Monday, 27 May 2013

Jauh Perjalanan

Bismillahirrahmanirrahim...

Salam buat semua.

Lenguh-lenguh badan masih belum hilang sejak tiba semalam, namun hati terdetik untuk mencoret sesuatu. Entri baru! Entri pasal perjalanan jauh sempena menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki aku yang tersayang.

Aku bersama yang lain dah berpakat untuk bertolak bersama-sama pada pagi Jumaat 24 Mei 2013. Kami konvoi bersama 4 buah kereta, termasuk kereta adik. Lebih kurang pukul 9.00 lebih, kami memulakan perjalanan menuju ke Kajang iaitu rumah Kak untuk singgah bermalam di sana. Aku dan Kak Yu satu famili naik kereta aku yang pada mulanya aku yang jadi driver. Aku dan abang ipar, memang tak tahu jalan. Jadi, kami cuma jadi follower je la kereta lain yang kat depan. Nasib baik kakak aku yang lagi dua orang dah selalu turun ke sana.

Dalam tengahari, kami semua berhenti rehat di perhentian rawat dan rehat Gambang. Kami makan bekalan yanng dibawa. Kak Yu memang dah sedia masak siap-siap. Dia masak bihun goreng dan nasi goreng. Yang lain-lain pun bawak bekal makanan jugak, cuma ayah je yang beli makanan kat kedai situ. Tak ada selera katanya nak makan makanan bekal. Lepas makan dan rehat semua, kami meneruskan perjalanan sebab lambat lagi nak masuk waktu zuhur. Kalau dah masuk waktu, boleh terus jamak qasar.

Lebih kurang dalam pukul 3.30 petang, kami sampai di Kajang, rumah kak yang kami akan bermalam nanti. Sebaik sampai je aku terus jamak qasar taqdim. Tak nak tangguhkan solat sebab kejap lagi aku nak jumpa cik abang. Yeay! Suami aku naik LRT dan KTM dari tempat dia ke stesen komuter Kajang. Jadi, aku akan ambil dia di stesen komuter. Tak sabar nak jumpa cik abang! :)

Majlis esoknya, Sabtu 25 Mei 2013 kami semua bersiap awal pagi. Mengikut kata adik, dia akan akad nikah pada pukul 10 pagi. Dan keluarga pihak perempuan ada menyediakan sarapan pagi. Jadi, kami turun dari rumah dengan perut kosong tanpa makan apa-apa. Budget nak turun dari rumah pukul 8.30 pagi, tapi disebabkan terpaksa tunggu abang aku sorang lagi yang tinggal di Kelang, kami gerak dalam pukul 9.00. Perjalanan ke Salak Tinggi, rumah perempuan ambil masa dalam sejam jugak. 

Semasa dalam perjalanan, ada sedikit masalah. Bukan apa, kami semua tak tahu jalan. Jadi, kami cuma harapkan adik je la yang jadi penunjuk jalan. Adik pulak bawak kereta laju, sampai ada abang ipar aku dua orang sesat dan tertinggal di belakang. Bila sampai kat rumah pengantin, Tok Imam pulak dah terpaksa ke tempat lain dulu sebab jadual dia agak penuh untuk masa tu. Adik aku sampai pun dah pukul 10 lebih, jadi kena dahulukan orang lain dulu la.

Lebih kurang pukul 11 lebih, baru la Tok Imam sampai untuk akad nikahkan adik aku. Cuak jugak aku tengok muka adik, dah la kena tunggu dan dengar khutbah nikah yang sangat panjang. Lagi bertambah debar di hati. Hehe. Tapi, alhamdulillah. adik aku selamat menjadi suami selepas dua kali akad. Tahniah adik, dah jadi suami pun. Dulu ingat dia kecik je lagi. Takpe, lepas ni dah ada orang yang jaga makan dan pakai dia semua. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.

Di sini aku selitkan sedikit tatapan untuk semua.

Selamat Pengantin Baru adik dan isteri. Barakallahu lakuma...
p/s: Kalau aku rajin, nanti aku cerita lagi pasal perjalanan kali ni. Ada cerita menarik jugak ni. :) Tu pun kalau aku rajin nak update laa.. Kalau malas, sori la ye. Hehe.

Thursday, 23 May 2013

Memori Yang Ditinggalkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam.

Entri kali ni khas untuk seseorang. Seseorang yang ku kenal lebih setahun yang lalu. Semoga kenangan bersamanya akan kekal dan terus bersemadi di lipatan memori ini.

Nur Haziah Rosle, seorang rakan sekerja yang juga merangkap gelaran adik yang sangat peramah. Pertama kali ku kenal dirinya, memang dia seorang yang menjadi dirinya. Keramahan yang bukan dibuat-buat. Sikapnya yang bersahaja memang menyenangkan semua orang.

Adikku Haziah... Kak Noor doakan agar Zya sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilalui. Jagalah akhlak dan tingkah laku sebagai seorang muslimah. Jaga batasan dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan perempuan. Dan, semoga Dia turut menjaga imanmu yang kulihat semakin teguh sebagai seorang muslimah. Sesungguhnya aku amat gembira dengan perubahan tersebut. Zya dah mula melabuhkan tudung, melitupi apa yang sepatutnya dilindung. Dan juga memakai sarung tangan serta stokin bagi mengelakkan auratmu terbuka. Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada insan yang telah merubah dirimu, dan aku juga tahu bahawa Allah jualah yang memberi hidayah dan bukan insan tersebut. Aku doakan agar Allah selalu merahmati dan menjaga adikku yang seorang ni.


Kenangan masa program kemerdekaan kolej
Zya, pemergianmu dalam meneruskan cita-cita dan ingin kembali ke kampung halaman sedikit sebanyak memilukan hati beberapa orang insan. Insan yang sangat rapat denganmu, iaitu sahabat baikmu sejak di zaman belajar. Setelah Zya tidak lagi di sini, akak perasan perubahan padanya. Tidak lagi seceria seperti mana ketika keberadaanmu. Dan dia juga berusaha untuk mencurah bakti di kampung halaman.

Insan lain yang turut terkesan dengan pemergianmu ialah ketua kita sendiri. Dia masih teringat-ingat dan terkenang-kenang akan dirimu. Pernah dia nyatakan, mungkin kalau Zya masih ada segala urusannya akan lebih lancar dari sekarang. Tapi apakan daya, semua orang mempunyai cita yang tersendiri. Kami tidak boleh menghalangmu untuk pergi. Malah, kami amat mendoakan kejayaanmu serta kebahagiaanmu di tempat baru dan di samping keluaga tercinta.

Moga kenangan antara kita akan tersimpan kemas di lipatan memori. Andai diizinkan Tuhan, pasti suatu hari kita akan bertemu semula. Sesungguhnya aku sayangkan dia kerana Allah.
Kenangan... Curi gambar Kak Yana. :)

Hari Terakhir Zya bersama kami. :(

Ikhlas dari sudut hati,
Kak Noor dan baby... :)

Friday, 17 May 2013

Kehadiran Orang Baru

Bismillahirrahmanirrahim.

Kehadiran zuriat adalah sesuatu yang amat dinanti-nantikan oleh pasangan suami isteri. Alangkah indahnya hidup andai dapat melihat zuriat sendiri depan mata. Apatah lagi ianya keluar dari rahim kita seorang ibu, naluri keibuan memang akan menurunkan rasa kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi buat si comel.

Tanggal 14 Mei lepas, kakak aku dah selamat melahirkan zuriat sulungnya. Alhamdulillah, dapat bayi perempuan. Aku pun dah sempat melawat anak buah baru. Lebat rambutnya yang lurus, dan hitam sungguh. Kulitnya masih putih kemerah-merahan. Aku pun agak kekok masa pegang dalam dukungan, sebab masih kecil. Semoga zuriat yang dilahirkan dapat menjadi bekalan buat umi dan abi di sana nanti. Aku juga turut mendoakan yang sama buat zuriatku nanti.

Buat kakakku, selamat berpantang. Pastikan berpantang dengan cara yang betul, lebih-lebih lagi ni adalah anak sulung. Dan jangan lupa didik amanah yang diberi ini sebaik-baiknya. Semoga dia akan menjadi seorang muslimah yang solehah, dan boleh berbakti kepada ibu dan ayah. Untuk akhirnya, sedikit santapan mata buat semua. Introducing... anak buah baru!

Umur baru 3 hari ni, masih tidak bernama. :)

Wednesday, 15 May 2013

Hb Rendah Lagi

Bismillahirrahmanirrahim.

Sebulan selepas check-up yang terakhir, hari ni rutin itu kembali. Seawal jam 7.30 pagi aku dah menapak (dengan kereta) ke klinik. Aku sangkakan akulah yang terawal, tapi sudah ada dua orang yang telah sampai dulu. Tak apalah, harapnya sekejap je ambil masa, tidaklah terlalu lama.

Namun, jururawat yang bertugas di klinik hanya seorang sahaja. Membuatkan masa aku menunggu lebih dari sejam. Kebosanan jugak masa menunggu giliran. Bila dah tiba giliran, macam biasala prosedur yang kena buat. Mula-mula cek air kencing, lepas tu cek tekanan darah, timbang berat dan cek aras hb. Semua yang lain tak ada masalah, tapi hb je rendah, 10.2 je. Dah kena bertanda merah lagi.

Masalah ni yang kalau boleh aku nak elakkan. Sebenarnya, semalam aku dah makan hati ayam dan kerang. Tujuan dia untuk check-up hari ni la. Tak nak bagi hb rendah. Nampaknya usaha aku semalam sia-sia. Sedihnya rasa... Jururawat tu pesan supaya aku kena banyakkan makan sayuran hijau, buah-buahan dan minum susu tepung. Vitamin jangan lupa. Hari ni, aku telah diberikan vitamin dari klinik, 4 jenis vitamin. Jadi, aku kena berhenti dulu la makan obimin, makan vitamin klinik pulak. Harap-harap 2 minggu lagi hb akan naik. InsyaAllah...

Monday, 13 May 2013

Doa Ummi Untuk Anak Ummi

Bismillahirrahmanirrahim...

Naluri seorang ibu semakin kuat dalam diri. Tatkala hari demi hari merasa perkembangan anak ummi dalam rahim ini. Semoga Allah terus memberi kekuatan buat ummi agar ummi dapat terus menanggung anugerah yang teristimewa ini. Dan terus sabar menanti kehadiran permata hati ummi dan abah.

Ya Allah Ya Tuhanku...
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Mengetahui
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa
Hamba-Mu ini hanya berserah segala kepadamu
Hanya Engkau Yang Maha Mengetahui segala yang terbaik buat hamba-Mu...

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau sempurnakanlah kejadian anak yang kukandungkan
Perelokkanlah rupa parasnya
Seiring dengan keindahan akhlaknya

Ya Allah...
Jadikanlah anak yang kukandungkan ini seorang anak yang soleh mahupun solehah
Jadikan dia seorang anak yang berbakti buat ummi dan abah
Jadikan dia seorang hamba yang sentiasa taat dan patuh dalam beribadah

Ya Allah Ya Tuhanku...
Kau permudahkanlah segala urusanku
Permudahkanlah segala urusan kelahiran anakku nanti
Hanya dengan rahmat-Mu aku bermohon
Kau perkenankanlah doa hamba-Mu yang hina ini
Ameen Ya Rabbal Alamin...

Semoga aku terus kuat dan terus bersemangat dalam menghadapi kehidupan seharian. Sesungguhnya aku kena selalu ingat bahawa pahala ibu yang mengandung adalah sangat besar di sisinya. Jangan jadikan aku seorang hamba yang selalu mengeluh atas rasa penat dan lelah ini. Sesungguhnya saat-saat ini adalah saat-saat yang sangat bermakna buat diriku dan suami. InsyaAllah Dia akan mempermudahkan segala urusan aku hendaknya. Ameen...


Terima Seadanya

Bismillah Walhamdulillah...

Dalam mengharungi kemanisan hidup berumahtangga, jangan dilupa menjaga hati pasangan kita. Setiap dari kita telah dicipta dengan kelebihan dan kekurangan sendiri. Jadi, sebuah perkahwinan adalah satu hubungan yang saling melengkapkan. Jadikan kelebihan diri sebagai pelindung kepada kekurangan pasangan. InsyaAllah sebuah perkahwinan akan bahagia.

