Bismillahirrahmanirrahim.
Salam buat semua. Hari ni tiba-tiba terasa down bila baca status yang di'share' oleh seorang kawan tentang breastfeeding. Terasa sangat dengan status tu. Teruknya aku ni sebagai seorang ibu, rasa nak menangis pun ada. :(
Daripada status tu, ada beberapa tips yang perlu ada pada seorang ibu untuk menjayakan penyusuan bayi. Yang pertama ialah niat, kemudian kena ada semangat lepas tu kena maklumkan orang sekeliling tentang niat kita. Lagi kena buat sistem reward dan terakhir sekali ialah kena ada ilmu. Apa yang aku tak ada???
Niat, insya-Allah niat aku adalah betul iaitu aku menyusu adalah semata-mata kerana Allah. Aku mahu membesarkan anak dengan susu dari badanku sendiri, sesuai dengan sunnah Rasulullah yang menyarankan para ibu menyusukan bayi sehingga usia 2 tahun.
Semangat yang kuat. Mungkin dari segi semangat kot yang aku lemah. Aku tak kuat semangat. Terlalu ikutkan perasaan. Masa aku demam dalam pantang hari tu la punca Mursi dah taknak menyusu badan. Aku tak sanggup dengar dia menangis kuat, sampai aku susukan dia dengan susu formula yang lagi cepat disediakan berbanding susu badan yang terpaksa aku pam terlebih dahulu. Aku juga mungkin terlalu ikutkan badan yang letih dan mengantuk semasa dalam pantang, sehingga terlepas pandang akan kesan yang aku akan terima.
Seterusnya, maklumkan pada orang sekeliling mengenai sebab kenapa kita nak menyusu badan. Semasa dalam pantang, suami aku balik hujung minggu saja sebab dia bekerja di PJ. Jadi, mungkin tak ada seseorang yang kuat dalam memberikan sokongan supaya aku teruskan menyusu Mursi dengan susu badan. Point terakhir ialah mungkin aku masih kurang ilmu dalam breastfeeding. Aku masih belum banyak menggali info mengenai cara-cara, kebaikan dan manfaat breastfeeding yang sebetulnya walaupun pada dasarnya aku tahu.
Jika ditanya adakah aku menyesal? Ya, memang aku menyesal sangat. Andailah boleh diundurkan masa, aku akan paksa jugak Mursi supaya menyusu badan. Budak kecil memang tak tahu apa-apa, kita la yang kena paksa. Bukan kita yang kena ikut dia. Tapi apakan daya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. :( Mursi, maafkan ummi... Ummi mampu kenyangkan Mursi dengan susu ummi sekejap je. Aku bertekad dalam diri aku bahawa aku akan menyusu badan sepenuhnya sampai 2 tahun jika aku diberikan rezeki anak yang seterusnya, insya-Allah. Amin... Aku jeles sangat bila baca status kawan-kawan malah kakak aku sendiri yang masih fully breastfeed anak masing-masing. Tapi, tak apalah. Untuk mengubat kesedihan hati, aku akan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk Mursi. Berusaha untuk mendidik dia menjadi seorang anak dan insan yang berguna di masa hadapan.
Lepas baca status kawan tadi, aku cuba untuk susukan Mursi. Dia hisap sekejap, lepas tu merengek. Ye la, sebab susu tak keluar. Sedihnya aku rasa... Untuk kawan-kawan, usaha la untuk breastfeed anak sepenuhnya. Sesungguhnya banyak manfaat yang tersirat di sebalik breastfeed anak sehingga cukup 2 tahun.
Monday, 20 January 2014
Thursday, 16 January 2014
Doaku Untuk Suami
Bismillahirrahmanirrahim.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
Kau ampunilah segala dosa yang telah aku perbuat,
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yang tidak terbatas,
Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fizikal,
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan,
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista,
Kau kuatkanlah semangatku untuk menempuh segala dugaan-Mu,
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan.
Ya Allah,
Sekiranya suamiku ini adalah pilihan-Mu di arash,
Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya,
Sekiranya suamiku ini adalah suami yang akan membimbing tanganku di titian-Mu,
Kurniakanlah sifat kasih dan redha atas setiap perbuatannya,
Sekiranya suamiku adalah lelaki untukku di jannah-Mu nanti,
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk tawadhuk atas segala perintahnya,
Sekiranya suamiku adalah yang terbaik untukku di dunia-Mu,
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti hati dan perasaannya,
Sekiranya suamiku ini jodoh yang dirahmati oleh-Mu,
Maka berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya.
Tetapi Ya Allah,
Sekiranya suamiku ini bukan ditakdirkan untukku seorang,
Kau tunjukkanlah jalan terbaik untuk aku harungi segala dugaan-Mu,
Sekiranya suamiku tergoda dengan keindahan dunia-Mu,
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya,
Sekiranya suamiku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan,
Kurniakanlah aku kekuatan-Mu untuk aku memperbetulkan keadaannya,
Sekiranya suamiku menyintai kesesatan,
Kau pandulah aku untuk menariknya keluar dari terus terlena,
Ya Allah, Kau juga Maha Mengampuni segala kesilapan dan keterlanjuranku,
Kau Yang Maha Mengetahui apa yang terbaik untukku,
Sekiranya aku tersilap membuat keputusan,
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai,
Sekiranya aku lalai dengan tanggungjawabku sebagai isteri,
Kau hukumlah aku di dunia tapi bukan di akhirat-Mu,
Sekiranya aku ingkar dan derhaka,
Kau berilah aku petunjuk ke arah rahmat-Mu.
Ya Allah,
Sesungguhnya aku lemah tanpa petunjuk dari-Mu,
Aku buta tanpa bimbingan-Mu,
Aku cacat tanpa hidayah-Mu,
Aku hina tanpa rahmat-Mu,
Ya Allah, kuatkanlah hati dan semangatku,
Tabahkan aku menghadapi segala cubaan-Mu,
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suamiku,
Isteri yang menjadi penyejuk mata buatnya,
Isteri penenang jiwa bila dia memandangku,
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agama-Mu,
Bimbinglah aku untuk menjadi isteri yang solehah.
Hanya pada-Mu Ya Allah,
Ku pohon segala harapan serta pertolongan,
Kerana aku pasrah dengan dugaan-Mu,
Kerana aku sedar betapa hinanya aku,
Kerana aku insan lemah yang kerap keliru,
Kerana aku leka dengan segala keindahan dunia-Mu,
Kerana kurang kesabaranku menghadapi cabaran-Mu,
Kerana pendek akalku menghadapi ujian-Mu.
Ya Allah Ya Tuhanku,
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati,
Isteri yang dikasihi, isteri yang solehah,
Isteri yang sentiasa di hati suamiku,
Isteri yang menjadi bidadari buatnya di syurga-Mu,
Perkenankanlah doaku Ya Allah, perkenankanlah...
Amin Ya Rabbal Alamin...
p/s: Doa ni aku teringin nak share, sebenarnya dalam bentuk video. Tapi aku ada ubah-ubah sikit. Doa setiap isteri buat suaminya, insya-Allah.
Tuesday, 7 January 2014
Berpindah Blog
Bismillahirrahmanirrahim.
Salam buat semua. Ok, jangan terkejut dengan tajuk entri ni. Bukan berpindah blog apa, cuma aku akan update pasal Shaklee di blog yang memang khas untuk Shaklee saja. Blog ni aku nak jadikan hanya blog mengenai cerita aku dan kehidupan yang berlaku di sekeliling aku. Lagipun, aku tak mahu mencampur-adukkan, nampak macam serabut. Betul tak? :)
Aku berpendapat lebih senang kot macam ni. Kan? Suami aku pun ada cadangkan perkara yang sama. Ok, selamat membaca di blog baru! Semoga aku akan lebih positif untuk menarik rezeki datang di hari-hari yang mendatang. Insya-Allah. Doakan aku ye? Ni dia url bagi blog baru. :) Tu je kot yang aku nak update di entri kali ni. So, lepas ni semua dah takkan baca info pasal Shaklee dekat blog ni lagi ye. :)

Friday, 3 January 2014
Resolusi Tahun Baru
Bismillahirrahmanirrahim.
Hari ni baru berkesempatan untuk update pasal azam ataupun resolusi tahun baru 2014. Padahal dah 3 hari masuk tahun baru. :) Tak apalah, aku saja nak berkongsi dengan semua mengenai azam aku. Tak adalah menarik sangat pun, rasanya sama je kot dengan orang lain yang ada azam masing-masing. Antara azam aku untuk tahun ni ialah:
1. Aku nak jadi isteri yang lebih penyabar, tidak mudah terasa dengan kata-kata suami dan lebih menghormati suami dari segala aspek. Bukan apa, kadang-kadang aku rasa aku ni isteri yang teruk sangat. Selalu buat suami aku terasa hati dengan sikapku. Ada masa aku buat muka depan suami tanpa aku sedar. Aduh, berdosanya aku! Tapi kalau bab cepat terasa tu memang aku tak boleh nak nafikan. Aku tak tahu la macamana aku nak buat supaya hati aku lebih kebal dengan kata-kata yang tidak bermaksud untuk menyakiti, hanya sekadar bergurau. Aku cepat terasa lebih-lebih lagi kata-kata atau perbuatan tu adalah daripada suami aku sendiri. Semoga tahun baru yang mendatang ini akan lebih menjadikan aku seorang isteri yang penyabar dan melayan suami dengan lebih baik dari sebelumnya. Semoga kasih antara kami berdua akan terus mekar sehingga ke akhir hayat, insya-Allah.
2. Selain jadi isteri terbaik untuk suami, aku juga nak jadi 'the best' ummi untuk Mursi. Semua ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Aku ada terbaca dalam kebanyakan blog menyatakan bahawa pendidikan kanak-kanak adalah bermula seawal dari kelahirannya. Tempoh antara 0-6 bulan adalah merupakan tempoh yang terbaik untuk mendidik anak mengenai sesuatu. Masa ni lah otak mereka boleh menerima sebarang bentuk apa yang kita tunjukkan pada mereka. Sama juga dengan apa yang mereka dengar sehari-hari. Masa ni la yang paling sesuai kalau kita nak ajar mereka sesuatu terutamanya mengenai pendidikan langsung. Bila mereka dah besar, dah banyak perkara yang dia tengok dan dengar, jadi makin susah kita nak ajar mereka sesuatu. Sebab dah banyak kapasiti otaknya dipenuhi. Jadi, atas semangat untuk melihat Mursi jadi seorang anak yang cerdik dan pandai serta soleh, aku telah menyiapkan 2 jenis flashcard dengan sendiri. Semoga usaha aku yang sedikit ini mampu memberi impak yang besar buat Mursi, insya-Allah.
3. Menjadi seorang yang lebih positif dan optimis. Yang ni aku lebih fokuskan kepada bisnes online Shaklee yang baru saja aku ceburi. Untuk peringkat awal ni, aku masih belum dapat pelanggan. Tapi takpe, aku kena lebih optimis, insya-Allah dengan usaha yang aku lakukan akan membuahkan hasil juga suatu hari nanti. Yang penting jangan putus asa dan teruskan berdoa. Semoga Allah lapangkan rezeki buat aku sekeluarga agar dapat aku ubah nasib diri dan seterusnya nasib keluarga aku di masa akan datang. Aku berazam, kalau bisnes ini berjaya, aku tak mahu lagi kerja makan gaji. Aku mahu jadi suri rumah yang berjaya, di samping dapat menjaga rumahtangga dan anak-anak dengan sempurna. Aku tak mahu abaikan rumahtangga dengan keluar pergi bekerja 8 jam sehari. Anak dijaga pengasuh, entah bagaimana didikannya. Ya Allah, Kau makbulkan niat dan doa aku yang tulus suci ini. Amin.
Rasanya itu adalah 3 azam aku yang paling besar untuk tahun ni. Semoga aku dapat mencapai segala apa yang diharapkan. Untuk akhirnya, nak promote sikit. Biasalah, bisnes kan sekarang ni. :) Bulan Januari ni adalah bulan promosi Alfalfa. Beli 6 botol percuma 1. Insya-Allah entri berikutnya aku akan kongsikan mengenai kebaikan alfalfa. Sehingga bertemu lagi. Tata.

Subscribe to:
Comments (Atom)