Monday, 20 January 2014

Menyesal

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua. Hari ni tiba-tiba terasa down bila baca status yang di'share' oleh seorang kawan tentang breastfeeding. Terasa sangat dengan status tu. Teruknya aku ni sebagai seorang ibu, rasa nak menangis pun ada. :(


Daripada status tu, ada beberapa tips yang perlu ada pada seorang ibu untuk menjayakan penyusuan bayi. Yang pertama ialah niat, kemudian kena ada semangat lepas tu kena maklumkan orang sekeliling tentang niat kita. Lagi kena buat sistem reward dan terakhir sekali ialah kena ada ilmu. Apa yang aku tak ada???

Niat, insya-Allah niat aku adalah betul iaitu aku menyusu adalah semata-mata kerana Allah. Aku mahu membesarkan anak dengan susu dari badanku sendiri, sesuai dengan sunnah Rasulullah yang menyarankan para ibu menyusukan bayi sehingga usia 2 tahun.

Semangat yang kuat. Mungkin dari segi semangat kot yang aku lemah. Aku tak kuat semangat. Terlalu ikutkan perasaan. Masa aku demam dalam pantang hari tu la punca Mursi dah taknak menyusu badan. Aku tak sanggup dengar dia menangis kuat, sampai aku susukan dia dengan susu formula yang lagi cepat disediakan berbanding susu badan yang terpaksa aku pam terlebih dahulu. Aku juga mungkin terlalu ikutkan badan yang letih dan mengantuk semasa dalam pantang, sehingga terlepas pandang akan kesan yang aku akan terima.

Seterusnya, maklumkan pada orang sekeliling mengenai sebab kenapa kita nak menyusu badan. Semasa dalam pantang, suami aku balik hujung minggu saja sebab dia bekerja di PJ. Jadi, mungkin tak ada seseorang yang kuat dalam memberikan sokongan supaya aku teruskan menyusu Mursi dengan susu badan. Point terakhir ialah mungkin aku masih kurang ilmu dalam breastfeeding. Aku masih belum banyak menggali info mengenai cara-cara, kebaikan dan manfaat breastfeeding yang sebetulnya walaupun pada dasarnya aku tahu.

Jika ditanya adakah aku menyesal? Ya, memang aku menyesal sangat. Andailah boleh diundurkan masa, aku akan paksa jugak Mursi supaya menyusu badan. Budak kecil memang tak tahu apa-apa, kita la yang kena paksa. Bukan kita yang kena ikut dia. Tapi apakan daya. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna. :( Mursi, maafkan ummi... Ummi mampu kenyangkan Mursi dengan susu ummi sekejap je. Aku bertekad dalam diri aku bahawa aku akan menyusu badan sepenuhnya sampai 2 tahun jika aku diberikan rezeki anak yang seterusnya, insya-Allah. Amin... Aku jeles sangat bila baca status kawan-kawan malah kakak aku sendiri yang masih fully breastfeed anak masing-masing. Tapi, tak apalah. Untuk mengubat kesedihan hati, aku akan berusaha menjadi ibu yang terbaik untuk Mursi. Berusaha untuk mendidik dia menjadi seorang anak dan insan yang berguna di masa hadapan.

Lepas baca status kawan tadi, aku cuba untuk susukan Mursi. Dia hisap sekejap, lepas tu merengek. Ye la, sebab susu tak keluar. Sedihnya aku rasa... Untuk kawan-kawan, usaha la untuk breastfeed anak sepenuhnya. Sesungguhnya banyak manfaat yang tersirat di sebalik breastfeed anak sehingga cukup 2 tahun.

No comments: