Tuesday, 31 December 2013

Selamat Tinggal 2013

Bismillahirrahmanirrahim.

Insya-Allah malam ni adalah malam terakhir kita semua di tahun 2013 ni. Terdetik nak tulis entri mengenai hidup aku sepanjang tahun ini. Tinggal beberapa jam je lagi sebelum kita semua berada di tahun baru, 2014. Memang niat nak cukupkan entri blog ni 50 sebelum masuk ke tahun baru. Alhamdulillah, dengan ter'publish'nya entri malam ni, maka tercapailah hajat di hati. :)

Kali ni kiranya aku nak imbau kembali apa yang berlaku sepanjang tahun 2013. Perkara-perkara yang penting bagi aku untuk diingati. Aku ni kadang-kadang agak pelupa, banyak perkara yang berlaku dalam hidup aku dah lupa. Semoga dengan entri yang aku buat ni dapat membantu aku mengasah sedikit demi sedikit sikap pelupa tu. Sedih jugak bila ada yang tanya tentang sesuatu perkara atau peristiwa, aku tak ingat. :(

  1. Pada awal tahun 2013, bulan Januari aku mendapat berita gembira. Berita yang selama ni ditunggu-tunggu oleh setiap pasangan yang mendirikan rumahtangga. Alhamdulillah, pada 2 Januari aku telah mendapat keputusan positif UPT. Berita ni aku segera kongsikan bersama suami yang pada masa ni baru balik ke Kuala Lumpur dari bercuti hujung minggu di kampung. Suami minta aku sahkan dengan buat pemeriksaan doktor di klinik. Dengan ditemani sahabat sekerja, aku ke Klinik Mamad untuk membuat pemeriksaan dan akhirnya aku telah disahkan hamil. Masa tu kandungan aku 7 minggu.
  2. Kemudian, pada bulan Februari pula aku telah dimasukkan ke hospital disebabkan oleh gastrik pada awalnya. Bila dilakukan pemeriksaan lanjut, aku disahkan mendapat appendiks dan terpaksa menjalani pembedahan untuk membuang appendiks dengan segera. Risiko pembedahan mungkin boleh menyebabkan aku keguguran memandangkan kandungan aku masih baru. Pembedahan dilakukan pada 14 Februari di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu. Alhamdulillah, semuanya selamat dan tiada perkara yang tidak diingini berlaku. Aku ada ceritakan pengalaman aku di beberapa entri, ini, ini, dan ini. :)
  3. Adik bongsu aku yang seorang dah berkahwin pada bulan Mei. Adik yang aku rasakan masih kecil, rupanya dah besar. Dah ada tanggungjawab sebagai seorang suami. Aku berkesempatan untuk turut hadir di hari bahagianya. Adik ipar aku orang Sepang, Selangor. Aku memandu kereta bersama dengan kakak dan abang ipar serta 2 orang anak saudara, berkonvoi bersama-sama 2 orang lagi kakakku dengan kenderaan masing-masing. Aku tak percaya dengan keadaan aku yang mengandung ni masih boleh memandu kereta dengan jarak yang agak jauh. Tapi bukannya aku seorang yang memandu, aku bergilir dengan abang ipar. Dan alhamdulillah, tahun depan aku bakal mendapat anak buah baru lagi. ;)
  4. Bulan Mei jugak aku dapat seorang anak buah. Kakak aku, Kak Mah yang majlis kahwin sekali dengan aku dah selamat melahirkan seorang puteri. Nurain Tasneem nama diberi, semoga dirimu menjadi anak yang solehah, harta berharga buat ummi dan abi samada di dunia mahupun di akhirat nanti. Kak Mah bersalin pada 14 Mei yang lepas, pada usia kandungan dia 37 minggu. Mengikut cerita Kak Mah, sepanjang proses kelahiran segalanya mudah. Aku juga berharap yang sama buat aku nanti. Insya-Allah.
  5. 2 Jun 2013, genaplah usia perkahwinan aku dan suami setahun. Tiada sambutan candle light dinner, surprised present, jambangan bunga dan kek, dan apa-apa yang sering dilakukan oleh pasangan-pasangan yang lain. Cukup sekadar kami saling mengingati antara satu sama lain. Tambahan lagi, kami pasangan yang baru ingin memulakan hidup, perlu lebih banyak menyimpan untuk perkara yang lebih penting bagi kegunaan di masa depan. Cukup sekadar keluar makan bersama, itupun bila suami pulang bercuti hujung minggu memandangkan kami masih PJJ masa ini.
  6. 25 Ogos 2013, aku telah selamat melahirkan seorang lagi khalifah ke muka bumi Allah ini. Seorang putera, mujahid yang telah diberi nama Ahmad Ayyash Mursi. Segala kesulitan yang terpaksa aku hadapi untuk melahirkan khalifah ini insya-Allah akan aku iktibarkan sebaik mungkin untuk mendidik dia menjadi seorang yang berjiwa kental, dan penuh dengan sifat-sifat mahmudah supaya dapat membimbing masyarakat sekelilingnya menjadi yang lebih baik. Insya-Allah. Kini, Mursi dah berusia 4 bulan lebih, membesar dengan sihat dan sempurna, alhamdulillah. Cuma dalam seminggu ini dia kurang sihat, demam selesema dan batuk. Semoga anak ummi sentiasa dalam lindungan dan peliharaan Allah selalu. Ayah dan ummi sayangkan Mursi dunia dan akhirat. Semoga Mursi menjadi aset kami yang paling berharga bila kami tiada lagi di dunia. Amin.
  7. Setelah tamat cuti bersalin 2 bulan, aku kembali masuk kerja pada 26 Oktober 2013 yang lalu. Pada pagi sebelum aku ke tempat kerja, berlaku suatu perkara yang aku amat takuti sepanjang aku tinggal di rumah pusaka arwah emak. Dan rentetan daripada peristiwa itu juga telah membawa aku berhenti kerja dan aku dapat tinggal bersama dengan suami di sini. Aku cuma masuk kerja seminggu sahaja, habiskan bulan Oktober. Bermula bulan berikutnya aku telah berhenti. Mungkin juga disebabkan masalah pembayaran gaji oleh pihak majikan, suami aku semakin kuat meminta aku berhenti kerja.
  8. Alhamdulillah, pada 10 November yang lalu aku secara rasminya telah berjaya tinggal bersama-sama dengan suami dan anak sebagai sebuah keluarga yang lengkap. Kami sekeluarga menyewa di Damansara Damai, dan insya-Allah akan tetap di sini untuk setahun yang akan datang. Aku masih berusaha untuk mencari kerja yang sesuai untuk turut membantu suami dalam menyediakan kemudahan kewangan bagi keluarga kami. Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik untuk hamba-Nya, sampai sekarang aku masih belum berjaya mendapat pekerjaan. Mungkin hikmahnya aku dapat menjaga anakku dengan lebih sempurna, dan menjadi seorang suri rumah yang terbaik buat suami. 
Rasanya, itu aje kot yang aku dapat kongsikan perkara penting yang berlaku dalam tahun 2013. Semoga kita semua dapata mengambil iktibar atas setiap yang berlaku dan menjalani kehidupan yang lebih baik di masa yang akan datang. Tanamkan azam, semoga tahun 2014 yang bakal menjelma menjanjikan 1001 makna buat kita semua. Ok la, cukup dulu untuk kali ni. Semoga berjumpa lagi di entri yang berikutnya di tahun hadapan. Tata. :) Sebelum berpisah, nah gambar Mursi terbaru. Ni masa dia demam baru-baru ni. :)

Friday, 27 December 2013

Vita-C Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim.


Kali ni insya-Allah aku akan berkongsi info dan kebaikan bagi Vita-C produk Shaklee atau lebih tepat lagi Sustained Release Vita-C 500mg. Tidak dinafikan terlalu banyak vitamin C yang dijual di pasaran, dengan pelbagai jenama dan harga pun boleh pilih samada nak yang mahal ataupun murah. Tapi apa kebaikan yang terdapat dalam Vita-C dari Shaklee ni?

Ok, jom kita sama-sama baca.

Apakah keistimewaan Sustained Release Vita-C 500 mg ini?

Ia mempunyai teknologi pelepasan masa. Di mana ia mampu dilepaskan 100mg setiap 1 jam selama 5 jam tanpa henti! Ia merupakan vitamin yang bersifat larut air maka, sesiapa yang mengambil vitamin ini dinasihatkan minum air secukupnya sekurang-kurangnya 2 hingga 3 liter sehari.

Apakah khasiat utama Vita-C Shaklee?

Membentuk Kolagen - Merangsang pembentukan kolagen. Kolagen ialah sebatian asas otot, tisu, gusi, rangka dan tulang rawan. Pernah kan dengar ada artis yang cucuk kolagen? Tak payah cucuk, ambil Vita-C ni je dah cukup. ;)

Memperbaiki Sistem Pendarahan - Kekurangan Vitamin C adalah penyebab gusi berdarah, lebam di kulit, lambat pulih dari kecederaan, kulit kering, ruam dan kulit kasar. Sebab tu ada antara kita yang gosok gigi pagi-pagi mesti berdarah. Sebab kurang vitamin C la tu.

Peningkatan Sistem Imun - Membina sel darah merah yang sihat untuk penyerapan zat besi yang lebih baik, membantu sel darah putih menentang bakteria dan kuman, mengukuhkan sistem imun, pertingkatkan pemulihan alergi hidung, kulit dan asthma, juga mengurangkan simptom selsema.

Memerangi Kanser - Ia satu-satunya anti-oksidan yang berkuasa dan mampu meningkatkan inteferon semulajadi tubuh dan merangsang pengeluaran T-cells untuk melawan sel kanser dan membuang kimia berbahaya dari tubuh dengan berkesan.

Mencantikkan Kulit - Pengambilan Vitamin C setiap hari akan membantu anda mendapatkan kulit yang lebih cerah, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmentasi. Pigmen adalah penyebab utama kejadian jeragat.

Memperbaiki Insomnia - Ia memperbaiki insomnia (gejala susah tidur), stress dan masalah mental seperti keresahan.

