Tuesday, 28 November 2017

Buah Hati Pengarang Jantung

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Dah lama tak menulis pasal si anak bujang nan seorang ni. Siapa lagi kalau bukan si buah hati pengarang jantung Ummi, Ahmad Ayyash Mursi.

Alhamdulillah, habis setahun Mursi sekolah preschool dekat tempat Ummi mengajar. Syukur ya Allah, banyak sangat perkembangan positif yang Ummi boleh tengok pada Mursi. Dari hari pertama sekolah sampailah ke hari yang terakhir sesi persekolahan. Terima kasih yang tidak terhingga buat semua teachers yang telah berjaya mengajar dan membentuk Mursi.

Ingat lagi masa awal-awal masuk sekolah dulu. Bangun pagi mesti nak kena dukung dulu bawa pergi bilik air. Kalau angin tak berapa nak comel, menangis jugak. Ummi kena kuat semangat dan sabar. Tapi kadang-kadang Ummi pun bertukar jadi singa jugak. Mandi pun dulu kena mandi air panas juga, takut sejuk mandi pagi-pagi. Sekarang dah tak kisah dah, mandi air sejuk pun okey je. Bangun pagi pun dah jalan sendiri, tapi ada juga lagi kadang-kadang nak Ummi dukung. 😑

Dulu kena bawa mainan pergi sekolah. Ada je mainan dia yang nak bawak. Sampaikan aerial tv kat rumah pun dia bawak pergi sekolah. Tapi lepas cikgu dia tegur cakap dah tak boleh bawa mainan, baru dia tak bawak. Kain busuk pun dulu kena selalu bawak juga. Kalau tak bawak, boleh menangis kat sekolah. Aduilaa... 😏

Ni haa aerial tv yang dibawa ke sekolah. 😳
Awal-awal dulu tak nak pun pakai kopiah dari rumah. Kopiah kena bawak masuk letak dalam beg dulu. Kalau Ummi pakaikan, mengamuk menangis nak bukak tak nak pakai. Bila sampai sekolah, barulah nak pakai bila Teacher Amira dia yang pakaikan. Aduhaila anak... Belajar dulu bukan main susah nak ajak ikut sama dalam kelas. Sampaikan satu tahap cikgu-cikgu dia dah nak give up dengan Mursi. Sebab tak nak buat kerja kat sekolah. Bila dia cakap tak nak buat, jangan duk paksa la. Akan macam tu sampai ke sudah. Ayat favourite Mursi ialah 'tak nak kawan' bila ada yang tak kena dengan mood dia. Kiranya semester pertama tu memang boleh kata fasa menolak bagi Mursi. Dia masih belum ready lagi nak belajar. Ummi pun duk risau bila fikirkan Mursi masa ni.

Namun, bila dah hujung-hujung semester satu, lebih kurang selepas 5 bulan Mursi join preschool barulah nampak perubahan dia. Yang Ummi amazed sekali ialah bila dia buat persembahan semasa Teacher's Day kat sekolah. Ummi mulanya dah risau kot la dia berdiri tegak je kat atas pentas bila kawan-kawan dia menari. Tapi alhamdulillah, dia pulak yang paling outstanding. Terkesima Ummi tengok. Alhamdulillah. 😍 Lagi satu dalam bacaan iqra', semakin meningkat. Terima kasih kepada Ustazah Hafizah yang tak berputus harap dengan Mursi. Sekarang Mursi dah baca iqra' 4. Syukur alhamdulillah, semoga anak Ummi cepat pandai baca al-Quran. Aminn..

Kalau masa semester pertama dulu, ummi dah boleh agak keputusan peperiksaan Mursi. Memang ummi tak expect tinggi pun, sebab dia memang menolak untuk belajar. Bila keputusan peperiksaan akhir tahun baru-baru ni, alhamdulillah ada peningkatan walaupun kedudukan paling last dalam kelas yang ada 6 orang. 😊 Baru 4 tahun je sayang, Ummi tak harapkan banyak pun. Cukuplah sekadar anak Ummi pandai bergaul dengan orang dan pandai baca al-quran. Inshaa-Allah. Masih ada 2 tahun lagi persediaan Mursi sebelum masuk Darjah 1. Rajin-rajin belajar ye, nak! Untuk majlis kecemerlangan hari tu, Mursi dapat anugerah Most Excellent in Iqra'. Alhamdulillah. Tak sia-sia ummi duk paksa mengaji setiap malam. Masa kecil ni la nak kena ajar betul-betul. Bila dah besar nanti makin susah la nak ajar. Semoga usaha Ummi yang sedikit ni berbaloi, Aminn..

Mursi and his teachers. 😘

Buah hati Ummi. 😘

Memandangkan Ummi tengah kemaruk buat video guna Movie Maker, video Mursi pun ada Ummi buatkan. Saja untuk kenang-kenangan. Bila besar nanti, kalau video tu dah hilang ke, Mursi still boleh tengok melalui blog ni, inshaa-Allah.


