بسم الله الرحمن الرحيم
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Pejam celik pejam celik dah masuk minggu ke-34 kehamilan aku yang kedua ni. Cepatnya rasa masa berlalu. Rasa macam baru lagi aku dapat tahu yang aku positive pregnant. Allahuakbar, hanya kepada Engkau segala pujian yang selayaknya.
Alhamdulillah, aku sangat bersyukur untuk pengalaman mengandung pada kali ni. Aku rasa segala urusan aku semasa kehamilan ini Allah sangat permudahkan. Bermula dari fasa awal-awal kehamilan sehinggalah ke saat ini, tiada perkara yang aku rasa menyusahkan. Semuanya Allah bantu dan permudahkan. Tiada fasa morning sickness yang terlampau teruk. Sebab bagi sesetengah orang akan melalui fasa ini dengan agak teruk sampai tak boleh melakukan rutin seharian. Segala bau aku boleh bau. Memasak pun boleh seperti biasa. Kerja-kerja di sekolah alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Tiada sehari pun yang aku ambil cuti sakit sepanjang mengandung kecuali time-off pada hari-hari yang aku perlu melakukan checkup bulanan di klinik. Alhamdulillah, thumma alhamdulillah.
Sekarang sudahpun berada di hujung-hujung kehamilan, perlu melakukan checkup dua minggu sekali di klinik sehingga melahirkan nanti. Perut pun dah semakin ke depan, makin sukar untuk bangun duduk dan tidur malam pun sudah tidak selena dulu. Tapi itu semua normal la bagi perempuan yang mengandung. Just enjoy the moment, ummi! Inshaa-Allah dalam beberapa minggu lagi aku akan dapat memeluk bayi yang telah aku kandungkan selama sembilan bulan ni. Semoga Allah permudahkan sehingga ke akhirnya.
Harapanku pada kali ni aku nak berpantang sendiri. Sedikit demi sedikit barang keperluan bayi dan keperluan berpantang aku sediakan. Buat masa sekarang, aku nak teruskan pemikiran positif supaya emosi aku tidak terganggu. Ini pun penting sebenarnya, apatah lagi ahli keluarga boleh dikatakan agak jauh. Tiada siapa yang boleh nak minta tolong. Aku nak jadi seorang isteri dan ummi yang berdikari, kuat dan sentiasa berfikiran positif. Perlu ada kekuatan mental dan fizikal yang kuat, apatah lagi kali ni aku berazam dari awal lagi semoga Allah kabulkan doaku supaya dapat menyusukan bayi yang baru lahir nanti dengan susu badanku sehingga berumur dua tahun. Semoga dipermudahkan Ya Allah...
Mursi pun tak sabar nak tunggu adik dia lahir. Semoga Mursi dapat jadi seorang abang yang penyayang, dan boleh tolong ummi jaga adik nanti. Bila makin besar, makin banyak la akalannya. Ummi setiap hari berazam taknak marah-marah, nak jadi seorang ummi yang penyabar. Tapi mesti ada je yang akan buat ummi jadi singa setiap hari. Maafkan ummi sayang...
Mengandung kali ni ummi tak banyak ambil gambar. Entahlah, memang selalu pun ummi jarang nak bergambar sangat. Tapi ada juga keinginan nak simpan kenangan gambar mengandung kali ni. Boleh jadi kenangan masa depan. Hehe. Untuk akhirnya, semoga ummi terus kuat dan dipermudahkan urusan oleh Allah sehingga ke akhirnya dan selepas kelahiran baby nanti. Doakan semuanya berjalan lancar, dapat bersalin normal dan bayi tiada apa-apa masalah.. Aamiin Ya rabbal alamin. Doakan ye semua, inshaa-Allah. Mungkin entry lepas ni bila ummi dah selamat bersalin. Cerita pengalaman bersalin kat sini pula. Hihi. Sampai jumpa lagi. Tata...

No comments:
Post a Comment