Mengekalkan Kolesterol Sihat - Ia mampu mengurangkan kolestrol dan tekanan darah, mengekalkan kapilari darah yang sihat, menghalang pendarahan dalam hidung, pendarahan serebral dan skurvi.


Selain daripada Sustained Release Vita-C 500 mg, Shaklee juga mempunyai satu lagi vitamin C iaitu Chewable Vita-C 100 mg. Dari segi komposisinya adalah sama, cuma bagi jenis ini ia mempunyai tambahan Rose Hips Powder juga merupakan sumber vitamin C yang hebat. Ia didatangkan dalam bentuk yang boleh dikunyah (chewable) dan dihisap seperti gula-gula yang mana lebih mesra kanak-kanak. Dan yang pasti fungsi Chewable Vita-C 100 mg ini adalah sama dengan jenis sebelumnnya.

Kedua-dua vitamin C keluaran Shaklee mempunyai bioflavonoids. Ia merupakan sejenis pigmen tumbuh-tumbuhan yang dijumpai banyak di dalam buah-buahan sitrus. Ia membantu dalam penyerapan vitamin C sepenuhnya dan memelihara vitamin C itu sendiri daripada oksidasi. Vitamin C Shaklee mempunyai bioflavonoids, yang merupakan perbezaan ketara antara vitamin C Shaklee dengan vitamin C sintetik bagi kebanyakan produk lain di pasaran.


Hubungi nombor tertera untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga yang istimewa. Jangan berkira-kira dengan kesihatan. Dengan kesihatan yang baik, segala kerja terutama sekali amal ibadat akan berjalan dengan sempurna, insya-Allah. :)

Facebook: Noorfadhilah Abdul Ghani
ID Shaklee: 1087376
Emel: dillaghani@gmail.com
SMA / Whatsapp: 013-7046819

Tuesday, 24 December 2013

Set Diet Shaklee

Bismillahirrahmanirrahim.

Dah ucapkan syukur hari ni sebab masih diberi peluang untuk teruskan hidup? Kalau dah, alhamdulillah. :) Ok, hari ni aku nak cerita pasal produk Shaklee lagi. Kali ni tentang set pelangsingan badan pula. Set ini tak kurang hot juga. Ye la, semua pun nak kurus kan? Lebih-lebih lagi wanita. Insya-Allah kali ni aku akan kongsikan khasiat mengenai setiap produk yang terkandung dalam set ini.



Tak dinafikan di pasaran memang banyak jenama produk yang memberi kesan yang sama malah kesannya boleh dilihat dalam sekelip mata. Tapi apa bezanya dengan Shaklee? Perbezaan UTAMA ialah produk Shaklee semestinya SELAMAT dan 100% semulajadi, tiada bahan tiruan, dan paling penting ianya dijamin HALAL! 

Sekarang nak cerita pasal khasiat setiap produk yang terkandung dalam set ini.

DETOKSIFIKASI atau dengan bahasa lain MEMBUANG TOKSIK. Suplemen untuk fungsi ini ialah Alfalfa dan Herb-Lax. 

Alfalfa

  • Membantu perkumuhan menjadi lebih lawas.
  • Membantu membuang angin dalam badan.
  • Termasuk dalam kategori fiber yang mengenyangkan.
  • Mencuci usus bagi membuang toksik
  • Membantu masalah penghadaman dan pencernaan
  • Melegakan sembelit
Herb-Lax

  • Membersihkan najis tersekat
  • Meransang usus untuk percepatkan proses pembersihan secara lembut kepada najis yang tersekat atau tersimpan lama dalam tubuh badan kita
  • Membantu masalah sembelit
  • Mengempiskan perut

BAKAR LEMAK yang berlebihan. Suplemen yang membantu dalam fungsi ini termasuklah Omega Guard dan Lecithin.

Omega Guard

  • Mengandungi asid lemak Omega 3 yang membantu meningkatkan paras hormon Leptin iaitu hormon penting dalam pengawalan selera makan.
  • Leptin akan menghantar signal kepada otak untuk mengehadkan rasa lapar.
  • Leptin juga boleh meningkatkan metabolisma badan. Bila metabolisma meningkat, semakin cepatlah LEMAK JAHAT dibakar.
  • Dalam satu kajian di Australia menunjukkan mereka yang bersenam dan mengambil asid lemak Omega 3 lebih banyak membakar lemak berbanding mereka yang hanya bersenam tanpa mengambil asid lemak Omega 3.
Lecithin

  • Untuk proses metabolisma, kolesterol, triglycerides dan lemak darah (blood lipids).
  • Memecah serta mencairkan lemak terutama kolestrol.
  • Menurunkan total serum cholesterol dan meningkatkan kolesterol baik (HDL).
  • Membantu kawal paras triglycerides.
  • Membantu memecahkan lemak badan dan mengurangkan lemak yang tersendat pada pembuluh-pembuluh darah.
  • Mengurangkan kesan buruk yang wujud dari masalah kolesterol.

BINA BADAN atau OTOT. Untuk fungsi ini, ia sesuai dengan pengambilan suplemen ESP dengan Cinch Shake.

Energizing Soy Protein (ESP)

  • Dihasilkan daripada kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) dan terkenal sebagai energy-booster atau pemangkin tenaga. Tenaga yang dihasilkan dapat bertahan berjam-jam lamanya.
  • Mengandungi 22 jenis asid amino dan termasuklah 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh tubuh badan manusia sendiri.
  • Kandungan protein di dalam kacang soya adalah 2 x ganda dari daging, 4 x lebih dari telur dan 12 x lebih dari susu. ESP juga mengandungi lemak dan kolestrol yang rendah dan diserap dengan mudah oleh badan.
  • Asid amino yang ada dalam ESP membantu membina otot, rambut, darah, kuku, kulit, organ, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan pelbagai lagi. Jadi, ESP adalah kunci kepada kulit dan otot yang muda, juga mengekalkan tenaga sepanjang hari.
Cinch Shake

  • Minuman yang sungguh lazat dan berzat untuk membantu anda memelihara otot yang penting dan menjadikan anda sentiasa berasa kenyang dan berpuas hati di samping mengurangkan berat badan. Didatangkan dalam 3 pilihan perisa iaitu cafe latte, chocolate dan vanila.
  • Diperkaya dengan Leucine™ iaitu asid amino yang memberi signal kepada badan untuk memelihara otot semasa pengurangan berat badan.
  • Leusina dalam Cinch™ Shake membantu anda menghilangkan lemak tetapi tetap memelihara otot anda.
  • Setiap kali anda menikmati Cinch™ Shake, anda akan memperolehi 24 gram protein dan ini adalah penting. Ini kerana protein digunakan untuk membina otot yang boleh meningkatkan metabolisma anda dan membakar kalori. Makanan yang kaya dengan protein juga dapat menahan kelaparan, ini boleh membantu mengurangkan pengambilan makanan ringan di antara waktu makan.
Untuk setiap set yang dinyatakan, kedua-dua produk suplemen mempunyai fungsi yang lebih kurang sama. Ok, kalau anda mempunyai bajet yang lebih, boleh dapatkan suplemen yang lebih mahal dan memberi kesan yang lebih optimum. Semua bergantung pada tahap kemampuan anda, tiada paksaan ye! Apapun, nak mendapatkan berat badan idaman perlu ada disiplin. Suplemen hanya membantu mengawal berat badan anda, tapi anda juga perlu mengubah tabiat makan. Contohnya, jangan makan sebelum lapar. Kalau ada kesempatan, sekali sekala keluar lah bersenam. Dalam masa yang sama, anda perlu minum air masak yang cukup, sekurang-kurangnya 3L air bagi memastikan semua suplemen diserap dengan sempurna oleh badan dan memudahkan toksik dibuang keluar dari badan.

Hubungi nombor tertera untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa. Orang kata kurus tak semestinya sihat, tapi kalau gemuk mesti badan kita bermasalah. Insya-Allah kita hanya berusaha untuk menjaga kesihatan dengan mengambil suplemen. Tapi kalau Dia nak bagi ujian sakit, kita kena redha. :)

Facebook: Noorfadhilah Abdul Ghani 
ID Shaklee: 1087376 
Emel: dillaghani@gmail.com  
SMS / Whatsapp: 013-7046819

Monday, 23 December 2013

Kunjungan Tidak Disangka

Bismillahirrahmanirrahim.

Jumaat lepas aku dan Mursi terima lawatan lagi. Lawatan dari adik-adik rakan sekerja aku yang dulu. Ain dengan Ida yang kebetulan berada di sekitar rumah sewa aku. Nasib baik aku ter'contact' si Ain pagi tu, cuma ucap good morning je. Tak tahu pun dia sedang berada di Sungai Buluh, rumah kakak si Ida. Apa orang kata, rezeki kami nak jumpa hari tu. :) Mereka berdua ke sini sebab Ida ada temuduga di Sungai Buluh. Rumah sewa aku memang dekat dah la dengan Sungai Buluh ni. Kan aku bawa Mursi pergi check-up bulanan di Klinik Kesihatan Sungai Buluh. Tak sampai 10 minit pun naik kereta kalau dari rumah kakak Ida ke rumah sewa aku.

Mursi bersama Cik Ain dan Cik Ida

Suka sangat mereka boleh jumpa dan bermain dengan Mursi. Mursi pada awalnya ok je, suka dan seronok boleh jumpa dengan Cik Ain dengan Cik Ida dia. Tapi bila mereka dah nak balik Mursi buat perangai. Dia menangis, nak tidur atas dukung. Bila letak je kat bawah terus dia menangis. Aku cakap kat mereka Mursi ni takut orang bawak balik dia tinggalkan ummi. Sebab tu dia menangis dan tak nak duduk bawah. Lepas mereka dah balik, elok aje dah tak menangis dan siap senyum-senyum, sengeh-sengeh lagi main dengan ummi dia ni. Mursi, Mursi... pandai betul anak ummi ni.

Perkembangan adik aku dua orang  ni masih lagi di tempat kerja yang dulu. Tapi dua-dua sedang berkira untuk mengangkat kaki dari situ. Masalah yang sama masih belum selesai. Sampai bila nak menghambakan diri kat situ?? Adui la, kesian aku dengar cerita mereka ni. Berhenti je la dik oii... Insya-Allah ada la rezeki lain kat luar nanti. Rezeki Allah ni luas, tu la yang jadi pegangan aku sekarang ni. Aku pun masih belum ada rezeki dapat kerja lain, tapi aku percaya dan yakin akan ada peluang untuk aku. Oh ya! Aku lupa nak beritahu yang aku dah menolak semula penerimaan jawatan sebagai guru di SRIPBJ. Mungkin ada hikmah di sebaliknya. Nanti la aku ceritakan sebab dia. :)

Rasanya cukup dulu untuk entry kali ni. Semoga Allah memberi kelapangan rezeki buat kita hamba-Nya di muka bumi ini. Dan kita juga selalu menjadi hamba-Nya yang lebih bersyukur. Insya-Allah, amin...

Thursday, 19 December 2013

Kenapa ESP Hot?

Bismillahirrahmanirrahim. 

Insya-Allah, bermula dari hari ni aku akan lebih banyak post pasal Shaklee dan produk-produk yang berkaitan. Maklumlah, sekarang aku merupakan salah seorang daripada pengedar sah barangan produk tersebut. Dan untuk permulaannya, aku akan bercerita mengenai Energizing Soy Protein (ESP), yang merupakan produk Shaklee yang paling laris.

Salah satu sebab kenapa ESP ni hot adalah kerana dalam kebanyakan set produk Shaklee mesti mengandungi ESP. Boleh dikatakan semua orang boleh mengambil ESP ni sebagai suplemen untuk kesihatan mereka. Ok, apa dia ESP sebenarnya? Ia adalah merupakan protein soya yang berkualiti tinggi dan didatangkan dalam bentuk serbuk yang memudahkan pengguna mencampurkan dengan sebarang minuman kegemaran mereka. Tak kisah la samada nak campurkan dengan milo, horlicks, susu ataupun jus buah. Satu yang harus diingat ialah ia mestilah dibancuh dengan air suam ataupun air sejuk. Ini adalah untuk menjamin protein supaya tidak musnah dengan suhu tinggi air panas. 

Habis, apa beza ESP Shaklee dengan protein soya jenama lain? Ok, ESP ada perbezaan dari yang lain. Shaklee menggunakan protein soya non-GMO. Apakah bendanya tu? Non-GMO ialah ringkasan bagi Non Genetically Modified Organism. Maksudnya, genetik kacang soya yang tidak mengalami pengubahsuaian atau menggunakan bahan kimia semasa ia ditanam untuk menjadikan soya itu lebih besar atau cepat besar/ matang. Soya yang terkandung dalam ESP ditanam secara semulajadi dan dijaga sehingga ia sedia untuk dituai. ESP dicuci dengan air (bukan menggunakan bahan kimia atau alkohol) bagi mengekalkan isoflavon genistin dan daidzin yang kritikal demi membekalkan anda dengan keseluruhan kebaikan soya.

Shaklee menggunakan proses pensijilan tersendiri yang dikenali sebagai Identity Preserved Program (IPP). Program ini memastikan kacang soya itu bebas daripada pendedahan perubahan genetik. Daripada benih sehingga penyimpanannya, anda boleh yakin dengan komitmen Shaklee dalam penggunaan ramuan-ramuan yang semulajadi dan berkualiti.

Kebanyakan produk soya di pasaran adalah menggunakan protein soya GMO. GMO pula ialah Genetically Modified Organism. Ia dihasilkan secara tiruan menggunakan bahan kimia supaya cepat membesar dan boleh dituai dalam waktu yang singkat. GMO soya dijual dengan harga yang lebih murah tetapi memberi kesan negatif kepada pengguna seperti kanser, fungsi tiroid menjadi lemah, sel darah bercantum sesama sendiri dan lain-lain. 90% soya yang dijual di pasaran adalah GMO! So, berhati-hati lah wahai penggemar minuman soya sekalian.

Selain itu, Shaklee ESP diproses dibawah suhu yang rendah bagi menjaga kandungan asid amino. Apakah itu asid amino? Asid amino ialah monomer atau binaan asas bagi protein. Ia terdiri dari dua jenis: iaitu asid amino perlu dan asid amino tidak perlu. Asid amino perlu tidak dapat disintesis oleh badan manusia, dan ia perlu diperolehi dari makanan. Terdapat 9 jenis asid amino perlu dan ianya dipanggil sebagai asid amino lengkap. ESP mengandungi kesemua 9 jenis asid amino perlu!

Semua orang perlukan ESP. Ia merupakan pembekal tenaga yang berkekalan di samping berfungsi membentuk sel-sel otot yang baru. Hanya individu yang mempunyai masalah buah pinggang dan kesukaran memproses protein tidak digalakkan mengambil ESP. Selain daripada ini, semua memerlukannya:
  1. Individu yang sibuk: ESP membantu memberi tenaga berpanjangan, badan lebih sihat dan cergas.
  2. Individu yang ingin menguruskan badan: hanya bancuhkan ESP dengan minuman kegemaran pada setiap pagi, memberi rasa kenyang yang lebih lama.
  3. Wanita hamil: membantu perkembangan sel tubuh bayi dalam kandungan. Protein diperlukan untuk membina plasenta dan sel tubuh bayi. Amalan mengambil ESP ketika mengandung juga dapat mencantikkan kulit bayi.
  4. Ibu-ibu yang menyusukan anak: membantu membanyakkan dan mengekalkan bekalan susu disamping pengambilan air yang cukup dan proses pengepaman yang konsisten.
  5. Pesakit kencing manis: mempunyai indeks glisemik yang rendah, melambatkan penyerapan glukosa dalam darah dan mengawal paras glukosa.
  6. Individu yang mementingkan penjagaan kulit muka: membantu menghilangkan parut jerawat di muka, menjadikan kulit muka halus, gebu dan berseri.

Hubungi nombor tertera untuk mendapatkan produk Shaklee dengan harga istimewa. Jangan teragak-agak untuk memulakan langkah pertama, sebab kesihatan adalah segala-galanya.

Facebook: Noorfadhilah Abdul Ghani
ID Shaklee: 1087376
Emel: dillaghani@gmail.com
SMS / Whatsapp: 013-7046819

Tuesday, 17 December 2013

Shaklee Distributor

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan oleh Allah untuk meneruskan saki baki usia yang ada. Entry kali ni mungkin ringkas saja, cuma nak update pasal tajuk entry ni. :) Seperti yang telah diberitahu sebelum ni, aku akan menyertai bisnes online. Dan akhirnya aku telah selamat menjadi salah seorang pengedar sah barangan produk Shaklee!

Lepas ni, kalau ada sesiapa yang mahu order barangan Shaklee ni, boleh terus hubungi aku samada call/ message/ whatsapp di 013-7046819. Ok, itu aje aku nak update. Semoga berjumpa lagi next entry. Tata.


Tuesday, 10 December 2013

Hujung Minggu Bersama

Bismillahirrahmanirrahim.

10 Disember 2013 - genap la sebulan kami sekeluarga menyewa di Saujana Damansara ni. Rasa macam baru je semalam duk sibuk-sibuk call sana sini cari rumah sewa. Semoga hari-hari yang bakal mendatang berjaya ditempuhi dengan lebih baik hendaknya sebagai keluarga.

Hujung minggu baru-baru ni kami menghabiskan masa bersama. Hari sabtu suami ajak pergi kenduri kahwin kawan pejabatnya di Shah Alam. Kalau masih ingat, ni adalah kawan yang aku pernah ceritakan sebelum ni. Sebelum ni kenduri sebelah rumah perempuan di Kelantan yang kami pergi semasa dalam perjalanan kami ke Kuala Lumpur. Hari Sabtu lepas kenduri sebelah lelaki pula iaitu di Shah Alam.


Kenduri ni diadakan di Dewan MBSA Seksyen 24. Agak meriah kenduri yang aku hadiri kali ni, mungkin adat orang di sini kot buat majlis besar-besaran. Kami turun dari rumah dah tengahari, sebab pengantin dijadualkan bersanding pada tengahari. Lagipun suami nak ikut serta bersama kawan-kawan ofisnya yang lain. Kali ni kami sempat bergambar dengan pengantin sekali, Suria Hadi dengan Nurasma. Tapi masa ni Mursi pulak tidur, tak nampak muka dia dalam gambar. Dari dalam kereta lagi dia dah tidur, bila sampai terus bangun. Mungkin tak cukup tidur, sambung tidur balik lepas tu masa kat dalam dewan. Hehe.

Lepas dah siap makan, bergambar semua barulah kami bertolak balik. Tapi tak terus balik ke rumah. Suami singgah sekejap di ofis dia untuk print sesuatu. Gambar aku dengan Mursi tu aku ambil masa tengah tunggu suami kat dalam kereta. Bosan-bosan tunggu, ambil gambar. Tapi banyak gambar Mursi tak pandang kamera. Hehe. Kemudian, kami bertolak balik dan sampai di rumah lebih kurang dalam pukul 4.30 petang.

Keesokannya pulak iaitu hari Ahad awal-awal pagi lagi kami dah keluar. Hari ni suami ajak ke pasar tani mega di stadium Shah Alam. Semangat betul suami aku ni. Biasanya kalau hari minggu maunya dia nak bangun awal-awal pagi. Tapi semata-mata nak ke pasar tani ni untuk dapatkan lauk segar-segar, dia rela bangun dan bertolak dari rumah seawal jam 7.30 pagi. Katanya kalau lambat takut tak ada parking. Memang betul, masa kami sampai dalam pukul 8 tu parking dah penuh! Yang tinggal parking yang agak jauh, kena jalan dan ambil masa jugak untuk ke gerai-gerai.

