Friday, 3 January 2014

Resolusi Tahun Baru

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ni baru berkesempatan untuk update pasal azam ataupun resolusi tahun baru 2014. Padahal dah 3 hari masuk tahun baru. :) Tak apalah, aku saja nak berkongsi dengan semua mengenai azam aku. Tak adalah menarik sangat pun, rasanya sama je kot dengan orang lain yang ada azam masing-masing. Antara azam aku untuk tahun ni ialah:

1. Aku nak jadi isteri yang lebih penyabar, tidak mudah terasa dengan kata-kata suami dan lebih menghormati suami dari segala aspek. Bukan apa, kadang-kadang aku rasa aku ni isteri yang teruk sangat. Selalu buat suami aku terasa hati dengan sikapku. Ada masa aku buat muka depan suami tanpa aku sedar. Aduh, berdosanya aku! Tapi kalau bab cepat terasa tu memang aku tak boleh nak nafikan. Aku tak tahu la macamana aku nak buat supaya hati aku lebih kebal dengan kata-kata yang tidak bermaksud untuk menyakiti, hanya sekadar bergurau. Aku cepat terasa lebih-lebih lagi kata-kata atau perbuatan tu adalah daripada suami aku sendiri. Semoga tahun baru yang mendatang ini akan lebih menjadikan aku seorang isteri yang penyabar dan melayan suami dengan lebih baik dari sebelumnya. Semoga kasih antara kami berdua akan terus mekar sehingga ke akhir hayat, insya-Allah.

2. Selain jadi isteri terbaik untuk suami, aku juga nak jadi 'the best' ummi untuk Mursi. Semua ibu mesti mahukan yang terbaik untuk anak-anak kita. Aku ada terbaca dalam kebanyakan blog menyatakan bahawa pendidikan kanak-kanak adalah bermula seawal dari kelahirannya. Tempoh antara 0-6 bulan adalah merupakan tempoh yang terbaik untuk mendidik anak mengenai sesuatu. Masa ni lah otak mereka boleh menerima sebarang bentuk apa yang kita tunjukkan pada mereka. Sama juga dengan apa yang mereka dengar sehari-hari. Masa ni la yang paling sesuai kalau kita nak ajar mereka sesuatu terutamanya mengenai pendidikan langsung. Bila mereka dah besar, dah banyak perkara yang dia tengok dan dengar, jadi makin susah kita nak ajar mereka sesuatu. Sebab dah banyak kapasiti otaknya dipenuhi. Jadi, atas semangat untuk melihat Mursi jadi seorang anak yang cerdik dan pandai serta soleh, aku telah menyiapkan 2 jenis flashcard dengan sendiri. Semoga usaha aku yang sedikit ini mampu memberi impak yang besar buat Mursi, insya-Allah.


3. Menjadi seorang yang lebih positif dan optimis. Yang ni aku lebih fokuskan kepada bisnes online Shaklee yang baru saja aku ceburi. Untuk peringkat awal ni, aku masih belum dapat pelanggan. Tapi takpe, aku kena lebih optimis, insya-Allah dengan usaha yang aku lakukan akan membuahkan hasil juga suatu hari nanti. Yang penting jangan putus asa dan teruskan berdoa. Semoga Allah lapangkan rezeki buat aku sekeluarga agar dapat aku ubah nasib diri dan seterusnya nasib keluarga aku di masa akan datang. Aku berazam, kalau bisnes ini berjaya, aku tak mahu lagi kerja makan gaji. Aku mahu jadi suri rumah yang berjaya, di samping dapat menjaga rumahtangga dan anak-anak dengan sempurna. Aku tak mahu abaikan rumahtangga dengan keluar pergi bekerja 8 jam sehari. Anak dijaga pengasuh, entah bagaimana didikannya. Ya Allah, Kau makbulkan niat dan doa aku yang tulus suci ini. Amin.

Rasanya itu adalah 3 azam aku yang paling besar untuk tahun ni. Semoga aku dapat mencapai segala apa yang diharapkan. Untuk akhirnya, nak promote sikit.  Biasalah, bisnes kan sekarang ni. :) Bulan Januari ni adalah bulan promosi Alfalfa. Beli 6 botol percuma 1. Insya-Allah entri berikutnya aku akan kongsikan mengenai kebaikan alfalfa. Sehingga bertemu lagi. Tata.


No comments: