بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tiba-tiba hari ni mood nak menulis blog datang. Sebab dah lama sangat tak menulis dan berkongsi sesuatu di sini. Untuk kali ni rasa nak berkongsi gambar semasa hari raya selepas aku bergelar seorang isteri, Alhamdulillah.
Gambar ni ialah Aidilfitri pada tahun 2012. Iaitu tahun pertama aku beraya sebagai seorang isteri kepada Ahmad Mawardi Noor. Alhamdulillah, masa ni seronok sangat. Ye la kan, sebelum ni beraya dengan keluarga sendiri, tapi tahun ni dah boleh beraya dengan keluarga sebelah suami. Tengok jari, merah lagi inai. Kami berdua pun masih lagi sweet-sweet, sebab masa ni kami masih lagi PJJ (perkahwinan jarak jauh). Memang bila jumpa tu seronok la sebab boleh lepas rindu lama tak jumpa.😘
Ni pulak Aidilfitri kami pada tahun 2013. Alhamdulillah, tahun ni aku beraya dengan perut memboyot. Masa ni tengah tunggu masa je sebenarnya, bila-bila je boleh bersalin. Dan alhamdulillah, anak ummi bagi can ummi makan ouas-puas dulu sebelum berpantang. Dan masa ni kami berdua masih lagi dalam PJJ. Tapi memang dah ada plan bila lepas bersalin akan berhenti kerja dan ikut suami duduk sekali di Kuala Lumpur atau Selangor. Tingginya cik abang saya ni. Kalau nak tahu, jubah yang saya pakai ni masih muat pakai sekarang, tapi sekarang perut tak memboyot macam dalam gambar ni. Dan jubah tu pulak sedang elok je. Apa maksudnya??? 😞
Tahun 2014. Tahun pertama beraya bersama si kecil Ahmad Ayyash Mursi. Aku masih lagi setia dengan tudung bawal. Masa ni masih tak reti lagi nak pakai shawl. Dan memang tak ada niat langsung pun nak pakai shawl. Masa ni aku dah tinggal bersama dengan suami di Selangor dan juga dah pun bekerja sebagai seorang guru di sebuah sekolah swasta di sana. Bila cuti, boleh la merasa perasaan nak balik kampung, sama macam orang lain juga. Boleh nyanyi lagu balik kampung bila dalam kereta. Haha.
Ok, ni masa Aidilfitri tahun 2015. Dah mula pakai shawl. Ni shawl instant Uswah boleh kata shawl pertama yang aku beli. Sebenarnya ada 3 helai yang aku beli sekaligus. Ni pakai buat raya. Sebenarnya aku jadi dropship salah satu jenama tudung labuh, Uswah Islamic Clothing. Tudung dia memang labuh-labuh. Kalau ada yang nak beli tudung boleh la roger-roger. Aku masih lagi jadi agen dropship dia. ✌ Mursi tidur pulak bila orang tengah bergambar. Penat ummi dukung dia nak ambil gambar. Kalau tak dukung, tak lengkaplah famili foto kami. Hehe.
Ni tahun lepas, 2016. Masih lagi bertiga, belum lagi ada rezeki untuk tambah bilangan anak. Sejak dah mula pakai shawl, rasa macam cantik la pula. (ceh, perasan sendiri. haha). Tapi memang semua shawl yang aku beli hanya dari Uswah sahaja. Tiada sehelai pun dari butik atau kedai lain. Sebab kualiti dia puas hati. Gaya yang sebelum ni asyik pakai tudung bawal dah tak ada. Tukar pakai shawl pula. Tapi jarang-jarang pakai juga kalau rasa nak berubah angin. Hehe.
Alhamdulillah, gambar raya kami tahun ni. Masih lagi bertiga. Anak bujang pun dah besar. Tahun ni dah masuk 4 tahun. Semoga ada rezeki untuk aku mengandung lagi. Doakan aku. Tema tahun ni warna hijau tua. Kebetulan ramai pula yang sama warna tema tahun ni. Kalau perasan, semua gambar raya kebanyakannya background sama. Sebab rumah sama. Hehe. Setiap tahun sejak aku berkahwin, memang hari raya pertama rumah suami dulu. Sebab adik-beradik sebelah suami semua berkumpul pada hari raya pertama. Aku pun ikutkan ajelah. Nasib baik sama negeri. Hari raya tak elok gaduh-gaduh. Redhakan ajelah, bila suami redha, besar pahala buat isteri. Inshaa-Allah, aminn...
Ok, tu ajelah yang nak dikongsi. Semoga boleh jadi kenangan buat aku suatu masa nanti. Semoga hubungan aku dan suami akan berkekalan sampai bila-bila. Dan kami akan dikurniakan lebih ramai zuriat penyambung generasi kami berdua, inshaa-Allah. ❤❤






No comments:
Post a Comment