Sumber: google
Pasar ni memang besar. Sesuai la dengan nama 'Mega' tu. Sehari memang tak cukup nak ke semua gerai yang ada. Macam-macam ada jual kat sini. Dari barang dapur: lauk basah, bawang, sayur-sayuran hinggalah kepada pakaian, peralatan rumah dan sebagainya. Hari tu tujuan utama adalah untuk membeli lauk-pauk, untuk bekalan seminggu. Lauk yang kami beli ialah sotong, kerang, ikan kerisi, ikan tongkol, ikan selar dan ayam. Insya-Allah cukup untuk seminggu. Hehe. Memandangkan kami belum bersarapan sebelum turun dari rumah tadi, kami beli nasi lemak untuk sarapan. Tapi kami beli bungkus bawa balik je. Sebab Mursi tengah tidur masa ni. Kesian dia kena bangun awal-awal pagi.

Lepas dah siap beli semua, kami pun bertolak balik. Itupun tak semua kami beli. Masih ada lagi senarai yang belum beli. Tapi memandangkan Mursi dah tidur, dan tangan aku pun dah penuh dengan beg plastik maka terpaksalah kami balik dulu. Barang lain akan kami beli dekat kedai lain aje la. Sampai rumah aku terus makan nasi lemak, sebab aku rasa perut dah masuk angin. Lepas makan baru la rasa lega. Alhamdulillah. Mungkin kalau ada kesempatan mesti suami akan ajak ke sini lagi. Dan kalau la aku ada duit sekarang, banyak benda yang aku nak beli. Tapi semua tu biarlah aku simpan dalam hati je dulu. Tunggu la bila dompet aku kembali berisi. Insya-Allah sampai la masa nanti. :)

Itu la cerita hujung minggu aku kali ni. Terisi juga la hari minggu sebab boleh keluar. Kalau hari biasa, aku kat rumah dengan Mursi aje la. Takpela, besar pahala jadi suri rumah ni. Yang penting kena ikhlaskan hati. Sampai sini saja, lain kali cerita lain pulak. Tata.

Friday, 6 December 2013

Lawatan Untuk Mursi

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah semalam hari yang agak menggembirakan untuk aku dan juga Mursi. Rumah kami ada pelawat! Semenjak menyewa di sini, baru je semalam kami menerima pelawat. Hehe. Bukannya siapa-siapa pun, 2 orang kakakku, Kak (Zunaida) dan Kak Na (Zurina) bersama dengan 3 orang anak saudara iaitu Farhana, Zahra dan Faiz. Kak tinggal di Kajang, bekerja sebagai guru di sekolah menengah berdekatan. Kak Na pula guru juga, mengajar di Sarawak. Pulang bercuti ke semenanjung bila cuti sekolah, tapi bermalam di rumah Kak beberapa hari yang lepas atas urusan dia di sini.

Mursi bersama Mokna dan Cikda serta sepupu. Faiz tiada dalam gambar.

Semalam la baru Mursi boleh bersua mata dengan Mokna selepas melihat dunia. Lepas berusia 3 bulan barulah berpeluang jumpa dengan Mokna. Ye la, Mokna kerja nun jauh di Sarawak sana. Masa aku bersalin hari tu bulan Ogos, mana ada cuti sekolah panjang. Kena tunggu cuti panjang baru la boleh balik nak jumpa anak buah. Seronok sangat Mursi boleh jumpa dengan mak cik dia tu. Asyik duk melayan dia bercakap je la, cakap ikut bahasa dia. :)

Kak dengan Kak Na datang dengan pengangkutan awam. Mereka naik KTM dari Kajang sampai ke Sungai Buluh. Kemudian ambil teksi untuk sampai ke tempat aku. Memandangkan aku ni masih baru di sini, dan bukan penunjuk arah atau bagi direction jalan yang bertauliah, ada sedikit kesukaran untuk mereka sampai ke sini. Masalah dengan pemandu teksi. Bagi aku, tak logik la pemandu teksi tak tahu kawasan yang aku tinggal ni, di Saujana Damansara. Aku rasa mereka ditipu oleh pemandu teksi India atau keling tu (dah geram sangat) sampai tambang melampau mahalnya. Tambang yang sepatutnya tak sampai pun RM10, boleh jadi nak dekat RM20.

Mereka sampai semalam dah tengahari. Sebenarnya aku tak sedia apa-apa pun untuk terima kedatangan mereka. Ye la, mana tak nya. Kak Na call beritahu nak datang semalam pun pagi tu je, sebelum mereka bertolak. Nasib baik la suami dah beli lauk hari sebelumnya. Aku cuma masak simple aje la, masak nasi dengan lauk ikan aya singgang, telur dadar dengan sambal belacan. Maaf ye kakakku, adikmu tak mampu nak sedia makanan yang lebih lagi. Hehe. Insya-Allah lain kali boleh sedia dulu sebelum sesiapa nak datang.

Sekarang ni aku tengah berkira-kira nak join business online. Bukan apa, memandangkan aku senang nak online di samping boleh juga tambah pendapatan. Doakan aku berjaya. Nanti aku akan cerita bila dah confirm aku join ye! Sampai sini dulu, lain kali aku cerita-cerita lagi. Tata!

p/s: Maaf tulisan kali ni agak tidak tersusun. :)

Saturday, 30 November 2013

Checkup 3 Bulan

Bismillahirrahanirrahim.

Sejak akhir-akhir ni, Mursi selalu je merengek, menangis-nangis lebih-lebih lagi bila dia nak tidur.Aku perasan perubahan ni lepas balik dari check-up kat klinik minggu lepas, semasa umur Mursi masuk 3 bulan. Dan untuk pertama kalinya aku bawa Mursi untuk check-up di sini, di Damansara Damai ni. Tapi kat sini tak ada klinik kesihatan yang terdekat. Suami aku google pasal klinik kesihatan, yang paling dekat ialah Klinik Kesihatan Sungai Buluh.

Pada 20hb yang lepas merupakan tarikh untuk check-up Mursi yang tercatat dalam buku rekod sebelum ni. Aku pergi klinik ikut tarikh tu je la, senang. Hari Rabu, so suami ambil keputusan untuk half day aje hari ni. Ye la, kalau tak aku nak pergi klinik dengan sapa. Dah la tak tahu kat mana-mana, jalan kat sini pun aku tak mahir lagi. Sampai hari ni, aku tak pandu lagi kereta sorang-sorang. Kalau ke mana-mana mesti suami ada bersama. Dia la yang drive. Jadi kami bertolak awal pagi, takut ramai orang. Tak boleh nak jangka suasana klinik kat sini. Kalau kat klinik desa dulu memang la tak ramai orang. Cepat dan senang je prosedur dia. Kat sini tak tahu hujung pangkalnya lagi.

Suami macam biasa la, guna GPS nak tengok jalan. Kalau tak guna tu, tak sampai la kami ke klinik jawabnya. Hehe. Dalam duk guna tu pun, sesat jugak. Bukan apa, tersalah masuk jalan. Sekali dah tersalah masuk, ia akan recalculate jalan lain, mungkin akan jadi agak jauh dari jalan yang asal tadi. Hehe. Lebih setengah jam juga nak sampai klinik ni. Sampai-sampai je tengok ramainya orang!. Terus tanya nurse yang dekat kaunter mengenai prosedur yang perlu dibuat. Sebelum tu aku beritahu la yang kami baru berpindah menyewa ke sini. Nurse tu cakap sepatutnya kalau yang kawasan Saujana Damansara tempat aku menyewa tu, kena pergi ke klinik bergerak setiap Jumaat di kawasan berdekatan Park Avenue. Tapi untuk hari ni diterima untuk rawatan sebab tak tahu lagi.

Disebabkan pesakit yang agak ramai, kena ambil nombor giliran. Pada pemerhatian aku, kat sini ramai pesakit India dan sebahagian lagi Cina. Melayu tak ramai sangat, hanya sebilangan kecil. Memang 1 Malaysia la kawasan yang aku tinggal sekarang ni. Hehe. Sedang duduk menunggu, aku terdengar nombor giliran aku dipanggil untuk masuk ke bilik 14. Aku cepat-cepat ajak suami ke sana. Tapi bila aku masuk bilik tu, nurse tanya nama anak. Bukan nama Mursi pun. Rupanya aku tersalah dengar. Aduh, malunya! Sepatutnya kena timbang berat dan ukur panjang baby dulu dekat bahagian luar, baru boleh masuk bilik rawatan. Lepas tu, barulah nombor kami dipanggil untuk ditimbang berat dan diukur panjang Mursi oleh nurse pelatih yang bertugas. Dahla asyik terkeluar loghat teganu, suami aku asyik tegur je. Stress jadinya. Dah nak terkeluar dari mulut, nak buat macamana cik abang oi... Huhu. Biasa la, dah lama tak speaking luar. Dulu masa belajar kawan-kawan semua tak sangka aku berasal dari Terengganu sebab tak ada loghat masa bercakap. Kena training balik ni.

Lepas diukur dan ditimbang, barulah boleh masuk bilik rawatan. Dalam bilik rawatan ni kena dengar ceramah lagi. Biasalah nurse, bila dah tahu aku campurkan susu formula untuk Mursi membebel panjang la dia. Bukannya aku tak nak bagi dan sememangnya itulah impian aku untuk menyusu Mursi dengan susu badanku sendiri. Bukannya bagi minum susu lembu tu. Huhu. Tapi masalahnya Mursi tak nak hisap direct. Sedih tau bila dalam keadaan macam ni. Kalau boleh diundurkan masa, aku akan paksa diri aku dan Mursi untuk menyusu juga dulu. Aku rasa kalau dipaksa dari dulu, mesti Mursi akan hisap juga. Mungkin dulu kurang sokongan dari luar supaya aku teruskan paksa diri untuk menyusu Mursi, sebab tu aku ikutkan je apa kata orang lain iaitu bagi je susu formula. Tapi sekarang menyesal dah tak berguna lagi. Mursi lagi suka hisap susu formula dengan botol, senang dan mudah bagi dia. Huhu.

Lepas daripada bilik rawatan, Mursi kena dicucuk untuk 3 bulan di bilik rawatan sebelah pula. Yang cucuk masa ni ialah nurse pelatih lelaki. Dia main cucuk je, langsung tak ada sikap lemah lembut. Tahula awak tu nurse, atleast cuba la bagi kata-kata penenang sikit untuk si anak walaupun dia masih kecil dan tidak faham apa-apa. Ni tak, dalam keadaan yang aku dan Mursi tak berapa nak ready lagi dia terus cucuk. Selak Mursi menangis lepas tu. Haish... Lepas dah setel semua, kami pun pulang ke rumah. Masa tu dah tengahari. Bila dah sampai rumah, ada sedikit salah faham antara aku dan suami. Pasal isu loghat teganu tu la. Tak habis-habis. Haih... Suami terus pegi kerja masa tu dengan keadaan yang kurang menenangkan aku. Tapi biasa la, salah faham suami isteri kejap je. Petang bila dia balik kerja, semua dah ok.

Untuk kali ni, aku selitkan sekeping gambar Mursi terbaru. Hehe. Dah besar anak aku ni, 3 bulan dah. Dia sekarang ni dah mengiring, cubaan untuk meniarap. Tapi tak berjaya lagi. Bila diletak dalam keadaan meniarap, kepala dia dah kuat. Dah boleh angkat sendiri. :) Yang paling latest ialah Mursi yang dah botak, gambar tengah tu! Hehe.

Thursday, 28 November 2013

Bakal Cikgu Sekolah

Bismillahirrahmanirrahim.

Ok, sebelum ni aku ada bagitau yang aku akan kerja tak lama lagi. Dan Alhamdulillah, aku bakal menjadi cikgu sekolah tak lama lagi, Insya-Allah. Macamana aku dapat kerja tu?

Begini ceritanya. :) Hari terakhir aku di tempat kerja yang lama dulu, kawan satu jabatan aku, Ida ada bagitau yang dia ada hantar resume melalui emel ke sekolah ni, Sekolah Rendah Islam Pintar (SRIP) di Shah Alam. Dan dia berjaya dipanggil interview pada 6, 7, atau 8 November. Memandangkan ianya masih terbuka, aku pun cuba nasib juga. Bukan aku seorang yang cuba nasib, Kak Yana dan Ain pun sekali. Ye la, semua dah tak sanggup nak berlama-lama di K**T ni.

Aku hantar emel masa tu dah petang, lepas balik dari makan tengahari. Tak sampai sejam, aku dapat balasan emel untuk menghadiri interview pada tarikh yang sama. Bila aku dah dapat balasan emel, barulah Kak Yana dan Ain pun terus hantar. Mereka pun sama-sama dapat panggilan interview yang sama. Bukan main seronok kami masa tu sebab semua dapat panggilan interview. Dah siap rancang nanti nak pergi sama-sama (Ida, Kak Yana dan Ain) dan nak jumpa kat KL kononnya. Aku kemungkinan memang dah ada kat KL masa tu. Tapi, last-last aku seorang je yang pergi interview, yang lain semua tak jadi pergi.

Oleh kerana aku seorang je yang jadi, suami setuju nak teman aku pergi interview. 6 November lepas, aku ditemani suami pergi ke sekolah tersebut yang terletak di Bukit Jelutong, Shah Alam. Aku pergi dari rumah makcik kat Taman Medan. Suami aku kerja separuh hari aje hari tu, sebab nak teman aku punya pasal. Terima kasih sayang. Mursi aku tinggalkan pada sepupu yang dah tak pergi sekolah untuk dijaga, tapi sebelum aku turun dari rumah, makcik pun dah balik dari kerja. So, aku takdela risau sangat sebab Mursi ada orang yang jaga.

Sampai je aku kat sekolah tersebut, aku diminta isi borang dan terpaksa menunggu sebelum tiba giliran aku dipanggil. Sebenarnya aku tak buat sebarang persediaan untuk ditemuduga. Aku hanya tawakal pada Allah, kalau ada rezeki dapatlah. Aku kasihankan suami aku yang terpaksa bekerja keras untuk mencari nafkah kami sekeluarga. Aku memang pasrah kalau gaji yang ditawarkan adalah lebih rendah dari kerja sebelum ni. Niat aku cuma nak bantu suami. Semasa temuduga, aku seolah-olah diajak berbual sahaja oleh 2 orang panel. Aku tahu orang yang menemuduga aku ni adalah orang kuat sekolah tersebut. Sebab aku dah tengok carta organisasi sekolah semasa menunggu tadi. Menurut mereka, memang gaji adalah agak rendah dari apa yang aku minta. Keputusan temuduga akan diberitahu kemungkinan pada 17 November nanti.

Namun, pada 12 November yang lepas aku mendapat mesej. Mesej yang mengatakan aku diterima untuk berkhidmat di SRIPBJ dan diminta memberi jawapan penerimaan atau penolakan sebelum 20 November. Aku tidak terus membalas mesej tersebut sehinggalah aku tanya pendapat suami. Suami suruh tanya mengenai gaji terlebih dahulu, kalau melebihi seribu bolehlah diterima. Kalau kurang dari itu, mungkin ditolak sebab kurang berbaloi jugak kot. Banyak melibatkan kos juga nanti kalau dah kerja. Keesokannya aku hubungi nombor tersebut dan alhamdulillah, aku telah menerima jawatan sebagai guru di Sekolah Rendah Islam Pintar Bukit Jelutong. Tapi tarikh mula kerja masih belum diberitahu, mungkin akan diberitahu kemudian bila dah dekat nak buka sekolah.

Masalah yang sedang bermain di fikiran aku dan suami sekarang ialah nak mencari pengasuh Mursi. Kalau boleh, aku tak mahu Mursi dihantar ke taska dulu. Sebab dia kecil lagi dan memandangkan sejak kebelakangan ni banyak cerita yang memburukkan taska pada kaca mata aku sedang berlegar-legar di tv mahupun di media sosial. Aku jadi takut dan fobia nak hantar Mursi ke taska, walaupun tak semua taska macam tu. Tengok la macamana, masih dalam usaha mencari pengasuh untuk Mursi. Dah la sekarang ni dia asyik meragam aje. Lebih-lebih lagi bila nak tidur, asyik menangis aje. Tak yakin pulak nak tinggal pada pengasuh, takut pengasuh tak tahan dengan dia. Huhu.

Walau apapun, aku sentiasa mendoakan yang terbaik untuk kami sekeluarga. Andai kata aku terpaksa tolak untuk menjadi cikgu, aku redha demi anak tercinta. Tapi itu pun atas persetujuan suami jugak. Kalau dia setuju aku tak bekerja, aku ikut saja. Kesian kat dia la, dia yang terpaksa tanggung semua. Dah banyak sangat dia berkorban untuk kami. Abang, you are my hero! Love you till jannah!

Wednesday, 27 November 2013

Rumah Sewa

Bismillahirrahmanirrahim.

Baru sekarang aku merasa rutin harian jadi suri rumahtangga. Bangun awal-awal pagi masakkan bekal untuk suami bawak gi keje. Lepas tu kemas-kemas rumah sikit sementara tunggu Mursi bangun. Kalau ada pakaian yang dah kering, lipat dulu. Sebab mesin basuh tak ada lagi buat masa sekarang ni. Tu yang lambat sikit pakaian nak kering. Bila Mursi bangun, mandikan dia dan main-main dengan Mursi. Petang pulak kadang-kadang tak ada buat apa pun, tengok tv je. Lepas suami balik, masak lauk untuk makan malam pulak. Bila dah makan malam, rehat-rehat je la sambil melayan si kecil Mursi sampai tertidur. Begitulah rutin hari berikutnya. Untuk tempoh waktu ni, aku masih rasa seronok sebab dapat jadi suri rumah untuk suami tercinta. Perkara yang aku tak dapat buat selama setahun lebih sepanjang kami PJJ. Tapi, kalau lama-lama macam ni pun boleh bosan juga. Hehe.

Sebelum dapat rumah sewa yang aku duduk sekarang ni, banyak juga la cuba contact orang yang incharge dalam hal ni. Tapi nasib kurang menyebelahi kami. Ada satu hari tu, makcik aku dan suami dia ajak aku pergi tengok dekat flat yang berdekatan Taman Medan ni. Memang banyak flat kat sini. Tapi hari tu sempat singgah 3 flat je. Yang pertama terjumpa dengan kakak cleaner flat tanya-tanya kot ada rumah kosong untuk disewa. Kakak tu cakap mungkin ada, dan minta nombor telefon aku. Dia cakap kalau ada nanti dia beritahu sebab kena tanya ketua flat tu dulu. Tapi sampai sekarang dia tak pernah call. Haish... Flat yang kedua pulak tersalah singgah. Sebabnya flat tu adalah flat PPR. Yang hanya dikhaskan untuk orang-orang yang tertentu saja terutamanya warga Selangor. Sah-sah la aku tak dapat. Akhir sekali flat yang kami singgah adalah flat yang agak rendah dari dua flat sebelumnya.Tapi tak jumpa orang yang tahu tentang status samada terdapat rumah kosong atau tak. Lepas tu kami balik rumah sebab dah petang.

Hujung minggu aku di rumah makcik, suami datang lepas balik kerja. Sabtu tu dia kerja separuh hari. Masih dalam usaha mencari. Dalam tengahari kot, cuba call nombor agen hartanah ni. Alhamdulillah, rumah yang ditanya masih available dan terletak di Damansara Damai. Kami bersetuju untuk pergi melihat rumah tersebut petang ni. Bila dah sampai, terus ambil kunci dari agen (aku tak tahu nama dia siapa) ni dan bersedia untuk melihat rumah yang dimaksudkan. Ada dua rumah sebenarnya, satu  ialah flat di Apartmen Lestari dan satu lagi di Saujana Damansara, rumah kedai. Mula-mula kami pergi flat, tingkat 5 tiada lif! Masuk je dalam rumah tu, bersepah barang yang ditinggalkan tuan rumah sebelum ni. Bilik air pun sempit, sangat tak selesa bagi aku. Kemudian, terus ke rumah yang kedua. Agak pening nak cari rumah kedai ni sebab banyak sangat blok. Akhirnya jumpa jugak, bangunan paling tepi sekali. Rumahnya agak memuaskan, kedudukan hanya di tingkat 1. Lantai bermozek dan ada beberapa perabot yang ditinggalkan oleh tuan sebelumnya. Antara dua buah rumah yang dilihat tadi, aku secara jujurnya memilih rumah ini!

