Salam.
Entri kali ni khas untuk seseorang. Seseorang yang ku kenal lebih setahun yang lalu. Semoga kenangan bersamanya akan kekal dan terus bersemadi di lipatan memori ini.
Nur Haziah Rosle, seorang rakan sekerja yang juga merangkap gelaran adik yang sangat peramah. Pertama kali ku kenal dirinya, memang dia seorang yang menjadi dirinya. Keramahan yang bukan dibuat-buat. Sikapnya yang bersahaja memang menyenangkan semua orang.
Adikku Haziah... Kak Noor doakan agar Zya sentiasa berjaya dalam apa jua yang dilalui. Jagalah akhlak dan tingkah laku sebagai seorang muslimah. Jaga batasan dalam sebuah perhubungan antara lelaki dan perempuan. Dan, semoga Dia turut menjaga imanmu yang kulihat semakin teguh sebagai seorang muslimah. Sesungguhnya aku amat gembira dengan perubahan tersebut. Zya dah mula melabuhkan tudung, melitupi apa yang sepatutnya dilindung. Dan juga memakai sarung tangan serta stokin bagi mengelakkan auratmu terbuka. Sesungguhnya aku amat berterima kasih kepada insan yang telah merubah dirimu, dan aku juga tahu bahawa Allah jualah yang memberi hidayah dan bukan insan tersebut. Aku doakan agar Allah selalu merahmati dan menjaga adikku yang seorang ni.
![]() |
| Kenangan masa program kemerdekaan kolej |
Insan lain yang turut terkesan dengan pemergianmu ialah ketua kita sendiri. Dia masih teringat-ingat dan terkenang-kenang akan dirimu. Pernah dia nyatakan, mungkin kalau Zya masih ada segala urusannya akan lebih lancar dari sekarang. Tapi apakan daya, semua orang mempunyai cita yang tersendiri. Kami tidak boleh menghalangmu untuk pergi. Malah, kami amat mendoakan kejayaanmu serta kebahagiaanmu di tempat baru dan di samping keluaga tercinta.
Moga kenangan antara kita akan tersimpan kemas di lipatan memori. Andai diizinkan Tuhan, pasti suatu hari kita akan bertemu semula. Sesungguhnya aku sayangkan dia kerana Allah.
![]() |
| Kenangan... Curi gambar Kak Yana. :) |
![]() |
| Hari Terakhir Zya bersama kami. :( |
Ikhlas dari sudut hati,
Kak Noor dan baby... :)



No comments:
Post a Comment