Salam buat semua.
Lenguh-lenguh badan masih belum hilang sejak tiba semalam, namun hati terdetik untuk mencoret sesuatu. Entri baru! Entri pasal perjalanan jauh sempena menghadiri majlis perkahwinan adik lelaki aku yang tersayang.
Aku bersama yang lain dah berpakat untuk bertolak bersama-sama pada pagi Jumaat 24 Mei 2013. Kami konvoi bersama 4 buah kereta, termasuk kereta adik. Lebih kurang pukul 9.00 lebih, kami memulakan perjalanan menuju ke Kajang iaitu rumah Kak untuk singgah bermalam di sana. Aku dan Kak Yu satu famili naik kereta aku yang pada mulanya aku yang jadi driver. Aku dan abang ipar, memang tak tahu jalan. Jadi, kami cuma jadi follower je la kereta lain yang kat depan. Nasib baik kakak aku yang lagi dua orang dah selalu turun ke sana.
Dalam tengahari, kami semua berhenti rehat di perhentian rawat dan rehat Gambang. Kami makan bekalan yanng dibawa. Kak Yu memang dah sedia masak siap-siap. Dia masak bihun goreng dan nasi goreng. Yang lain-lain pun bawak bekal makanan jugak, cuma ayah je yang beli makanan kat kedai situ. Tak ada selera katanya nak makan makanan bekal. Lepas makan dan rehat semua, kami meneruskan perjalanan sebab lambat lagi nak masuk waktu zuhur. Kalau dah masuk waktu, boleh terus jamak qasar.
Lebih kurang dalam pukul 3.30 petang, kami sampai di Kajang, rumah kak yang kami akan bermalam nanti. Sebaik sampai je aku terus jamak qasar taqdim. Tak nak tangguhkan solat sebab kejap lagi aku nak jumpa cik abang. Yeay! Suami aku naik LRT dan KTM dari tempat dia ke stesen komuter Kajang. Jadi, aku akan ambil dia di stesen komuter. Tak sabar nak jumpa cik abang! :)
Majlis esoknya, Sabtu 25 Mei 2013 kami semua bersiap awal pagi. Mengikut kata adik, dia akan akad nikah pada pukul 10 pagi. Dan keluarga pihak perempuan ada menyediakan sarapan pagi. Jadi, kami turun dari rumah dengan perut kosong tanpa makan apa-apa. Budget nak turun dari rumah pukul 8.30 pagi, tapi disebabkan terpaksa tunggu abang aku sorang lagi yang tinggal di Kelang, kami gerak dalam pukul 9.00. Perjalanan ke Salak Tinggi, rumah perempuan ambil masa dalam sejam jugak.
Semasa dalam perjalanan, ada sedikit masalah. Bukan apa, kami semua tak tahu jalan. Jadi, kami cuma harapkan adik je la yang jadi penunjuk jalan. Adik pulak bawak kereta laju, sampai ada abang ipar aku dua orang sesat dan tertinggal di belakang. Bila sampai kat rumah pengantin, Tok Imam pulak dah terpaksa ke tempat lain dulu sebab jadual dia agak penuh untuk masa tu. Adik aku sampai pun dah pukul 10 lebih, jadi kena dahulukan orang lain dulu la.
Lebih kurang pukul 11 lebih, baru la Tok Imam sampai untuk akad nikahkan adik aku. Cuak jugak aku tengok muka adik, dah la kena tunggu dan dengar khutbah nikah yang sangat panjang. Lagi bertambah debar di hati. Hehe. Tapi, alhamdulillah. adik aku selamat menjadi suami selepas dua kali akad. Tahniah adik, dah jadi suami pun. Dulu ingat dia kecik je lagi. Takpe, lepas ni dah ada orang yang jaga makan dan pakai dia semua. Semoga rumahtangga yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat.
Di sini aku selitkan sedikit tatapan untuk semua.
![]() |
| Selamat Pengantin Baru adik dan isteri. Barakallahu lakuma... |

No comments:
Post a Comment