Akhirnya, kami telah sebulat suara bersetuju untuk menyewa rumah kedai tersebut. Sewa bulanannya adalah RM500, tetapi depositnya agak tinggi iaitu RM2250. Deposit ni termasuk sewa bulan pertama (500), 2 bulan sewa (1000) + bil api, air (250) dan juga bayaran perjanjian setahun (500). Suami aku setuju sebab dah penat nak cari rumah lain. Sebelum ni dia agak berkira-kira juga kalau deposit lebih 2 ribu. Takpela, kami terpaksa berjimat-jimat dulu untuk bulan pertama ni sebab dah banyak habis duit. Alhamdulillah, keesokannya kami dah boleh pindah masuk rumah tersebut.


Gambar ruang tamu
Perabot yang aku maksudkan sebelum ni adalah tv, rak tv, mesin basuh (rosak), peti sejuk (rosak), meja makan, tilam, sofa, almari, penyidai pakaian dan kabinet dapur. Atleast boleh la aku gunakan mana-mana yang masih elok. Rumah ni ada tiga bilik dan satu bilik air. Dapurnya tak adalah besar sangat dan tak adalah kecil sangat. Muat la untuk aku memasak sorang-sorang. Hehe. So far setakat hari ni semuanya ok bagi aku. tak ada masalah dan gangguan pelik-pelik. Hari pertama lagi suami dah pagar rumah dengan bacaan al-quran. Insya-Allah dilindungi. Aku boleh agak penyewa sebelum ni adalah bukan Islam, berdasarkan frame gambar yang ditinggalkan, botol beer dalam kabinet dapur dan akhbar yang berbahasa Cina. Tapi aku tak pasti pulak agama apa. Dalam kabinet dapur pun ada banyak peninggalan sebenarnya, tapi suami aku suruh buang semuanya. Untuk keselamatan dan pelihara diri dari segala yang dilarang.

Bila dah pindah masuk rumah ni, aku sangat berharap semoga hubungan aku dan suami akan jadi lebih rapat dan bertambah kasih sayang antara kami. Kami dapat sama-sama melihat Mursi membesar depan mata. Mursi pun boleh merasa kehadiran dan kasih sayang ayahnya setiap masa walaupun agak terbatas sebab suami balik kerja kadang-kadang malam. Aku pun tak lama lagi akan mula kerja jugak. Nanti aku akan ceritakan di lain kali pasal macamana aku dapat kerja ni. Rasanya cukuplah dulu sampai sini corat-coret untuk hari ni. Insya-Allah kalau ada masa dan kesempatan aku akan update lagi. Tata.

Thursday, 21 November 2013

Perjalanan Bermula

Bismillahirrahmanirrahim.

Aduhai, banyak kisah sebenarnya nak cerita. Tapi tak tahu nak mulakan dari mana. Ok, biar aku mulakan dari hari aku dan suami mula meninggalkan Terengganu tercinta.

Akhirnya, pada tanggal 3 November yang lepas, kami bergerak dari rumah. Tapi, perjalanan ni masih belum menuju ke destinasi akhir. Hari ni (3 November) ada majlis kenduri kahwin kawan suami di Kelantan. Tapi sebelum ke sana, kami singgah dulu di rumah Kak Ma, kakak ipar aku di Kampung Batin. Berjumpa untuk kali terakhir sebelum berangkat ke Kuala Lumpur. Bolehlah Kak Ma dan anak-anaknya melepaskan rindu pada Mursi. Lepas ni entah bila pula mereka boleh berjumpa. Dalam tengahari, barulah kami bertolak ke destinasi berikutnya iaitu Machang, Kelantan. Alhamdulillah, selamat sampai dan terus memenuhkan perut yang memang tersedia lapar. Hehe. Kedua-dua pengantin lelaki dan perempuan adalah kawan satu tempat kerja dengan suami, Suria dan Asma. Aku tak kenal rapat pun dengan mereka. Semasa kami sampai, mereka sedang bergambar. Aku dan suami pun join sekali.


Gambar pengantin kami tak tangkap pun, cuma gambar kami bertiga je yang ada. Merasa jadi pengantin baru semula. Hehe. Ni jugak merupakan gambar pertama kami bertiga, sebelum ni tak pernah lagi ambil gambar bertiga dengan Mursi. :)

Bila dah ambil gambar, suami pun dah berborak-borak dengan kawan-kawan dia, kami meminta diri untuk pulang. Suami memang dah beritahu awal-awal yang kami akan bermalam di rumah Kak Da (kakak ipar) malam ni. Jadi, lepas majlis terus ke sana la. Rumah Kak Da di Panji (kalau tak silap la...), agak pening juga suami nak cari rumah dia. Biasalah, guna GPS. Dah kongsi lokasi melalui whatsapp pun boleh sesat lagi sebab lokasi yang dikongsi kurang tepat. Akhirnya, dalam pukul 6 petang sampai juga ke rumah Kak Da. Abang Ha (suami Kak Da) tak ada kat rumah sebab pergi stadium untuk tengok perlawanan akhir bola sepak antara Kelantan dengan Pahang. Akhirnya kecewa sebab Kelantan kalah malam tu. Abang Ha memang semangat kalau bab bola Kelantan ni. Yang ada kat rumah masa tu anak-anak sedara seramai 7 orang dan Siti (adik ipar) yang bercuti hujung minggu. Dia belajar dekat UiTM Dungun.

Keesokannya barulah kami nak bertolak ke Kuala Lumpur. Tapi memandangkan kami masih belum mempunyai rumah sewa, jadi aku terpaksa menumpang dulu di rumah makcik, Mi di Taman Medan. Dari sini agak dekat dengan tempat kerja suami. Jadi senang untuk dia ulang alik dari bilik sewa dia ke sini. Kami bertolak agak lewat hari tu, dalam pukul 12 tengahari. Semuanya menggunakan GPS. Sampaikan pada awalnya entah jalan mana-mana yang kena lalu untuk keluar dari Kelantan. Jalan kebun getah yang sempit, penuh dengan lubang kiri kanan. Hanya Tuhan je yang tahu perasaan masa tu. Tawakal aje la. Tapi alhamdulillah, akhirnya sampai juga ke rumah makcik dalam pukul 9 malam.

Suami ikut tidur sekali rumah makcik sebab esoknya masih cuti, cuti Awal Muharram. Kami mula mencari rumah sewa. Tu pun hanya melalui internet, web mudah.my. Kebanyakannya deposit rumah agak tinggi walaupun sewa bulanan cuma RM500. Ada tu pulak sejam iklan terus dah ada yang masuk. Susah jugak nak cari rumah sewa ni. Ada je bangunan rumah flat sekitar sini, tapi tak mula mencari lagi. Lagipun tak tahu nak mula dari mana. Tak apa la, cari ikut internet dulu.

Sebelum dapat rumah sewa, aku menumpang di rumah Mi selama lebih kurang seminggu juga. Hari Ahad berikutnya barula kami dapat rumah sewa. Cukup la dulu untuk kali ni. Untuk next entry, aku akan cerita lebih lanjut lagi pasal rumah sewa ni ye. Semoga kehidupan aku dan kalian semua lebih baik hendaknya. Tata. Wasalam.

Thursday, 31 October 2013

Genap Tiga Tahun Di Sini

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Alhamdulillah, segala puji buat Yang Maha Kuasa. Masih memberi ruang dan peluang untuk terus menikmati segala nikmat kurniaan-Nya. Post ni sebenarnya aku backdated kan ke 31/10 yang lepas. Bukannya apa, aku cuma nak ceritakan apa yang berlaku pada tarikh tersebut. Teringat pulak isu 'backdated', sebelum ni selalu terlibat dengan mem'backdated'kan dokumen untuk MQA di tempat kerja. Sekarang, semuanya dah tinggal kenangan. Hehe.

(Baca berdasarkan 31/10) Hari ni merupakan hari terakhir aku bekerja di sini. Kalau diikutkan, esok genaplah 3 tahun aku bekerja di K**T tercinta. Keputusan untuk berhenti kerja agak tiba-tiba, sebab aku baru je seminggu masuk kerja lepas cuti berpantang. Niat di hati, memang aku nak berhenti tapi dengan cara menamatkan kontrak perkhidmatan pada hujung tahun ni. Namun, kita hanya merancang. Perancangan Allah adalah sebaik-baiknya. Keputusan untuk berhenti mendadak ni adalah disebabkan kejadian hari menyedihkan yang berlaku. Suami aku sangat risau dengan kejadian tersebut.

Dalam seminggu aku bekerja, aku dah beritahu rakan-rakan mengenai niat hati ni. Cuma notis je masih belum dihantar. Akhirnya tadi aku telah menghantar notis penamatan kontrak perkhidmatan dan ianya berkuatkuasa 24 jam. Hasrat aku untuk berhenti aku suarakan pada Encik Azizan, Ketua Jabatan aku beberapa hari yang lepas. Dia dah boleh agak sebenarnya dan tidak terkejut dengan berita ni. Dan tadi, jabatan aku ada mengadakan sedikit majlis perpisahan untuk aku sekaligus dengan taklimat praktikal untuk pelajar semester 5 dan 6. Dalam majlis ni, aku kena berucap. Aku ni jenis yang sensitif bebenor, awal-awal start cakap dah menangis tahap apa dah. Haish... lepas ni kena belajar kawal emosi la.


Bergambar kenang-kenangan.
Teringat pula kenangan bila hari pertama mendaftar di sini. Hari tu staf baru yang mendaftar sekali dengan aku ada lagi 2 orang, iaitu Nik Izyani pensyarah BI dan Kak Tirah, pensyarah sejabatan dengan aku. Hari itu aku agak kurang sihat sebab gastrik. Aku muntah-muntah dan perut tidak selesa. Kak tirah yang tengok keadaan aku masa tu menganggap aku baru kahwin dan sedang mengandung. Kebetulan masa tu tangan aku berinai. Aku tergelak besar bila Kak Tirah cerita balik pasal anggapan dia lepas tu. Mana ada aku mengandung, kahwin pun belum lagi masa tu. :) Kami (aku, Kak Tirah & Nik) menjadi agak rapat mungkin sebab kami mendaftar pada hari yang sama. Saling berkongsi cerita, terutama sekali Kak Tirah. Aku rindu nak mendengar cerita-cerita Kak Tirah lepas dia berhenti pada April tahun lepas untuk sambung belajar. Nik dah berhenti lebih awal sebab dapat tawaran kerja yang lebih baik.