Kata orang, jika suami banyak cakap mesti akan dapat isteri yang pendiam. Kalau dua-dua banyak cakap, pasti akan timbul masalah besar. Jika suami seorang yang agak lepas tangan, mesti isteri seorang yang agak cermat. Senang nak uruskan rumah tangga dan anak-anak. Dan begitulah sebaliknya. Setiap pasangan pasti dicipta untuk saling melengkapkan antara satu sama lain.


Haruslah diingat sentiasa supaya kita dapat menerima setiap kelebihan dan kelemahan pasangan. Jangan memperkecilkan kekurangan suami atau isteri sehingga dia berasa jauh hati denganmu. Terutamanya bagi isteri, ingatlah bahawa syurgamu terletak di bawah keredhaannya. Jangan sesekali membuatkan dia berjauh hati dan merasa kecewa denganmu.

Coretan kali ini adalah pesanan buat semua dan terutama sekali buat diri yang menulis ini. Semoga aku sentiasa dapat menjaga hati suamiku dan redha serta berlapang dada dalam menerima segala kekurangan dan kelebihan suamiku. Sesungguhnya dialah syurgaku.

Ya Allah... 
Kau limpahkan rahmat serta kasih sayang-Mu ke atas rumah tangga kami.
Jadikan kami pasangan yang sentiasa berkasih sayang kerana-Mu. 
Hindarilah kami dari melakukan kemaksiatan kepada-Mu. 
Kau jagalah perlakuanku dan peganglah hatiku agar terus dapat berbakti kepada dia suamiku...

Semoga coretan kali ini akan memberi kesan kepada semua yang membaca, InsyaAllah. Buat suami juga, isteri bukanlah hamba abdi. Belailah dia dengan kasih sayang, namun sesekali dengan ketegasan. Sesungguhnya hati wanita sangat lembut, sangat mudah tersentuh. Andai kamu suami menyakitkan hati isteri, bersegeralah sedar akan kesilapanmu. Jangan bentengkan ego, kelak nanti dua-dua merana.

Friday, 10 May 2013

Handphone Baru!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat Allah kerana masih lagi berpeluang hidup untuk hari ini. Memang kita perlu selalu mengucapkan syukur kerana sesungguhnya nikmat Allah itu tidak terhitung banyaknya.

Tajuk kat atas tu mengujakan tak?? Hehe. Kalau nak tahu, aku dapat hadiah handphone baru! Siapa yang bagi?? Mestilah cik abang kesayangan lagi tercinta. Jangan jeles ye. ;) Handphone ni cik abang tak bagitahu pun sempena apa, dia cuma cakap nak belikan hp baru je kat aku. Sebab hp aku yang sedia ada dah agak lama. Lagipun, dia ada duit lebih sikit bulan ni. Tapi, aku nak anggap hp ni sebagai hadiah ulangtahun kami yang pertama. Walaupun ulangtahun kami tak sampai lagi, takpela. Aku suka sangat dapat hp ni. Terima kasih sayang! :)

Handphone ni jenis Nokia Lumia 520. Dah lama tak guna nokia. Sebelum ni guna Sony Ericsson jenis Experia Neo. Memang berbeza sangat dari hp sebelum ni. Sebabnya hp baru ni guna perisian Microsoft berbanding hp Sony yang guna perisian Android. Aku pun bukannya pandai sangat pasal gadget-gadget ni semua, cik abang la yang banyak terangkan. Dia je la yang installkan semua software kat dalam hp tu. Aku cuma tahu guna je. Hehe. Walau apapun, aku sayangkan suami aku! (Tiba-tiba je...Hehe). Kalau nak tengok rupa bentuk hp baru aku, ni dia, gambar ihsan dari pakcik google. Gambar yang aku ambil sendiri tak berapa nak comel. Hehe.

Ni la dia hp baru aku, warna cyan. :)


Cukupla dulu cerita pasal hp baru ni. Nanti lagi ramai pulak orang yang jeles. Kawan-kawan kat ofis semua dah jeles dah aku dapat hp baru. Hehe. Untuk akhirnya, aku nak ucapkan terima kasih sangat dekat suami tersayang kerana dah belikan aku hp ni. Cintaku semakin bertambah untukmu dari sehari ke sehari walaupun kita berjauhan. Dan bila jauh ni la yang lagi membuatkan hati ni selalu rindu untuk berjumpa. Semoga kasih kita akan berkekalan sehingga ke akhir hayat. Amin...