Bismillahirrahmanirrahim.
Salam buat semua.
Kali ni, hati terasa ingin meluahkan sesuatu yang terbuku. Rasa yang sering dipendam makin hari makin tidak tertahan. Aku semakin tidak sanggup lagi untuk menabur bakti (atau menjadi hamba abdi mungkin...) di sini. Semakin hari, semakin menebal perasaan ingin mengangkat kaki dari tempat yang satu ini. Atau mungkinkah segala rezeki yang aku dapat selama ni tidak berkat? Na'uzubillah. Hindari aku dari rezeki yang haram lagi tidak berkat.
Sempena hari Nisfu Sya'ban hari ni, semoga Allah mengabulkan segala permintaan aku dan suami. Semoga Dia mempermudahkan segala urusan rezeki kami sekeluarga. Dan aku juga berdoa semoga Allah mempermudahkan jua urusan kelahiran anak sulungku yang tidak berapa lama lagi. Amin...
nota kaki: dalam usaha untuk mendapatkan kerja di tempat baru. semoga ada rezeki. doa-doakan ye! :)

2 comments:
saya memahami perasaan akak sptmana akak memahami sy. Teruja sy nak katakan, satu demi satu bnda blaku seolah2 nak menjadi sbb untuk sy angkat kaki dr sini. Sy byk bsabar, byk tawakal dan byk menyerahkan nasib hanya pada-Nya tapi sbg manusia, sy juga punya deria, punya rasa. Tak tertanggung lagi rasanya. Saya nak jmpa akak, nak peluk2 akak sbb spnjg akak takde, sy terasa tak punya sesiapa. Walau ada yg berdiri disisi, namun tiada yang memahami. Tekadang, ada yang dalam diam mencaci, malah membenci tanpa salah yang pasti, tanpa khilaf yang hakiki. Nnti sy nak pi tdo umah akak....kita cite pnjg2...tak sabar!!!
Itula ain, kita semua sama selagi berada di tempat yang sama. Nape ni? Macam banyak benor masalahnya. Rindu akak nak dengar cite2 dr awak. Hehe. Kongsi cite sama2. InsyaAllah, lepas akak dah masuk keje nanti kita share2 eh. Ha, datangla umah akak, akak duk sorang2 ni. Meh teman akak ngan baby mursi. Huhu. Akak pun nak share cite ngan ain jugak ni.
Post a Comment