Selepas Kak Tirah berhenti, kekosongan tu diganti dengan Kak Yana. Kak Yana pun sangat baik orangnya dan lemah lembut. Syukur Alhamdulillah, aku dikelilingi dengan sahabat-sahabat yang sangat baik. Dengan Kak Yana pun kami saling berkongsi cerita. Suka dengar dia cerita pasal anak sedara dia, Amsyar. Aku doakan semoga Kak Yana akan dapat apa yang diharapkan selama ni. Akak jangan putus asa ye! Pernah sekali aku tidur rumah Kak Yana. Masa tu ada majlis yang dianjurkan pelajar sempena perpisahan seorang staf jabatan. Majlis tu diadakan di Angulia Beach Resort sebelah malam. Kalau majlis malam, suami aku tak berapa nak bagi aku pergi dengan syarat berteman. Dia risau aku drive malam sorang-sorang, takut apa-apa jadi. Jadi, Kak Yana ajak aku tidur rumah dia.

Antara kenangan lain yang masih aku ingat ialah masa program pelajar yang dibuat kat sekolah. Aku pun tak ingat nama sekolah apa, tapi sebelum tu kami dapat info nak buat di Sekolah Kebangsaan Jerangau. Aku naik sekali ngan Kak Yana, Myvi WSX 914 dia. Ada lagi 2 orang pelajar yang naik sekali. Kami cuma jadi follower pak cik driver kat depan, yang konon-kononnya tahu jalan. Last-last, kami sesat entah ke mana. Akibatnya kena patah balik dan tanya penduduk kampung lokasi sekolah yang dimaksudkan. Masa tengah sesat tu, nampak kereta kat depan kereta kami hampir bertembung dengan kereta dari depan. Eksyen sangat, mentang-mentang kampung dia, kat selekoh pun dia nak memotong. Bila dah bertembung, berhenti kat tepi jalan. Terkejut sebab sakit jantung kot. Haha. Banyak lagi sebenarnya, keluar makan tengahari sama-sama, kalau tak kedai belakang pejabat pos, kedai kat pokok besar. Tak pun kedai atas pasar. Kadang-kadang kedai nasi kukus Seri Berang bila rasa teringin. Hehe. Semua tu tinggal kenangan.

Kenangan bersama...

Seorang lagi sahabat yang paling rapat semasa di sini ialah Ain, si adik cantik manis yang manja-manja sikit. :) Aku pun tak berapa ingat macam mana boleh rapat dengan dia. Tapi yang pasti, lepas Kak Fida, kawan sebilik dengan dia di ofis berhenti. Lepas tu kot kami jadi rapat. Ain pun banyak berkongsi cerita ngan aku dan Kak Yana. Antara kami bertiga (aku, Kak Yana & Ain), Ain sorang je yang masih belum kahwin. Dia selalu cerita pasal jodoh dia. Dia sangat-sangat mengharapkan kemunculan jodohnya. Ain, akak doakan jodoh awak akan sampai dalam sedikit masa lagi. Jangan lupa terus berdoa ye! Ain pulak pernah teman aku tidur kat rumah masa aku sorang-sorang. Kalau boleh, setiap hari nak ajak dia teman tidur.Tapi kesian pulak kat housemate dia tidur sorang-sorang masa tu. Ain jugak la yang selalu cakap-cakap dengan Mursi masa dalam perut. Tapi sampai sekarang tak berpeluang nak jumpa Mursi face-to-face. Takpe Ain, insya-Allah nanti ada la tu rezeki Ain jumpa ngan Mursi. :)

Hari-hari terakhir kami bersama.

Kami bertiga.
Segala kenangan insya-Allah akan terus kekal di ingatan. Aku doakan semoga sahabat-sahabat aku lebih berjaya di masa yang akan datang. Aku juga berdoa semoga aku akan mendapat kawan dan sahabat yang baik macam mereka di tempat baru nanti. Lepas ni, bermulalah kisah hidup aku bersama suami di tempat baru. Aku sedih nak tinggalkan kawan-kawan, tapi dalam masa yang sama aku juga gembira sebab dapat bersama dengan suami, tidak lagi hubungan PJJ (perkahwinan jarak jauh). Mungkin itulah hikmah di sebalik apa yang berlaku sebelum ni.

Cukup la entry untuk kali ni. Insya-Allah lepas ni aku akan cerita mengenai perjalanan aku dalam memulakan hidup baru. Tata...

Saturday, 26 October 2013

Hari Menyedihkan

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

26 Oktober 2013, Sabtu - Hari ni hari pertama aku akan kembali masuk kerja selepas 2 bulan cuti bersalin. Hari ni jugak aku akan meninggalkan Mursi dijaga oleh mak sementara aku bekerja. Hari pertama berjauhan dengan Mursi. Dan hari ni jugak berlaku satu kejadian yang paling aku takuti selama ni sejak aku tinggal sendiri di rumah. Rumah aku dimasuki orang, atau dengan kata lain pencuri.

Pagi tadi aku bangun dalam pukul 6.30 pagi untuk solat subuh (lewatnya bangun...), aku perasan barang dalam almari bersepah kat dapur. Laci almari terbuka. Dalam hati, takkan kucing kot. Lepas tu aku perasan bakul kain beralih tempat, kunci pintu terbukak. Sah, ni kerja orang ni! Bukan kucing. Lepas tu, aku naik atas rumah tengok tingkap dalam sebuah bilik. Memang sah dia naik ikut tingkap tu! Sebab tingkap bilik tu memang tak boleh kunci dengan baik. Barang-barang dalam bilik lain semua disepah-sepahkan. Tapi bilik aku je yang dia tak masuk.

Aku sejujurnya langsung tak sedar masa bila pencuri tu masuk. Licik betul dia. Aku bersyukur sangat dia tak apa-apakan aku dan Mursi. Hanya kami berdua je di rumah. Ya Allah, aku menggeletar seluruh badan. Aku terbayang macam-macam tragedi yang berlaku sekarang ni. Banyak kes tikam, tembak semua. Syukur dia tidak apa-apakan aku dan anakku. Alhamdulillah sangat...

Pagi tadi jugak aku telefon suami beritahu pasal ni. Dia pun jadi risau dah nak tinggalkan aku seorang diri kat rumah tu. Tapi apakan daya. Malam ni aku tidur rumah ayah kat sebelah la. Tak berani dah aku nak tidur sorang-sorang. Dia jugak ada cakap yang mungkin bulan 11 ni dia terus nak ajak aku ikut dia ke sana. Memang sebelum ni kami ada bincang-bincang pasal ni. Aku akan berhenti kerja dan ikut dia duk sana. Sebabnya masalah tempat kerja yang tak bayar gaji pekerja. Cadangnya aku bekerja sampai hujung tahun ni sampai habis kontrak. Tapi bila dah berlaku macam ni, mungkin lebih awal la aku akan tamatkan kontrak.

Ya Allah...
Syukur Kau masih selamatkan aku dan anakku,
Kau permudahkan urusanku yang mendatang,
Murahkan rezeki kami sekeluarga.

Aku hanya harapkan yang terbaik untuk aku dan suami. Bukan senang aku nak terus ikut suami ke sana. Dia cuma sewa bilik sekarang ni, kalau aku jadi ke sana dia kena cari rumah sewa dulu. Semua memerlukan duit. Aku pulak 3 bulan gaji tak masuk. Kos sara hidup kat sana pun tinggi. Dengan masalah kewangan yang mengekang, aku hanya mengharapkan yang terbaik je buat masa ni. Suami aku dah banyak habis duit sejak kebelakangan ni. Bayar kereta, susu dan pampers Mursi, barang dapur semua. Kesian sangat dekat dia. Sebab tu la aku tak sampai hati nak minta dia belikan barang aku yang bukan-bukan. Kalau tanya dia, dia sentiasa sanggup je beli apa pun. Cuma beli barang keperluan je la. Maaf sayang, banyak menyusahkan abang...

Sesungguhnya hari ni adalah hari yang paling menyedihkan, dan paling membuatkan aku terkejut. Masih terkejut lagi ni. Bila cerita ngan adik-beradik dan kawan-kawan mesti berair mata. Sebab tak pernah berlaku sebelum ni pada diri sendiri. Cerita kat suami tadi lagi la sedih, terkejut. Hari ni masih tak ada mood lagi nak masuk mengajar student. Dahla hari pertama, berlaku pulak kejadian ni. Lagi mematahkan semangat. Harap-harap lepas ni tak ada lagi kejadian macam ni berlaku. Tak sabar sangat nak tinggal sekali dengan suami. Semoga segalanya dipermudahkan, amin...

Thursday, 24 October 2013

Ketaatan Isteri

Bismillahirrahmanirrahim

Salam buat semua.

Hari ni nak buat entry serius sikit. Pasal alam rumahtangga. Asyik cerita pasal sendiri je, bosan jugak. At least biar orang yang baca blog ni dapat jugak sedikit input. Tak gitu? ;)

Aku bukannya orang yang layak nak bercakap mengenai isu perkahwinan ni sebenarnya. Baru je berkahwin tak sampai pun lagi dua tahun. Orang kata masih setahun jagung, panjang lagi perjalanan yang perlu dilalui. Tapi ilmu tu boleh didapati dari pelbagai sumber. Boleh daripada membaca, daripada majlis-majlis ilmu, bahkan daripada pengalaman sendiri.

