Jumaat lepas aku dan Mursi terima lawatan lagi. Lawatan dari adik-adik rakan sekerja aku yang dulu. Ain dengan Ida yang kebetulan berada di sekitar rumah sewa aku. Nasib baik aku ter'contact' si Ain pagi tu, cuma ucap good morning je. Tak tahu pun dia sedang berada di Sungai Buluh, rumah kakak si Ida. Apa orang kata, rezeki kami nak jumpa hari tu. :) Mereka berdua ke sini sebab Ida ada temuduga di Sungai Buluh. Rumah sewa aku memang dekat dah la dengan Sungai Buluh ni. Kan aku bawa Mursi pergi check-up bulanan di Klinik Kesihatan Sungai Buluh. Tak sampai 10 minit pun naik kereta kalau dari rumah kakak Ida ke rumah sewa aku.
![]() |
| Mursi bersama Cik Ain dan Cik Ida |
Suka sangat mereka boleh jumpa dan bermain dengan Mursi. Mursi pada awalnya ok je, suka dan seronok boleh jumpa dengan Cik Ain dengan Cik Ida dia. Tapi bila mereka dah nak balik Mursi buat perangai. Dia menangis, nak tidur atas dukung. Bila letak je kat bawah terus dia menangis. Aku cakap kat mereka Mursi ni takut orang bawak balik dia tinggalkan ummi. Sebab tu dia menangis dan tak nak duduk bawah. Lepas mereka dah balik, elok aje dah tak menangis dan siap senyum-senyum, sengeh-sengeh lagi main dengan ummi dia ni. Mursi, Mursi... pandai betul anak ummi ni.
Perkembangan adik aku dua orang ni masih lagi di tempat kerja yang dulu. Tapi dua-dua sedang berkira untuk mengangkat kaki dari situ. Masalah yang sama masih belum selesai. Sampai bila nak menghambakan diri kat situ?? Adui la, kesian aku dengar cerita mereka ni. Berhenti je la dik oii... Insya-Allah ada la rezeki lain kat luar nanti. Rezeki Allah ni luas, tu la yang jadi pegangan aku sekarang ni. Aku pun masih belum ada rezeki dapat kerja lain, tapi aku percaya dan yakin akan ada peluang untuk aku. Oh ya! Aku lupa nak beritahu yang aku dah menolak semula penerimaan jawatan sebagai guru di SRIPBJ. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Nanti la aku ceritakan sebab dia. :)
Rasanya cukup dulu untuk entry kali ni. Semoga Allah memberi kelapangan rezeki buat kita hamba-Nya di muka bumi ini. Dan kita juga selalu menjadi hamba-Nya yang lebih bersyukur. Insya-Allah, amin...

No comments:
Post a Comment