Alhamdulillah, Mursi semakin membesar dengan sihat. Aku sebagai seorang ibu sangat bersyukur dengan nikmat yang Allah kurniakan kepada aku, iaitu seorang permata hati yang sangat comel. Kini, usia mursi genap 1 tahun 8 bulan. Sudah boleh berlari, apatah lagi berjalan. Alhamdulillah.
Bila dah semakin besar ni, semakin banyak juga la ragam dan kerenah yang aku kena layan. Makan nasi pun dah tak boleh duduk setempat. Itupun makannya beberapa mulut sahaja. Tapi alhamdulillah, dia masih mahu makan. Lagi satu, dia sekarang sudah pandai tengok cerita upin dan ipin. Sudah pandai gelak bila tengok kartun tu. Aku tak pasti sama ada dia betul-betul paham ataupun sekadar lucu melihat aksi watak kartun tersebut. Hehe. Handphone aku yang sebelum ni dijadikan sebagai milik dia. Bukan apa, dia jugak yang telah memecahkan skrin telefon tersebut.
![]() |
| Suka tengok upin ipin |
Sekarang, dia masih lagi dijaga oleh pengasuh yang dulu bila aku pergi kerja. Setiap hari, mesti pesanan yang sama akan aku bisikkan ke telinga dia,
"Mursi, jadi anak yang baik ye."
"Jangan nangis-nangis, jangan susah-susahkan mama Nor (panggilan pengasuh dia)."
"Main elok-elok dengan kawan, jangan gaduh-gaduh ye."
"Nanti ummi balik ummi ambil Mursi ye. Jadi anak yang soleh ye sayang."
Sejak dia kenal orang hari tu, selalu juga dia menangis bila dihantar ke rumah pengasuh pagi-pagi. Tapi alhamdulillah, lama-kelamaan dia dah tak menangis lagi. Mungkin Mursi dah faham yang ummi dia perlu kerja. Dan petang nanti akan datang semula ambil dia. Memang, biasa petang bila aku sampai aje di muka pintu, dia akan terus berlari ke arah aku. Kalau nak tahu, saat itu adalah suatu nikmat juga sebenarnya. Hanya ibu-ibu yang macam aku je faham. Mungkin. Alhamdulillah.
Harapan aku cuma satu, aku mahu yang terbaik untuk anakku. Tapi kadang-kadang, aku terfikir. Aku mahukan yang terbaik untuk dia, tapi adakah aku memberikan yang terbaik untuknya? Adakah aku menunjukkan contoh terbaik untuknya? Aku zalim kepada anakku sendiri. Ya Allah, permudahkan urusan aku. Bantu aku dalam mendidik anakku menjadi anak yang soleh dan juga hamba yang taat kepada-Mu.

1 comment:
nama anak saya pun mursi. Muhammad Mursi Bin Muhammad Zulfiqar. Walaupun banyak kerenah, but he so much joy me!
Post a Comment