Monday, 27 November 2017

Hujung Tahun 2017

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Allah, dah lama sangat tinggal menulis kat blog ni. Biasalah, bila dah ada komitmen lain yang perlu diutamakan, sampai tertinggal blog ni. Alhamdulillah, sesi persekolahan untuk tahun ni dah melabuhkan tirai. Genap dua tahun aku berbakti di sekolah IHS Subang Bestari. Alhamdulillah.

Sebelum tirai berlabuh, hujung minggu baru ni diadakan majlis anugerah kecemerlangan sekolah, ataupun kami panggil Recognition Day. Untuk tahun yang kedua ni, aku masih lagi menjadi ajk hadiah bersama dengan Kak Mun. Kak Mun memang super-super senior yang terlalu banyak pengalaman dalam handle bahagian hadiah sesuatu majlis atau program. Dia juga antara salah seorang Guru Cemerlang di sekolah bagi mata pelajaran Bahasa Melayu. Semua pelajar yang mengambil IGCSE tahun ni mendapat A* untuk mata pelajaran tersebut! Bukan A, tapi A* okeh! 😎 Maksudnya semua dapat markah 90 ke atas!

Kali ni sesaja la try buat video. Nak mencuba sesuatu yang baru. Guna Movie Maker je pun. Ok, jom layan beberapa gambar yang diambil semasa Recognition Day baru-baru ni.



Semoga tahun-tahun yang mendatang akan terus membawa lebih keberkatan dan rezeki yang melimpah ruah buat semua. Amin..

Friday, 25 August 2017

Memori Selamanya

بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Tiba-tiba hari ni mood nak menulis blog datang. Sebab dah lama sangat tak menulis dan berkongsi sesuatu di sini. Untuk kali ni rasa nak berkongsi gambar semasa hari raya selepas aku bergelar seorang isteri, Alhamdulillah.


Gambar ni ialah Aidilfitri pada tahun 2012. Iaitu tahun pertama aku beraya sebagai seorang isteri kepada Ahmad Mawardi Noor. Alhamdulillah, masa ni seronok sangat. Ye la kan, sebelum ni beraya dengan keluarga sendiri, tapi tahun ni dah boleh beraya dengan keluarga sebelah suami. Tengok jari, merah lagi inai. Kami berdua pun masih lagi sweet-sweet, sebab masa ni kami masih lagi PJJ (perkahwinan jarak jauh). Memang bila jumpa tu seronok la sebab boleh lepas rindu lama tak jumpa.😘


Ni pulak Aidilfitri kami pada tahun 2013. Alhamdulillah, tahun ni aku beraya dengan perut memboyot. Masa ni tengah tunggu masa je sebenarnya, bila-bila je boleh bersalin. Dan alhamdulillah, anak ummi bagi can ummi makan ouas-puas dulu sebelum berpantang. Dan masa ni kami berdua masih lagi dalam PJJ. Tapi memang dah ada plan bila lepas bersalin akan berhenti kerja dan ikut suami duduk sekali di Kuala Lumpur atau Selangor. Tingginya cik abang saya ni. Kalau nak tahu, jubah yang saya pakai ni masih muat pakai sekarang, tapi sekarang perut tak memboyot macam dalam gambar ni. Dan jubah tu pulak sedang elok je. Apa maksudnya??? 😞


Tahun 2014. Tahun pertama beraya bersama si kecil Ahmad Ayyash Mursi. Aku masih lagi setia dengan tudung bawal. Masa ni masih tak reti lagi nak pakai shawl. Dan memang tak ada niat langsung pun nak pakai shawl. Masa ni aku dah tinggal bersama dengan suami di Selangor dan juga dah pun bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah swasta di sana. Bila cuti, boleh la merasa perasaan nak balik kampung, sama macam orang lain juga. Boleh nyanyi lagu balik kampung bila dalam kereta. Haha.


Ok, ni masa Aidilfitri tahun 2015. Dah mula pakai shawl. Ni shawl instant Uswah boleh kata shawl pertama yang aku beli. Sebenarnya ada 3 helai yang aku beli sekaligus. Ni pakai buat raya. Sebenarnya aku jadi dropship salah satu jenama tudung labuh, Uswah Islamic Clothing. Tudung dia memang labuh-labuh. Kalau ada yang nak beli tudung boleh la roger-roger. Aku masih lagi jadi agen dropship dia. ✌ Mursi tidur pulak bila orang tengah bergambar. Penat ummi dukung dia nak ambil gambar. Kalau tak dukung, tak lengkaplah famili foto kami. Hehe.


Ni tahun lepas, 2016. Masih lagi bertiga, belum lagi ada rezeki untuk tambah bilangan anak. Sejak dah mula pakai shawl, rasa macam cantik la pula. (ceh, perasan sendiri. haha). Tapi memang semua shawl yang aku beli hanya dari Uswah sahaja. Tiada sehelai pun dari butik atau kedai lain. Sebab kualiti dia puas hati. Gaya yang sebelum ni asyik pakai tudung bawal dah tak ada. Tukar pakai shawl pula. Tapi jarang-jarang pakai juga kalau rasa nak berubah angin. Hehe.


Alhamdulillah, gambar raya kami tahun ni. Masih lagi bertiga. Anak bujang pun dah besar. Tahun ni dah masuk 4 tahun. Semoga ada rezeki untuk aku mengandung lagi. Doakan aku. Tema tahun ni warna hijau tua. Kebetulan ramai pula yang sama warna tema tahun ni. Kalau perasan, semua gambar raya kebanyakannya background sama. Sebab rumah sama. Hehe. Setiap tahun sejak aku berkahwin, memang hari raya pertama rumah suami dulu. Sebab adik-beradik sebelah suami semua berkumpul pada hari raya pertama. Aku pun ikutkan ajelah. Nasib baik sama negeri. Hari raya tak elok gaduh-gaduh. Redhakan ajelah, bila suami redha, besar pahala buat isteri. Inshaa-Allah, aminn...

Ok, tu ajelah yang nak dikongsi. Semoga boleh jadi kenangan buat aku suatu masa nanti. Semoga hubungan aku dan suami akan berkekalan sampai bila-bila. Dan kami akan dikurniakan lebih ramai zuriat penyambung generasi kami berdua, inshaa-Allah. ❤❤

Monday, 5 June 2017

Rasa Hati

Bismillahirrahmanirrahim. Assalamualaikum semua.


Salam Ramadhan ke-10. Alhamdulillah, masih berpeluang berjumpa dengan bulan Ramadhan tahun 1438H kali ni. Semoga Ramadhan kali ni adalah yang terbaik antara yang terbaik. Inshaa-Allah.

Sesungguhnya hanya Dia yang memegang hati hamba-hamba. Sama juga dengan aku. Aku mengaku yang aku masih sukar untuk ikhlas dalam melakukan sesuatu perkara. Kadang-kadang aku tak boleh lari dari perasaan kurang puas hati dan boleh kata tidak suka dengan sikap seseorang. Ya Allah, berikan aku rasa ikhlas yang sebenar-benarnya. Berikan aku rasa untuk redha dengan setiap kekurangan dan kelemahan seseorang, apatah lagi dia adalah seorang yang harus dihormati.

Hindarkan perasaan riak dan ujub dalam diri aku. Aku takut aku tak mampu mencium bau syurga-Mu kelak. Ampunkan aku Ya Allah. Campakkan rasa rendah diri dan rasa tidak sempurna dalam diri. 

Rasa sendu pula hari ni. Cuma nak luahkan rasa hati. Kadang-kadang perempuan ni perlukan seseorang untuk meluahkan apa yang dia rasa. Kalau tak ada orang yang boleh diluahkan, sekurang-kurangnya akan lebih baik jika ditulis macam aku tulis di sini. Mana boleh simpan aje dalam hati. Namun, harus berpada-pada. Tak perlu ceritakan semua keburukan dan kejahatan orang lain.

Sunday, 4 June 2017

Mursi's Performance

Assalamualaikum semua.

Disebabkan dah lama tak menulis, bila sesekali datang mood nak menulis ni tak boleh sia-siakan. Selagi ada idea nak kongsi, kita tulis dekat blog. Buat kenangan di hari tua nanti. Mana tahu nanti bila Mursi dah besar, dia boleh baca hasil coretan ummi dia yang tidak seberapa ni. 😆

Ok, kali ni Ummi nak cerita pasal Mursi buat persembahan yang sangat awesome semasa sambutan Hari Guru di sekolah baru-baru ini. Bagi ummi memang sangat 'wow' bila tengok anak ummi boleh buat persembahan yang sangat bagus. Ye lah, sebab ummi tahu Mursi ni jenis orangnya macamana. Agak pemalu, boleh dikatakan pendiam juga dan dia akan buat sesuatu ikut mood dia.

Agaknya, mood dia pada hari tersebut tersangatlah baik, kerana sepanjang persembahan dia boleh ingat apa yang patut digayakan dari awal hingga akhir. Alhamdulillah. Ummi bangga denganmu, nak! 😚😚 Ummi ada ambil video persembahan Mursi tapi tak berjaya pula nak upload ke sini. Tak apalah, nanti ummi send ke email Mursi, bila-bila boleh tengok semula.



Alhamdulillah 'ala kulli hal. Doa ummi sentiasa ada untuk Mursi. Semoga Mursi terus membesar menjadi seorang yang berguna dan semestinya seorang anak yang soleh buat bekalan ummi dan ayah bila dah tak ada nanti. Ummi sayang Mursi sokmo. 💗💗💗


5 Tahun

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, tanggal 2 Jun yang lepas maka genaplah usia perkahwinan aku dan suami 5 tahun. Syukur atas pertambahan usia perkahwinan kami. Tiada apa yang diminta semoga ikatan perkahwinan ini akan terus kekal sehingga ke akhir hayat.


Abang, 
Terima kasih kerana sudi menjadi seorang suami buat isterimu ini,
Sanggup menerima segala kelemahan dan kekurangan diri ini,
Masih bertahan dengan perangai saya yang selalu menyakitkan hati.

Abang,
Tiada lain yang aku inginkan,
Agar dirimu akan terus setia sepanjang perjalanan,
Menuntun diri ke arah jalan keredhaan.

Abang,
Semoga kita akan tua bersama-sama,
Semoga kita masuk syurga bersama-sama,
Semoga kita kekal sebagai suami isteri hingga ke akhirnya.

Abang,
Ku doakan semoga dikau terus dikuatkan iman,
Untuk menjadi imam terbaik buat keluarga kita,
Memimpin keluarga ke syurga-Nya.

(isterimu, 040617 / 9 Ramadhan 1438H)

Orang kata, fasa 5 tahun yang pertama adalah fasa ujian dalam hidup berumah tangga. Seandainya kita mampu mengharungi segala ujian dan dugaan sepanjang tempoh 5 tahun tersebut, Inshaa-Allah kita akan terus bersama hingga ke akhirnya. Semoga aku dan suami terus tabah melalui kehidupan berumahtangga. Memang, hidup berumahtangga bukan selalunya indah-indah belaka. Bukan selalunya sama dengan cerita dan drama-drama di televisyen. Jauh tersasar dari realiti. Segala kekurangan dan kelebihan pasangan akan diketahui apabila telah hidup bersama-sama.

Jadi, bagi pasangan yang bakal berkahwin, jangan mimpi yang indah-indah belaka. Hiduplah di alam realiti. Bukan sekadar fantasi yang ditayangkan di depan mata. Bersiap-sedia mental dan fizikal. Kahwin bukan perkara sehari dua. Ia melibatkan hidup ke akhir hayat. Kalau niat kahwin nak bersuka sahaja, baik nilai semula niat tu. Ia adalah soal tanggungjawab. Jika masing-masing sedar akan tanggungjawab masing-masing, inshaa-Allah bahagia hendaknya. ☺

Selamat menunaikan ibadah puasa. Ramadhan ke-9. 🌺🌺🌺

Sunday, 30 April 2017

Rasa Nak Menulis

Assalamualaikum semua.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan hidup oleh Allah. Kalau tengok tajuk, rasa-rasa boleh agak tak apa isi blog kali ni? 😄

Dah lama sangat tak menulis di blog sendiri. Tetiba rasa rindu nak menulis tu datang walaupun tak pasti apa isi yang nak ditulis. Kalau ikut kata penulis-penulis terkenal, satu tips untuk menjadi penulis ialah kena rajin menulis. Tulis je apa-apa yang rasa nak tulis. Tak kisahlah isi pasal apa pun, yang penting kena tulis. Ni la yang saya cuba lakukan sekarang ni. 😉

Buat masa sekarang ni, semuanya ok. Sekarang dah bulan April, penghujung April sebetulnya. Esok pun dah nak masuk bulan Mei. Sekejap sangat masa berlalu sekarang ni. Tak lama lagi juga dah nak puasa. Nak masuk bulan Ramadhan. Semoga kita semua masih berkesempatan sampai ke bulan yang penuh kemuliaan tersebut. Amin.

Baru-baru ni Mursi diserang demam seminggu. Sampai susut badan sebab seminggu tak makan apa-apa selain minum susu je. Doktor cakap suspek demam denggi. 5 kali juga Mursi kena ambil darah dalam masa seminggu tu dan ummi terpaksa berulang-alik ke Klinik Kesihatan Sungai Buloh. Tapi Alhamdulillah, Mursi tak ada apa-apa. Sekarang selera pun dah kembali macam biasa. Boleh bermain dan mengusik ummi macam biasa. Kalau tak dalam seminggu tu, asyik nak tidur aje. Risau betul ummi dibuatnya.


Satu lagi nak beritahu kat sini yang saya ada jadi dropship satu jenama tudung labuh iaitu Uswah Islamic Clothing. Jadi, kalau ada yang nak dapatkan tudung labuh atau blouse dan juga palazzo, boleh contact saya ye. 😘 Follow je Facebook page Shawl Labuh Elegance dan Instagram @shawl_labuh_elegance


Jemput-jemput like dan follow saya ye. Itupun dah cukup menunjukkan kalian support saya. ✌