Sebagai seorang isteri, semestinya mahukan seorang suami yang boleh memimpin kita ke arah yang lebih baik. Dalam surah An-Nisa': 34, Allah telah nyatakan bahawa kaum lelaki adalah pemimpin ke atas kaum perempuan.
Kaum lelaki itu adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawap terhadap kaum perempuan, oleh kerana Allah telah melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orang-orang perempuan, dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan (memberi nafkah) sebahagian dari harta mereka. Maka perempuan-perempuan yang soleh itu ialah yang taat (kepada Allah dan suaminya), dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama, dengan pemeliharaan Allah dan pertolonganNya. Dan perempuan-perempuan yang kamu bimbang melakukan perbuatan derhaka (nusyuz) hendaklah kamu menasihati mereka, dan (jika mereka berdegil) pulaukanlah mereka di tempat tidur, dan (kalau juga mereka masih degil) pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarnya). Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencari-cari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya Allah Maha Tinggi, lagi Maha Besar.
Jadi, seharusnyalah lelaki tahu menggunakan sikap kepimpinan yang telah dianugerahkan untuk memimpin isteri dan keluarga ke arah yang lebih baik. Isteri wajib mentaati suami selagi mana suami tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syarak. Selain itu, terdapat beberapa ciri yang patut ada pada suami yang wajib ditaati oleh isteri. Antaranya ialah suami yang menjaga solat. Kebiasaannya, para isteri yang akan mengejutkan suami bangun solat subuh. Sepatutnya para suamilah yang perlu mengejutkan isteri untuk berjemaah bersama, bukan sebaliknya.

Suami juga hendaklah seorang yang berakhlak mulia. Model yang paling baik untuk diteladani ialah Nabi Muhammad s.a.w. yang berakhlak dengan akhlak al-quran. Rasulullah adalah seorang yang sangat menjaga akhlak terutamanya ketika bersama sahabat-sahabat, kaum keluarga dan juga terhadap makhluk lain. Isteri juga perlu taat kepada suami yang mampu mempertahankan maruahnya. Suami yang sedar akan tanggungjawab sebagai ketua keluarga dan bukannya memaksa isteri bekerja sedangkan dia hanya duduk saja. 

Alangkah bagusnya jika suami yang kita sayangi menjadi sahabat baik sendiri. Segala masalah boleh diceritakan. Bukan setakat masalah, suami yang boleh menjadi tempat bercerita apa sahaja pasti akan disayangi isteri. Oleh yang demikian, isteri hendaklah wajib taat kepada suami yang sudi berkongsi apa saja. Akhir sekali, isteri hendaklah taat kepada suami yang bertanggungjawab. Seorang suami hendaklah tahu tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Bukan hanya mencari nafkah untuk keluarga, tetapi juga membantu isteri melakukan kerja-kerja rumah. Hendaklah diingat bahawa isteri bukanlah orang gaji, yang boleh disuruh buat itu dan ini. Andai masing-masing sedar akan tanggungjawab, insyaAllah rumahtangga akan bahagia aman dan damai.


Mungkin tulisan kali ni agak 'kucar-kacir' sikit. Tapi takpela, at least ada sesuatu yang boleh dikongsi. Semua adalah hasil tulisan sendiri. :)

Thursday, 17 October 2013

Pengalaman Baru

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Lama tak update blog. Malam ni baru ada mood nak update. Biasala, bila dah ada anak kecil ni, masa terluang agak terhad. Masa banyak dihabiskan untuk si kecil saja. Alhamdulillah, dah lepas tempoh berpantang. Hari ni dah masuk hari ke-54. Bila dah lebih hari ke-50 ni, makin terasa hari aku akan meninggalkan si kecil untuk masuk bekerja semula. InsyaAllah, aku akan kembali masuk kerja pada 26 Oktober nanti.

Sebagai ibu pengalaman pertama, aku banyak belajar benda baru. Lebih-lebih lagi berkaitan dengan perkembangan si kecil Mursi. Sebelum ni aku ada cerita yang Mursi tak sepenuhnya menyusu badan. Memang betul, dan sekarang pun makin kurang dah susu badan aku. Semuanya bermula bila aku demam masa minggu kedua selepas bersalin. Orang kata demam bengkak susu. Bila dah bengkak, aku tak boleh nak bagi susu secara direct, sakit... Jadi, terpaksalah aku pam dan bagi susu Mursi guna botol. Sejak dari hari tu, Mursi dah tak nak menyusu lagi. Dia lagi suka hisap susu guna botol.

Sebagai ibu, aku sangat terasa bila anak tak mahu hisap susu badan. Sebab aku tahu, terlalu banyak ganjaran yang telah Allah janjikan untuk ibu yang menyusu anaknya. Aku nak sangat dapat semua ganjaran tu. Aku mengadu pasal ni pada suami sambil menangis teresak-esak. Ye la, naluri seorang ibu mesti nak menyusu anak sampai umur 2 tahun. Tapi si suami cuba pujuk untuk menenangkan hati aku yang sedih. Dia cakap susu badan yang diberi dengan botol pun akan dapat ganjaran yang sama jugak. Takpela, aku akan cuba pam susu untuk diberikan pada Mursi.

Sehingga hari ni aku masih lagi pam susu untuk diberikan pada Mursi. Tapi aku dah campur jugak dengan susu formula. Terpaksala sebab Mursi ni kuat menyusu. Aku tak sempat nak pam bagi kat dia. Lagipun orang cakap bayi lelaki memang kuat menyusu. Mursi, ummi minta maaf sebab tak dapat nak menyusu Mursi dengan susu ummi sepenuhnya. Kalau Mursi menyusu badan ummi secara direct, insyaAllah susu ummi akan cukup. Tapi bila Mursi dah tak menyusu badan, susu ummi pun makin lama makin kurang. Ummi sedih sangat sebenarnya sebab tak dapat nak menyusu Mursi sepenuhnya. Walaubagaimanapun, aku berfikiran positif dengan apa yang berlaku. Ada la tu hikmah di sebaliknya. Aku cuma doakan Mursi akan membesar dengan sihat dan dapat segala nutrien yang sepatutnya.

Tak lama lagi aku akan masuk kerja. Aku tak dapat bayangkan macamana keadaan Mursi di rumah pengasuh nanti. Harap-harapla dia tak banyak buat hal dan tak menyusahkan pengasuh. Satu lagi masalah yang dihadapi sekarang ni adalah masalah gaji. Dah hampir tiga bulan gaji aku tak masuk. Tak dapat dibayangkan macamana kawan-kawan kat ofis hidup dengan gaji tak ada. Mana duit nak makan, nak isi minyak kereta, nak bayar duit kereta, nak bayar bil-bil lagi dan lain-lain. Aku dalam cuti bersalin ni kira ok la. Bila dah masuk kerja nanti baru aku tahu keadaan macamana. Dengar cerita dah ramai kawan-kawan yang angkat kaki. Mana nak tahan kalau kerja tak bayar gaji. Aku pun tak lama lagi akan angkat kaki jugak ni. InsyaAllah aku akan bersama dengan suami tak lama lagi. Kami akan hidup sebagai sebuah keluarga yang sempurna, insyaAllah doa-doakan ye. 


Suka tengok Mursi tidur...Muka suci. :)
Cukup dulu untuk malam ni. InsyaAllah kalau ada masa dan mood nanti akan update lagi. :) Tata...

Monday, 30 September 2013

Si Permata Hati

Bismillahirrahmanirrahim.

Salam buat semua.

Alhamdulillah, hari ni masuk hari ke-37 berpantang. Tinggal beberapa hari je lagi nak habis tempoh 'perintah berkurung' ni. :) Sejak dah bergelar ibu ni, jadual harian dah berubah. Dah tak boleh fikir tentang diri sendiri je dah, kena fikirkan pasal anak dulu. Bangun pagi biasanya aku akan siapkan diri dulu sementara anak masih tidur. Kalau rajin dan ada masa, aku akan bertungku dan barut perut dulu. Tapi bila dah hujung-hujung tempoh ni, malasnya makin banyak la dari rajin. Hehe. Lepas tu, bila anak dah bangun aku kena siapkan dia pulak. Mandikan dan bagi susu. Biasanya bayi yang usia dalam lingkungan 1-3 bulan ni keje dia hisap susu lepas tu tidur. Tidur malam pun dah tak lena. Anak aku akan terjaga setiap dua jam untuk hisap susu.

Ok, hari ni aku nak 'reveal'kan nama anak si permata hati ayah dan ummi. Nama yang telah dipilih ialah Ahmad Ayyash Mursi bin Ahmad Mawardi Noor. Harapan ayah dan ummi semoga dirimu menjadi seorang anak yang soleh serta sekuat dan penuh dengan semangat juang seperti nama yang telah kami pilihkan buatmu. 


Mursi dah tembam @ hari ke-37. :)


Ayyash kalau ikutkan makna dalam bahasa arab maksudnya ialah 'yang hidup'. Tapi sebenarnya nama ni diambil sempena nama seorang ketua pakar bom Hamas. Manakala Mursi pula mesti semua orang dah tahu kan. Nama bekas presiden Mesir, Mohamed Morsi. Nama ni pun bukan aku dan suami je yang pilih, tapi kami dah minta pendapat ramai jugak. Akhirnya pendapat kakak ipar aku diterima. Pening jugak nak pilih nama anak ni sebenarnya. Si suami nak nama yang unik, tak nak nama yang biasa-biasa katanya. Cerewet jugak dia ni. :) Asalnya nak bagi nama 2 patah perkataan je, sebab nama suami kan dah 3 patah. Takut panjang sangat pulak jadinya. Last-last, jadi 3 patah jugak. Nak letak Ahmad Mursi saja dia cakap tak balance dengan nama dia. Haish... Ikut je la. :)

Harapan ayah dan ummi semoga Mursi akan jadi seorang anak yang soleh, berbakti kepada kedua ibu bapa, taat pada suruhan agama dan menjadi seorang anak yang bijak dan cerdik di masa hadapan. Semoga membesar dengan sihat dan kuat ye sayang. Walaupun Mursi tak sepenuhnya menyusu susu badan ummi, (nanti aku cerita pasal ni) tapi ummi sangat berharap supaya Mursi akan membesar dengan sempurna dan mendapat khasiat yang sepatutnya.

Oklah, dah malam ni. Mursi baru je lepas terjaga minum susu. Sekarang ummi pun dah nak tidur jugak ni. InsyaAllah lain kali aku cerita-cerita lagi. Tata.