 berpantang. Hari ni aku akan sambung lagi cerita bersalin seperti yang dah janji sebelum ni.
Sebaik je lepas bayiku lahir ke dunia, lama lagi proses yang aku perlu lalui. Proses yang aku maksudkan adalah proses jahit-menjahit. Aku tak pasti sebenarnya sama ada aku dibius atau tak masa dijahit. Sebabnya aku rasa setiap tusukan jarum dan benang yang dijahit oleh doktor tu. Tapi, mungkin jugak kerana aku terlalu lemah dan letih sebab proses meneran sebelum ni yang buat aku rasa tak sakit sangat. Wallahualam la. Tapi aku masih ingat sebelum aku kena jahit tu, doktor yang agak pakar sikit ada tanya mana-mana doktor yang boleh jahit luka bersalin. Aku perasan ada sorang doktor perempuan ni yang sanggup. Bila doktor yang lebih pakar tu tanya 'awak dah pernah jahit luka bersalin ke sebelum ni?' dan doktor yang sanggup tu pulak jawab pernah jahit sekali dan masih belum pakar. Aku yang dengar ni pun dah kecut perut jugak sebenarnya. Tapi apa yang aku boleh buat? Takkan nak cakap, 'doktor, saya tak nak doktor yang jahit, tapi nak doktor lain.' Tak mungkin la kan. Haha. Aku pasrah je la. Tapi aku perasan masa tu ada sorang nurse yang mungkin agak berpengalaman monitor doktor tu jahit. Ok sikit la bagi aku. Tak ada la doktor tu buat sorang-sorang.
Tempoh lepas bersalin hingga proses jahit-menjahit selesai memakan masa agak lama jugak. Penat jugak aku mengangkang kat depan doktor tu. Huhu. Nasib baik doktor tu perempuan. Lebih kurang pukul 4.30 petang baru lah semuanya selesai. Bila dah selesai, aku dah dibenarkan keluar dari dewan bersalin. Tapi, masih belum boleh ke wad biasa. Sebelum dibenarkan ke wad biasa, aku perlu mendapat pengesahan dari doktor yang mengesahkan keadaan aku stabil dan tiada sebarang masalah selepas pembedahan. Dari pukul 4.30 petang, pukul 6.25 petang barulah aku boleh ditolak ke wad biasa. Padahal nak dapatkan pengesahan doktor bukannya lama pun. Doktor duk lalu lalang je, tapi sorang pun tak nak datang mengesahkan aku stabil. Selama tempoh tu, aku duk tersadai atas katil kat tepi dinding dewan bersalin. Dengan nurse duk panggil mana-mana doktor supaya mengesahkan keadaan aku. Hurmm...
Untuk hari yang pertama ni, aku masih tak dibenarkan untuk melawat bayi di NICU. Sebenarnya boleh je kalau nak melawat, tapi nurse nasihatkan aku supaya tak melawat lagi dengan keadaan aku yang masih lemah. Lagipun, suami aku hanya boleh teman sampai waktu melawat habis je. Dia pun tak galakkan aku untuk melawat bayiku. Cuma dia je yang dah azankan dan tahu prosedur untuk melawat bayi di wad tersebut. Tak sabar nak tunggu esok sebab pertama kali nak tatap wajah permata hati yang dikandung sembilan bulan. Cepatlah masa berlalu.
Keesokan harinya, bila suami datang masa melawat aku terus ajak dia melawat bayi kat wad tingkat 6. Aku makin tak sabar nak tatap muka zuriat sendiri. Akhirnya, hari ni berjaya juga ummi lawat kamu sayang. Tapi sedihnya bila ummi lihat anak ummi dengan keadaan macam tu. Kalau boleh, nak je ummi gantikan tempat kamu sayang. Tak sanggup ummi tengok wayar dan tiub yang berselirat di badanmu. Dengan plastik ais di dada, menyebabkan tangan dan kakimu terketar-ketar. Melihatkan ini menyebabkan mata ummi berair. Ummi tak kuat, tapi ummi kena jugak kuat untuk beri kekuatan buat anak ummi ni.
![]() |
| Anak ummi tahu ummi datang. Tengok je muka ummi masa ni. |
![]() |
| Plastik ais atas dada, untuk cooling therapy. |
Sebenarnya mana-mana ibu bapa yang datang melawat bayi mereka tak dibenarkan merakamkan sebarang gambar. Tapi suami curi-curi ambil video sepanjang kami melawat tu. Gambar kat atas tu adalah gambar dari video, tu yang macam blur-blur sikit. Bayiku ditahan di NICU selama 72 jam untuk pemantauan. Tapi aku dibenarkan pulang ke rumah pada hari kedua selepas bersalin. Petang isnin aku balik ke rumah kakak ipar, Kak Ma di Kampung Batin. Ni untuk memudahkan aku dan suami pergi melawat bayi di hospital. Jadi, sepanjang tempoh ni aku berpantang dulu di rumah Kak Ma.
Rasanya cukup dulu untuk kali ni. InsyaAllah entry akan datang aku akan sambung cerita lagi. Nama bayi pun aku tak beritahu lagi kan. :) Dah lewat malam ni, masa untuk tidur. Nasib baik permata hati tengah tidur, boleh la ummi update blog malam ni. Ok la, tata. Wasalam.


No comments:
Post a Comment