Insya-Allah, bermula dari hari ni aku akan lebih banyak post pasal Shaklee dan produk-produk yang berkaitan. Maklumlah, sekarang aku merupakan salah seorang daripada pengedar sah barangan produk tersebut. Dan untuk permulaannya, aku akan bercerita mengenai Energizing Soy Protein (ESP), yang merupakan produk Shaklee yang paling laris.
Salah satu sebab kenapa ESP ni hot adalah kerana dalam kebanyakan set produk Shaklee mesti mengandungi ESP. Boleh dikatakan semua orang boleh mengambil ESP ni sebagai suplemen untuk kesihatan mereka. Ok, apa dia ESP sebenarnya? Ia adalah merupakan protein soya yang berkualiti tinggi dan didatangkan dalam bentuk serbuk yang memudahkan pengguna mencampurkan dengan sebarang minuman kegemaran mereka. Tak kisah la samada nak campurkan dengan milo, horlicks, susu ataupun jus buah. Satu yang harus diingat ialah ia mestilah dibancuh dengan air suam ataupun air sejuk. Ini adalah untuk menjamin protein supaya tidak musnah dengan suhu tinggi air panas.
Habis, apa beza ESP Shaklee dengan protein soya jenama lain? Ok, ESP ada perbezaan dari yang lain. Shaklee menggunakan protein soya non-GMO. Apakah bendanya tu? Non-GMO ialah ringkasan bagi Non Genetically Modified Organism. Maksudnya, genetik kacang soya yang tidak mengalami pengubahsuaian atau menggunakan bahan kimia semasa ia ditanam untuk menjadikan soya itu lebih besar atau cepat besar/ matang. Soya yang terkandung dalam ESP ditanam secara semulajadi dan dijaga sehingga ia sedia untuk dituai. ESP dicuci dengan air (bukan menggunakan bahan kimia atau alkohol) bagi mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.
Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya itu bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen Shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.
Kebanyakan produk soya di pasaran adalah menggunakan protein soya GMO. GMO pula ialah Genetically Modified Organism. Ia dihasilkan secara tiruan menggunakan bahan kimia supaya cepat membesar dan boleh dituai dalam waktu yang singkat. GMO soya dijual dengan harga yang lebih murah tetapi memberi kesan negatif kepada pengguna seperti kanser, fungsi tiroid menjadi lemah, sel darah bercantum sesama sendiri dan lain-lain. 90% soya yang dijual di pasaran adalah GMO! So, berhati-hati lah wahai penggemar minuman soya sekalian.
Selain itu, Shaklee ESP diproses dibawah suhu yang rendah bagi menjaga kandungan asid amino. Apakah itu asid amino? Asid amino ialah monomer atau binaan asas bagi protein. Ia terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia perlu diperolehi dari makanan. Terdapat 9 jenis asid amino perlu dan ianya dipanggil sebagai asid amino lengkap. ESP mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu!
Semua orang perlukan ESP. Ia merupakan pembekal tenaga yang berkekalan di samping berfungsi membentuk sel-sel otot yang baru. Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan mengambil ESP. Selain daripada ini, semua memerlukannya:
- Individu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
- Individu yang ingin menguruskan badan: hanya bancuhkan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.
- Wanita hamil: membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Protein diperlukan untuk membina plasenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.
- Ibu-ibu yang menyusukan anak: membantu membanyakkan dan mengekalkan bekalan susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
- Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
- Individu yang mementingkan penjagaan kulit muka: membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.
Hubungi nombor tertera untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa. Jangan teragak-agak untuk memulakan langkah pertama, sebab kesihatan adalah segala-galanya.
Facebook: Noorfadhilah Abdul Ghani
ID Shaklee: 1087376
Emel: dillaghani@gmail.com
SMS / Whatsapp: 013-7046819

No comments:
Post a Comment