Baru sekarang aku merasa rutin harian jadi suri rumahtangga. Bangun awal-awal pagi masakkan bekal untuk suami bawak gi keje. Lepas tu kemas-kemas rumah sikit sementara tunggu Mursi bangun. Kalau ada pakaian yang dah kering, lipat dulu. Sebab mesin basuh tak ada lagi buat masa sekarang ni. Tu yang lambat sikit pakaian nak kering. Bila Mursi bangun, mandikan dia dan main-main dengan Mursi. Petang pulak kadang-kadang tak ada buat apa pun, tengok tv je. Lepas suami balik, masak lauk untuk makan malam pulak. Bila dah makan malam, rehat-rehat je la sambil melayan si kecil Mursi sampai tertidur. Begitulah rutin hari berikutnya. Untuk tempoh waktu ni, aku masih rasa seronok sebab dapat jadi suri rumah untuk suami tercinta. Perkara yang aku tak dapat buat selama setahun lebih sepanjang kami PJJ. Tapi, kalau lama-lama macam ni pun boleh bosan juga. Hehe.
Sebelum dapat rumah sewa yang aku duduk sekarang ni, banyak juga la cuba contact orang yang incharge dalam hal ni. Tapi nasib kurang menyebelahi kami. Ada satu hari tu, makcik aku dan suami dia ajak aku pergi tengok dekat flat yang berdekatan Taman Medan ni. Memang banyak flat kat sini. Tapi hari tu sempat singgah 3 flat je. Yang pertama terjumpa dengan kakak cleaner flat tanya-tanya kot ada rumah kosong untuk disewa. Kakak tu cakap mungkin ada, dan minta nombor telefon aku. Dia cakap kalau ada nanti dia beritahu sebab kena tanya ketua flat tu dulu. Tapi sampai sekarang dia tak pernah call. Haish... Flat yang kedua pulak tersalah singgah. Sebabnya flat tu adalah flat PPR. Yang hanya dikhaskan untuk orang-orang yang tertentu saja terutamanya warga Selangor. Sah-sah la aku tak dapat. Akhir sekali flat yang kami singgah adalah flat yang agak rendah dari dua flat sebelumnya.Tapi tak jumpa orang yang tahu tentang status samada terdapat rumah kosong atau tak. Lepas tu kami balik rumah sebab dah petang.
Hujung minggu aku di rumah makcik, suami datang lepas balik kerja. Sabtu tu dia kerja separuh hari. Masih dalam usaha mencari. Dalam tengahari kot, cuba call nombor agen hartanah ni. Alhamdulillah, rumah yang ditanya masih available dan terletak di Damansara Damai. Kami bersetuju untuk pergi melihat rumah tersebut petang ni. Bila dah sampai, terus ambil kunci dari agen (aku tak tahu nama dia siapa) ni dan bersedia untuk melihat rumah yang dimaksudkan. Ada dua rumah sebenarnya, satu ialah flat di Apartmen Lestari dan satu lagi di Saujana Damansara, rumah kedai. Mula-mula kami pergi flat, tingkat 5 tiada lif! Masuk je dalam rumah tu, bersepah barang yang ditinggalkan tuan rumah sebelum ni. Bilik air pun sempit, sangat tak selesa bagi aku. Kemudian, terus ke rumah yang kedua. Agak pening nak cari rumah kedai ni sebab banyak sangat blok. Akhirnya jumpa jugak, bangunan paling tepi sekali. Rumahnya agak memuaskan, kedudukan hanya di tingkat 1. Lantai bermozek dan ada beberapa perabot yang ditinggalkan oleh tuan sebelumnya. Antara dua buah rumah yang dilihat tadi, aku secara jujurnya memilih rumah ini!
Akhirnya, kami telah sebulat suara bersetuju untuk menyewa rumah kedai tersebut. Sewa bulanannya adalah RM500, tetapi depositnya agak tinggi iaitu RM2250. Deposit ni termasuk sewa bulan pertama (500), 2 bulan sewa (1000) + bil api, air (250) dan juga bayaran perjanjian setahun (500). Suami aku setuju sebab dah penat nak cari rumah lain. Sebelum ni dia agak berkira-kira juga kalau deposit lebih 2 ribu. Takpela, kami terpaksa berjimat-jimat dulu untuk bulan pertama ni sebab dah banyak habis duit. Alhamdulillah, keesokannya kami dah boleh pindah masuk rumah tersebut.
![]() |
| Gambar ruang tamu |
Bila dah pindah masuk rumah ni, aku sangat berharap semoga hubungan aku dan suami akan jadi lebih rapat dan bertambah kasih sayang antara kami. Kami dapat sama-sama melihat Mursi membesar depan mata. Mursi pun boleh merasa kehadiran dan kasih sayang ayahnya setiap masa walaupun agak terbatas sebab suami balik kerja kadang-kadang malam. Aku pun tak lama lagi akan mula kerja jugak. Nanti aku akan ceritakan di lain kali pasal macamana aku dapat kerja ni. Rasanya cukuplah dulu sampai sini corat-coret untuk hari ni. Insya-Allah kalau ada masa dan kesempatan aku akan update lagi. Tata.

No comments:
Post a Comment